Followers

Saturday, December 8, 2012

Faktor-faktor berlakunya kemalangan di jalan raya

Rangka Isi: Tugasan ‘: Faktor-faktor berlakunya kemalangan di jalan raya Pendahuluan : • Setiap hari berita kemalangan di jalan raya sering terpapar dalam media massa. • Statistik menunjukkan jumlah kemalangan akan meningkat pada musim-musim perayaan. Isi-isi: faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya • Kecuaian dan kelalaian pemandu – contohnya memandu dalam keadaan mengantuk, letih, mabuk dan lain-lain. • Sikap ego pemandu – memandu melebihi had laju, memotong di tempat yang bahaya, menggunakan telefon semasa memandu, dan lain-lain. • Keadaan kenderaan yang kurang baik – contohnya keadaan tayar yang sudah haus (tidak berbunga), brek yang tidak berfungsi, dan lain-lain. • Keadaan jalan raya yang tidak baik – contohnya bengkang-bengkok, tidak rata, berlopak dan licin terutama selepas waktu hujan dan lain-lain. • Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan – contohnya tidak semua orang yang melakukan kesalahan dikenakan denda, terdapat juga pihak berkuasa terlibat dengan rasuah. Kesimpulan : • Semua pihak perlu berusaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana bukan sahaja mengorbankan nyawa dan harta benda, malah boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara

No comments:

Post a Comment