Definisi
- Permainan yang dimainkan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk
mengisi masa senggang.
- Merupakan satu cara masyarakat pada zaman dahulu berhibur kerana pada
masa tersebut tiada media elektronik yang boleh menghiburkan mereka.
- Terdiri daripada gasing, wau, dam haji, galah panjang, ketingting bulu
ayam, tarik upih, konda kondi
1.
Kegilaan terhadap permainan yang menggunakan teknologi
moden menyebabkan permainan tradisional terus terpinggir.
2.
Sikap segelintir generasi pada masa kini yang menganggap
permainan tradisional adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada zaman
puntung asap sahaja haruslah dikikis.
3.
Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa
kini yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar
sahaja.
4.
Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan
kegemilangan permainan tradisional ini
menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan.
5.
Warisan nenek moyang ini akan luyput ditelan zaman jika
tiada usaha untuk menggemilangkan kembali tradisinya.
6.
Tiada lagi deraian ketawa jiran tetangga dan rakan taulan
yang mengiringi setiap langkah permainan seperti gasing dan wau.
7.
Jangan kita biarkan nostalgia nenek moyang hanya tinggal
dalam lipatan sejarah yang dikuburkan sendiri oleh cucu-cicitnya yang tidak
tahu menghargai warisan bangsa.
8.
Kecenderungan masyarakat moden untuk hidup seperti ‘enaun
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ menyebabkan permainan
tradisional ini hanya tinggal dalam buku-buku dan majala-majalah sahaja.
9.
Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris
pusaka tradisi nenek moyang yang terbilang.
10.
Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan
warisan ini kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan
silam yang perlu dipertahankan.
11.
Permainan tradisional merupakan sumber hiburan utama
masyarakat silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah merubah
segala-galanya.
12.
Permainan tradisional mempunyai keunikannya yang
tersendiri dan merupakan warisan budaya bangsa Malaysia. Hilang budaya, maka
lenyaplah sesuatu bangsa.
13.
Sudah tiba masanya langkah-langkah konkrit diambil bagi
mempertahankan permainan-permainan tradisional ini. Jika tidak
permainan-permainan ini akan lenyap ditelan zaman.
14.
Kita tidak harus membiarkan sahaja warisan bangsa dibawa
oleh angin lalu kerana sejarah yang berlaku banyak mengajar kita akan erti
kehidupan yang sebenar. Justeru, hubungan yang renggang dapat dieratkan dengan
adanya permainan tradisional seperti congkak, konda kondi, dan ketinting bulu ayam
ini.
15.
Kita tidak mahu anak bangsa kita menjadi manusia robotik
yang hanya tahu menggunakan mesin sahaja tetapi tandus dalam hubungan sosial
dengan masyarakat.
16.
Kita perlu mewujudkan acuan sendiri dan tidak
terikut-ikut dengan budaya hedonisme masyarakat barat.
17.
Kita tidak mahu menjejaskan ikatan kemesraan jika hanya
tinggal di dalm mahligai indah tanpa bergaul dengan masyarakat sekitar akibat
terlalu asyik dengan permainan komputer.
18.
Kita tidak harus bersikap dingin terhadap warisan bangsa
kita hingga meminggirkan khazanah yang amat berharga dan menjadi daya tarikan
pelancong asing ke negara kita.
19.
Janganlah kita menjadikan asakan pengaruh video,
televisyen, internet dan pawagam sebagai alasan untuk tidak mempopularkan
permainan ini kepada golongan muda.
20.
Biar sebagus mana sekalipun permainan moden, permainan
tradisional tidak patut sekali-kali dipinggirkan.
No comments:
Post a Comment