Followers

Saturday, December 8, 2012

Gejala Vandalisme

Karangan Lengkap: Gejala vandalisme di negara kita semakin membimbangkan banyak pihak. Vandalisme merupakan perbuatan merosakkan harta benda awam atau kemudahan awam. Kebanyakan gejala vandalisme ini dilakukan oleh golongan remaja yang rosak akhlaknya, golongan remaja yang bermasalah dan mementingkan diri sendiri. Golongan yang terlibat dengan gejala ini bertindak seperti kera diberi bunga atau tidak menghargai kemudahan yang diberikan. Biasanya mereka merosakkan telefon awam, memecahkan peralatan di kawasan taman rekreasi, menconteng dinding dan sebagainya. Oleh yang demikian, sebelum kudis menjadi tokak, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi menangani gejala vandalisme. Sehubungan dengan hal itu, kerajaan dengan kerjasama pihak swasta perlu mengadakan kempen “Hargailah Harta Benda Awam “ atau “Harta Benda Awam Milik Bersama”. Tujuan kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya harta benda atau kemudahan awam. Kempen ini juga bertujuan mengajak orang ramai bersama-sama menjaga kemudahan yang disediakan kerana muafakat membawa berkat. Kempen ini akan meningkatkan kesedaran sivik di samping membentuk peribadi atau akhlak yang mulia dalam kalangan remaja, khususnya dan rakyat Malaysia, amnya. Siaran iklan di media massa atau mengadakan ceramah di sekolah/ dewan orang ramai juga dapat mendedahkan keburukan vandalisme/ kerugian yang dialami oleh rakyat dan negara. Selain itu, sikap remaja yang positif dapat dibentuk. Remaja akan lebih bertanggungjawab dan menyedari bahawa sesuatu tindakan itu membawa kesan sama ada positif mahupun negatif. Kempen yang diakukan secara berterusan diyakini mampu membendung gejala vandalisme yang berlaku di negara kita. Selain itu, ibu bapa memainkan pernan penting dalam membantu kerajaan menangani gejala vandalisme. Hubungan ibu bapa dengan anak ibarat air dicencang tidak akan putus. Hubungan yang rapat bagai isi dengan kuku ini sewajarnya dimanfaatkan dengan memberi anak-anak didikan yang sempurna. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya jelas menunjukkan betapa pentingnya pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak. Sejak kecil anak-anak perlu dididik dan diterapkan dengan nilai-nilai murni. Ibu bapa juga perlu mengajar mereka membezakan tingkah laku yang betul/ baik dan tingkah laku yang salah/ buruk. Secara tidak langsung, anak-anak yang mendapat didikan yang sempurna akan sentiasa berhati-hati dan mengawal tingkah laku mereka. Sememangnya, tidak dapat dinafikan peranan ibu bapa dalam pembentukan sahsiah remaja amat penting bagi melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Sejajar itu, pihak sekolah juga patut mempelbagaikan peranan mereka dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani emosi, dan jasmani. Mereka patut sama-sama membantu mengatasi masalah vandalisme. Gejala vandalisme juga berlaku di sekolah. Pelajar mudah terpengaruh oleh rakan-rakan yang melakukan perbuatan tersebut Ada antara pelajar yang merosakkan peralatan sekolah, menconteng dinding kelas, bangunan sekolah dan bilik tandas dll. Pihak sekolah perlu mengenal pasti pelajar yang melakukan vandalisme dan menghukum mereka yang berkenaan atau memberikan kaunseling sertamemberikan peringatan dari semasa ke semasa tentang keburukan vandalisme melalui ceramah, pertandingan menulis esei dan sebagainya. Lambat-laun, pelajar yang terbabit akan mulai sedar akan kesilapan mereka. Pelajar yang lain pula akan sentiasa bekerjasama menjaga prasarana sekolah. Dengan itu, peranan sekolah dalam melahirkan anak bangsa yang berguna akan dapat direalisasikan. Sikap remaja yang positif dapat dibentuk. Remaja akan lebih bertanggungjawab dan menyedari bahawa sesuatu tindakan itu membawa kesan sama ada positif mahupun negatif. Kesimpulannya, gejala vandalisme yang mendatangkan kerugian kepada semua pihak harus ditangani secara bijaksana. Pihak kerajaan dan swasta serta masyarakat perlu berganding bahu dalam mencari penyelesaian yang lebih efektif. Amalan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing secara tidak langsung meringankan beban kerajaan yang terpaksa mengambil langkah membaiki setiap kerosakan yang berlaku. Sekiranya kita bersatu tenaga dan berusaha bersungguh-sungguh membanteras gejala vandalisme, sudah pasti masalah tersebut akan berjaya diatasi serta hasrat negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020 juga akan mencapai kejayaan

10 comments:

  1. kenape laa cikgu buat background cam ni??? saya tidak nampak sangat laa tulisan nye

    ReplyDelete
  2. karangan jenis apa ni ? kenapa tk ada perenggan?

    ReplyDelete
  3. pening kepala kerana:
    a) background buruk !!
    b) tak de perenggan
    TERIMA KASIH!!!

    ReplyDelete
  4. Maaf cikgu nie macam Ringkasan je

    ReplyDelete
  5. cikgu ? mcm mne nk bce cm nie klau tak ad prenggan ?

    ReplyDelete
  6. very helpful thank u teacher.....

    ReplyDelete