Followers

Saturday, December 8, 2012

Erti Sebuah Pengorbanan-Persoalan Kegigihan

Novel Erti Sebuah Pengorbanan- Persoalan Kegigihan_Contoh peristiwa 1. Kegigihan Iman membuat kerja sekolah yang diberikan gurunya sebaik-baik selesai solat dan makan tengah hari. 2. Kegigihan Iman melaksanakan solat hajat agar pertandingan pidato yang disertainya akan berlangsung dengan lancar. 3. Kegigihan Iman belajar telah menyebabkan dia berjaya mendapat tempat kedua dalam PPT. 4. Kegigihan Iman berlatih menyebabkan dia berjaya menjuarai pertandingan pidato peringkat daerah. 5. Kegigihan Iman berusaha untuk menyatukan kedua –dua ibu bapanya yang telah berpisah. 6. Kegigihan Iman meneruskan kehidupan di kampung bersama dengan datuk dan neneknya setelah kedua-dua ibu bapanya bercerai. 7. Kegigihan Iman membantu datuk dan neneknya melakukan kerja harian di rumah (membersihkan reban ayam/mengemas rumah) 8. Kegigihan Iman membantu Pei Wen untuk menyelesaikan masalah dengan ibu tirinya. 9. Kegigihan ibu Iman (Pn.Rohaida) melanjutkan pengajian peringkat ijazah kedoktoran di luar negara –New Zealand 10. Kegigihan ayah Iman menjalankan perniagaannya walaupun terpaksa berjauhan dengan anaknya. 11. Kegigihan Adif Danial telah membuatkan dia berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan walaupun dia baru bertukar sekolah. 12. Kegigihan Linda berlatih pidato untuk mengalahkan iman 13. Kegigihan bapa Pei Wen menjalankan perniagaan di gerai ikan 14. Kegigihan Cikgu Julia melatih dan memberikan dorongan kepada iman semasa pertandingan pidato 15. Kegigihan datuk dan nenek Iman membesarkan iman setelah ibu bapanya berpisah 16. Kegigihan kawan-kawan Iman membantunya membuat persiapan untuk pertandingan pidato. 17. Kegigihan Pei Wen meneruskan kehidupan walaupun selalu dimarahi oleh ibu tirinya.

No comments:

Post a Comment