Followers

Saturday, December 8, 2012

Karangan Bahan Rangsangan (PMR)-Jiran

Kepentingan Semangat Kejiranan Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran. Jiran diibaratkan saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan. (19) Semangat kejiranan dapat mewujudkan masyarakat prihatin dan bersatu padu. Hal ini jelas melalui budaya bertegur sapa dengan jiran atau ziarah-menziarahi semasa hari perayaan. Selain itu, kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka sakit. Kunjungan ini mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan mengeratkan silaturahim. (47) Selain itu, semangat kejiranan dapat memupuk sifat kerjasama. Contohnya menghantar isteri jiran yang hendak bersalin ke hospital atau membantu jiran ketika berpindah rumah. Apabila hubungan sesama jiran akrab, mudah untuk kita meminta bantuan ketika kecemasan.atau melaksanakan sesuatu kerja tanpa sebarang masalah bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. (49) Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat agar kita dapat hidup dalam keadaan harmoni.dan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang. (26) (135 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment