Followers
Saturday, December 8, 2012
Bab Demi Bab-Novel Hikmah
Novel Hikmah Ting.1 Karya Halis Azhan Mohd Hanafiah-Bab demi Bab
BAB 1 - SAKIT HATI
Amri dikenakan hukuman rotan oleh Cikgu Salman akibat daripada aduan Sapura tentang salah lakunya. Selepas itu, Amri berdendam terhadap Sapura dan merancang untuk mengenakan Sapura .
BAB 2 - BERWASPADA
Sapura diingatkan oleh Rozita agar berwaspada terhadap Amri. Sapura mengimbas kembali kejadian Amri membuli Saleh. Mula-mula sewaktu dia bertugas, dia mendengar Saleh meminta tolong. Dia ternampak Amri sedang memarahi Saleh. Menurut Amri, dia sedang mengajar budak itu agar menghormati murid yang lebih tua. Saleh mengiakan. Sapura mengadukan hal tersebut kepada Cikgu Salman. Apabila di depan Cikgu Salman, Saleh mengakui bahawa dialah yang bersalah. Saleh diberi amaran oleh Cikgu Salman, Amri pula dirotan di punggung. Amri tidak berasa sakit sebaliknya tersenyum sinis kepada Sapura.
BAB 3 - KESUSAHAN HIDUP
Di rumah Amri, emak Amri mengadukan rasa segan kerana berhutang kepada Pak Dolah lebih-lebih lagi terlalu banyak hutang yang belum berbayar. Sikap ayah Amri yang tidak bertanggungjawab telah menyempitkan hidup mereka. Hati Amri memberontak di sekolah, puas apabila melihat orang lain merana kerana perbuatannya.
BAB 4 - KEKALUTAN
Pada malam itu, ayah Amri pulang ke rumahnya. Sebaik sahaja ayah Amri masuk ke dalam rumah, dia terus meminta duit daripada ibu Amri. Ibu Amri menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai duit. Ayah Amri terus menyelongkar gerobak pakaian dan mengambil duit yang ada di dalamnya. Ayah Amri juga merentap gelang emas tinggalan arwah nenek. Amri menghalang ayahnya keluar, Amri juga meminta ayahnya memulangkan gelang ibunya. Sebaliknya, Amri telah ditampar oleh ayahnya. Ibu Amri mumujuk Amri agar bersabar dengan perbuatan ayahnya.
BAB 5 - RINTIHAN HATI
Amri pergi ke sekolah dengan kesan lebam pada pipinya. Amri beralasan bahawa dia tergelincir dan terhantuk. Amri tidak mahu bercerita tentang penderitaan jiwanya kepada sesiapa pun. Pada waktu rehat, Amri mengasingkan diri dan merintih bersendirian. Amri ingin meredakan perasaannya dengan membuli murid-murid lain. Dia teringat akan Sapura. Amri merancang untuk mengenakan Sapura.
BAB 6 - MENGENAKAN SAPURA
Amri menunggu Sapura di tempat letak basikal. Sapura hairan melihat gelagat Amri. Amri berpura-pura hendak meminta maaf kepada Sapura kerana bersikap sombong pada waktu rehat. Amri menunggang basikal beriringan dengan Sapura. Dia mengatakan bahawa dia telah berubah sikap dan tidak seperti dulu lagi. Ketika melalui kawasan sawah, Amri membrekkan basikalnya secara tiba-tiba. Sapura terjatuh ke dalam sawah kerana hendak mengelak daripada melangar basikal Amri. Amri ketawa puas hati kerana dapat mengenakan Sapura.
BAB 7 - BERSIMPATI
Amri terkejut apabila mendapati rumahnya berselerak dan dahi ibunya berdarah. Amri terlalu marah akan perbuatan ayahnya terhadap ibunya. Sapura bersimpati terhadap Amri apabila mengetahui perkara yang sebenarnya. Rupa-rupanya, Amri tidak senakal seperti yang difikirkannya. Sapura membatalkan niatnya untuk memberitahu ibu Amri tentang sikap Amri terhadap dirinya.
BAB 8 - MENDAPATKAN UBAT
Amri meminta izin daripada ibunya untuk membeli ubat di pekan. Wang yang ada padanya ialah wang simpanannya dan wang hasil tindakannya memeras ugut murid-murid lain. Amri tiada pilihan. Dia terpaksa menggunakan duit tersebut kerana bimbang akan kesihatan ibunya. Sepanjang perjalanan ke pekan, fikiran Amri asyik melayang mengingatkan semua peristiwa yang pernah dilakukannya.
BAB 9 - CEDERA DISAMUN
Amri membeli ubat demam dan ubat luka untuk ibunya di sebuah farmasi. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Amri telah ditahan oleh seorang pemuda. Pemuda itu memberitahu bahawa ada seseorang pengsan di belakang lorong. Alasan itu hanyalah helah semata-mata untuk membolehkan pemuda itu menyamun Amri. Mereka memukul Amri apabila Amri tidak memberikan wang yang diminta. Amri tidak berdaya untuk berbuat apa-apa lagi. Amri cedera teruk apabila dipukul oleh dua orang penyamun itu.
BAB 10 - KEINSAFAN
Sapura bertemu dengan Amri yang tidak bermaya di lorong itu. Sapura dan ayahnya membawa Amri ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bertemu dengan ibunya. Amri dan ibunya mengucapkan terima kasih kepada Sapura sekeluarga kerana membantu mereka. Amri menyesal kerana bersikap buruk kepada Sapura. Amri sudah insaf dan berjanji tidak akan membuli murid-murid yang lemah lagi sebaliknya menjadi pembela kepada murid-murid yang pernah dibulinya dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good....
ReplyDeletebut you must bla bla bla