Followers

Saturday, December 8, 2012

Karangan Bahan Rangsangan(PMR)- cara-cara menjaga kesihatan

Huraikan tentang cara-cara menjaga kesihatan. Kesihatan merupakan asas kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna. Aktiviti menaiki tangga, berjalan dan melakukan kerja rumah amat digalakkan untuk menjaga kesihatan kerana aktiiviti ini dapat mengeluarkan peluh. Selain itu, otak juga akan cerdas bak kata pepatah ‘otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat’. Selain itu, kita perlulah melakukan aktiviti aerobik atau sukan rekreasi tiga kali seminggu seperti bermain bola sepak, berenang, mendaki dan berbasikal. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat meningkatkan daya ketahanan badan dan kita akan terhindar daripada penyakit berbahaya. Kesihatan fizikal pula dapat dipelihara dengan melakukan regangan, tekan tubi dan angkat berat. Senaman seperti ini mampu melancarkan perjalanan darah di dalam badan. Kesimpulannya, kita perlulah mengamalkan gaya hidup sihat kerana kehidupan menjadi tidak bermakna sekalipun memiliki wang yang banyak kalau kita sakit. (130 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment