Followers

Saturday, December 8, 2012

I Think

PROGRAM i-THINK (THINKING SCHOOL) Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut. Bagaimana Program i-Think dilaksanakan Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts. Apakah yang diharapkan dari Program i-Think? • Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas. • Aktiviti banyak berpusatkan murid. • Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan pengajaran. • Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator. Lapan Peta pemikiran: 1. Peta Bulatan 2. Peta Buih 3. Peta Buih Berganda 4. Peta Dakap 5. Peta Pokok6 6. Peta Alir 7. Peta Pelbagai Alir 8. Peta Titi

No comments:

Post a Comment