Salah satu usaha mewujudkan
perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan
kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum
dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk
elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di
peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah
rendah lagi, usaha untuk membentuk satu
masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih
berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi,
bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P
& P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang
lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu,
menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid.
Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan
perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Selain itu, rumah terbuka yang
diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita.
Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut
pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia .
Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru
Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat
yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh
mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana
sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum
yang ada di negara kita sedia menerima
adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional
masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan sesama kaum tetapi juga dapat
memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada
setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.
Di samping itu, perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat Malaysia
dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti
yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari
keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau
komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan
pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal
seperti di padang
sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh
membawa anak masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak
langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan
jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa
berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang
dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia .
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan.
Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia
merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri
daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan
kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila
diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima
kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum
seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas,
tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan
Tarian Kollattam oleh masyarakat India . Persembahan kebudayaan yang
unik ini secara tidak langsung dapat
menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya,
kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara
kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain
kerana tak kenal maka tak cinta.
Kesimpulannya, usaha mewujudkan
perpaduan kaum perlu diberi penekanan di
negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh
itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai
di negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia
perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan
oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia .
“ Bersatu teguh, bercerai roboh”.
mohon berkongsi nota2 ckgu. terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih. Saya hargai kesenangan yang cikgu berikan kepada saya untuk merujuk.
ReplyDeletethx......................cikgu untuk tolong saya lol
ReplyDeletecikgu,boleh sediakan contoh soalan spm yang akan keluar pada tahun ini?
ReplyDeletegood essay ;)
ReplyDeletecikgu ? karangan rangsangan target tahun ini apa ?
ReplyDelete