FOKUS: SEBAB / KEPENTINGAN /
KEMASLAHATAN
[Ayat Rangsangan] Tidak dapat dinafikan, warisan negara yang telah diabaikan dewasa
ini ialah bangunan bersejarah yang banyak terdapat di seantero negara. [Ayat
Hurain] Jika ditinjau secara umum, kebanyakan bangunan bersejarah yang
dipulihara akan disuaigunakan semula sebagai muzium, pejabat, tempat kediaman,
premis perniagaan, dan kegunaan awam. [Ayat Huraian]Sejak UNESCO
mengiktirafkan bandar Melaka dan Geogetown sebagai bandar warisan bersejarah,
baru timbullah kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah.[Ayat
Arahan] Persoalannya, apakah kepentingan pemuliharaan
bangunan-bangunan bersejarah dalam konteks Malaysia ?
[Ayat Judul]Bangunan-bangunan
bersejarah memang mempunyai nilai sejarah yang tidak ternilai. [Ayat
Huraian]Melalui darmawisata ke tempat-tempat bersejarah, generasi muda
dapat menghayati fakta-fakta sejarah yang dipelajari dalam buku teks
Sejarah. [Ayat Contoh]Misalnya, pembinaan kota A Famosa (bermaksud “Yang Termasyhur”
dalam bahasa Portugis) atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan
menjadi lambang penentangan penduduk Melaka terhadap penjajah. [Ayat
Penyimpul] Dengan erti kata lain, fakta-fakta sejarah ini dapat
memupuk nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda kita.
[Ayat Judul]Selain
nilai sejarah, bangunan-bangunan bersejarah memaparkan seni bina awal yang
begitu unik. [Ayat Huraian]Selain rumah kediaman, seni bina Melayu
turut dizahirkan ke atas binaan-binaan lain seperti masjid, istana raja-raja,
rumah wakaf, dan seni bina makam atau pusara. [Ayat Contoh]Ciri-ciri
seni bina tradisional Melayu dapat dilihat pada bangunan-bangunan lama yang
masih kekal ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas seperti
Istana Kenangan di Perak, Istana Balai Besar di Kelantan, Masjid Tengkera di
Melaka, dan sebagainya.[Ayat Penyimpul] Pendek kata, seni
bina Melayu yang indah ini bukan sahaja unik malahan memberikan nilai estetika
yang begitu tinggi dan seharusnya dipelihara untuk pengekalan atau pelestarian
identiti bangsa.
[Ayat Judul]Tidak
ketinggalan juga, bangunan bersejarah dapat menyumbang kepada kerancakan
industri pelancongan negara kita. [Ayat Huraian]Hal ini demikian
kerana bangunan-bangunan bersejarah yang mempunyai nilai sejarah dan seni bina
yang unik dapat menjadi tarikan pelancong. [Ayat Contoh]Tamsilnya,
para pelancong yang berpendidikan akan terpesona oleh zaman kegemilangan bandar
pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 apabila melihat Pintu Gerbang Porta
de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St. Paul.[Ayat
Penyimpul]Pendek kata, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat
membantu industri pelancongan negara.
[Ayat Kesimpulan]Secara tuntas, pemuliharaan dan pelestarian bangunan bersejarah amat
penting dalam penghayatan warisan dan khazanah negara. [Ayat Cadangan]Bangunan
dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi. [Ayat Penilaian]Dengan terdapatnya
bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan
perkembangan sejarah negara. [Ayat Penilaian]Akhir kata, adalah
tidak rasional jika bangunan-bangunan bersejarah ‘dikorbankan’ demi memberikan
laluan kepada pembangunan negara. Hidup warisan Malaysia ,
hidup bangsa Malaysia !
terima kasih cikgu :D
ReplyDelete