Amalan
gaya hidup sihat
adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa
hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan
berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia
mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari
makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara
berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti
sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara umumnya,
tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan
anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan
ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka?
Peranan
utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya
hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka adalah dengan memastikan anak-anak
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan
yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu
karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa
perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada
anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana
makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang
makanannya biasa digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam
dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka
apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman
berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa
kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah
diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu
bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk
amalan gaya
hidup sihat.
Selain
itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama
anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan
antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam
mampu mengekalkan gaya
hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan
keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap
imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah
dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah
senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan
ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal
pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang
itu bersenam dan beriadah, mreka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek
fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu
bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya
amalan gaya
hidup sihat dapat dipupuk.
Di
samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan
kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk
membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan
sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana
mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan
pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah,
mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali
tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan pilihan
yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka
tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa dengan
doktor untuk mendapat ubat serta
pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah
memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang
ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan
memupuk amalan gaya
hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak
mereka mengutamakan kebersihan diri pada
setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit.
Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur
dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan
budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan
dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak
dihinggapi lalat mahupun memilih gerai
atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa
dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru,
amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa
kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan
makanan, ibu bapa juga perlu
mendidik ahli keluarga mereka agar
menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu
dijadikan amalan dan
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat ,kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.Para ibu bapa perlu bijak
menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada
pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana
tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa
pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan
sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai oleh dirinya
dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang
baik dan pesanan yang sering meransang anak-anak ke arah positif menangani
cabaran merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka
dewasa.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat ,kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.
Tambahan
pula, untuk memupuk amalan gaya
hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah membawa mereka menziarahi orang
sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita
siha, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat
orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian
kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan
bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana ianya
sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara
tidak langsung kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit
dan memberi kekuatan kepada diri pesakit
itu untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang
yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang
lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas kurniaan sebuah
badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak,
mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat mengurnagkan perasaan sedih
pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi
bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa
dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya
hidup yang sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan
bgus karangan ni..sy boleh buat rujukn untuk exam :)
ReplyDeleteBoleh la juga untuk spm nanti :)
ReplyDeletekarangan yang mantap..tolong hantar contoh karangan ke emel sya untuk exam
ReplyDeletekarangan yang mantap dan boleh la
ReplyDeleteWah torbaeekk
ReplyDeletewah.hebat
ReplyDeleteSegala peranan ibubapa yg ada dalam karang nie mmg terbaek .. apepn tq ni sgt membantu sy untuk SPM nnti
ReplyDeletehttps://Toolsregion.com, you've taken my DIY game to a whole new level. Your tools are the enhancers of my skills and ideas."
ReplyDelete