Gagasan
1Malaysia diperkenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia . Gagasan ini merupakan
konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara ini sebagai lambang
komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencapai yang terbaik untuk negara. Perdana
Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di
negara lain kerana gagasan 1 Malaysia
yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. Simbol
1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. Simbol itu
sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera
Malaysia.Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu
memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti akiviti
kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat.
Pemimpin perlu turun padang
melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status
pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan
yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum. Apakah peranan
remaja untuk menjayakan Gagasan I Malaysia ini? Inilah persoalan yang akan
dikupas dalam huraian saya di bawah ini.
Isi 1 :
Isi 1 :
Remaja
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan - menguasai ilmu pengetahuan baharu
selaras dengan perkembangan zaman - dengan tujuan untuk membolehkan remaja
menjadi cemerlang - bak kata peribahasa "Jika tidak dipecahkan ruyung, di
mana akan mendapat sagunya" yang memberi maksud bahawa jika kita tidak berusaha
untuk mendapat kejayaan, nescaya kejayaan tidak akan kita peroleh.
Isi 2 :
Remaja
mengamalkan semangat perpaduan - perasaan hormat-menghormati antara satu sama
lain - bersikap toleransi dan memahami budaya dan agama pelbagai masyarakat
yang ada di dalam negara ini - bergerak seiring untuk membangunkan negara bagi
mencapai status negara maju menjelang 2020 - bak kata pujangga " Ke gunung
sama di daki, ke lurah sama dituruni". Sederap melangkah bagi memastikan
negara ini dapat dibangunkan secara bersama-sama.
Isi 3 :
Remaja
memantapkan sahsiah diri agar menjadi orang yang berguna untuk keluarga,
masyarakat dan negara - mengamalkan budaya sopan santun dalam kehidupan
seharian - melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral -
menjauhkan diri dari terlibat dalam gejala-gejala negatif dan masalah sosial
yang boleh memudaratkan kehidupan remaja - Remaja Malaysia menjadi ikon yang
membawa imej baik dan terpuji di peringkat global dan serantau - Bak kata
peribahasa "Kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi
pulau".Remaja perlu ada jati diri bagi menepis dan menangkis segala
perkara buruk yang cuba diserapkan dalam jiwa mereka. Jadilah model insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Isi 4 :
Menghayati
dan mengamalkan rukun negara - aspek rukun negara bukan hanya menjadi sebutan
atau meniti dibibir sahaja tetapi perlu dihayati dan diamalkan agar menjadi
warganegara yang berintegriti - remaja perlu berusaha membentuk diri menjadi
modal insan yang cemerlang agar disanjung oleh masyarakat - remaja perlu
berusaha mempersiapkan diri untuk memacu negara ke arah wawasan 2020 - Bak kata
pujangga " bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Sikap mementingkan diri sendiri atau hanya mementing kaum sendiri perlu
dielakkan.
Isi 5 :
Remaja
perlu memerah otak dan keringat agar dapat memberikan idea, buah fikiran dan
juga pandangan untuk menyatupadukan masyarakat negara ini - Hal ini kerana, 70
peratus daripada masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan remaja -
golongan ini perlu kreatif dan inovatif bagi menjulang nama negara dalam
apa-apa bidang sekalipun kecuali bidang yang boleh memudaratkan diri, keluarga,
negara dan juga agama. Pepatah menyatakan "Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan".
Penutup
Remaja ialah aset negara - semua pihak perlu mendidik remaja ke arah pencapaian matlamat Gagasan 1 Malaysia - usaha yang berterusan akan menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan.
Remaja ialah aset negara - semua pihak perlu mendidik remaja ke arah pencapaian matlamat Gagasan 1 Malaysia - usaha yang berterusan akan menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan.
sedikit sebayak dpt sya mncri pointnye dsitu
ReplyDeletetrime kasih
Terima kasih bnyk- bnyk krana tip anda membantu saya utk membut projek saya
ReplyDeleteTeruskan usaha.Terima Kasih
ReplyDelete