Followers

Saturday, December 8, 2012

Perbandingan Novel- Perwatakan Watak Utama-PMR

Perbandingan Watak Utama dalam novel Hikmah ,Erti Sebuah Pengorbanan dan 6.20 Perwatakan Amri 1. Seorang yang sangat nakal. Buktinya dia selalu membuli dan meminta wang pelindung daripada junior. 2. Sedar dan insaf apabila melalui kejadian ngeri dalam hidupnya. Contohnya, Amri dibelasah dan disamun oleh dua orang lelaki. Ketika itu dia dapat menggambarkan perasaan orang yang pernah dibulinya selama ini. 3. Hidup dalam keluarga yang porak-peranda. Contohnya, ayahnya kaki judi dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Perwatakan Iman Zulaikha 1.Seorang yang tegas. Buktinya dia tetap mahu mengambil bahagian dalam pertandingan pidato walaupun diminta oleh Linda agar mengundur diri untuk memberi laluan kepadanya. 2. Seorang yang pemaaf. Contohnya, dia memaafkan kesalahan Linda yang mencuri diarinya. 3. Seorang yang tabah. Contohnya, walaupun pelbagai masalah dan tekanan dihadapi, dia menghadapinya dengan tenang. Perwatakan Nur Sukma 1 Tidak mudah mengalah / tidak mudah berputus asa. Contoh: dia tidak sanggup membiarkan kawannya, Jerry terus bergelumang dengan perkara yang negatif malah dia tidak pernah jemu menasihati Jerry agar kembali ke pangkal jalan. 2. Seorang yang petah berhujah dan tidak terlalu cepat mengikut emosi. Contoh: Walaupun terkejut dan marah, Sukma masih dapat mengawal emosinya dan mampu memberikan kata-kata nasihat serta peringatan kepada kawannya baiknya agar tidak salah memilih jalan. 3. Pantang dicabar dan tidak mudah mengalah. Contohnya, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jawapan terhadap kemunculan tetamu-tetamu misteri di hadapan pintu pagar rumahnya.

No comments:

Post a Comment