Followers

Thursday, February 9, 2012

Novel Hikmah-Ting.1

Novel Hikmah: Tema dan Persoalan
Tema
Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku. Amri ialah anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Malangnya, sikap ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan Amri berubah sikap.

Persoalan
Tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan keluarga.
Kasih sayang ibu terhadap anaknya
Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya
Peranan pengawas dalam melaksanakan undang-undang sekolah
Prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan
Saling memaafkan atas kesilapan lampau

Watak
AMRI (Watak Utama & Dinamik)
Anak tunggal
Murid yang nakal
Ketua pembuli di sekolah
Anak yang baik dan taat terhadap ibunya
Penyayang
Pendendam
Panas baran
Berani
Miskin
Suka berahsia
Bertanggungjawab
Menginsafi kesalahan

Bincangkan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji.

Berdasarkan novel Hikmah,karya Mohd. Faris Ikmal, watak utama dalam novel ini ialah Amri. Perwatakan watak utama ialah Amri seorang yang berani. Contohnya,Amri berani apabila meminta ayahnya memulangkan semula gelang emaknya walaupun akhirnya dia ditampar oleh ayahnya.
Amri juga seorang anak yang bertanggungjawab. Hal ini dibuktikan apabila ibunya cedera akibat dipukul oleh ayahnya, Amri pergi ke pekan untuk membeli ubat demam dan ubat luka bagi merawat luka emaknya.

Selain itu, Amri juga merupakan anak yang baik dan mentaati emaknya. Walaupun Amri nakal di sekolah tetapi dia sangat baik ketika di rumah. Amri juga akan mematuhi setiap arahan ibunya.
Seterusnya,Amri seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi emaknya dengan mengambil berat tentang diri emaknya.Dia memujuk menyuruh emaknya makan kerana bimbang emaknya akan jatuh sakit.
Amri juga menginsafi kesalahan yang dilakukan. Selepas dia disamun,dia menginsafi kesalahan yang dilakukannya,iaitu mengugut murid lain dan meminta wang daripada mereka.

Bincangkan perwatakan watak sampingan dalam novel yang anda kaji.

Berdasarkan novel yang saya kaji,iaitu novel Hikmah karya Mohd.Faris Ikmal, watak sampingan dalam novel tersebut ialah Sapura.Terdapat beberapa perwatakan Sapura yang jelas digambarkan dalam novel ini.
Sapura merupakan seorang pengawas yang berdedikasi dan amanah. Beliau menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah sebagai seorang pengawas tanpa mempedulikan ugutan daripada Amri.
Sapura juga seorang yang berani. Contohnya,Sapura melaporkan kegiatan Amri kepada guru disiplin.
Selain itu,Sapura juga seorang yang tegas dalam melaksanakan undang-undang sekolah kerana beliau tidak mengendahkan ugutan Amri untuk mengenakan dirinya jika dia melaporkan kegiatan membuli kepada Cikgu Salman.
Sapura juga seorang yang pemaaf.Buktinya,Sapura memaafkan kesalahan Amri,biarpun Amri pernah membrek basikalnya hingga menyebabkan Sapura terjatuh ke dalam bendang.

3 comments:

  1. assalam.... cikgu!! Saya Aisyah murid sekolah rendah. Saya mempunyai satu soalan iaitu tentang plot... apakah itu plot?? o.0

    ReplyDelete
  2. saya mahu sinopsis bab dem bab

    ReplyDelete
  3. saya mahu sinopsis bab dem bab

    ReplyDelete