Soalan:
Kenaikan
harga minyak telah menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara-negara di seluruh
dunia.
Berikan
pendapat anda.
Pendahuluan
-
Kenaikan harga minyak saat ini berpotensi menurunkan pertumbuhan ekonomi
negara.
-
Banyak implikasinya terhadap pembangunan negara dan menjejaskan ekonomi.
-
Boleh menyebabkan negara menghadapi pelbagai masalah untuk menghadapi krisis
kenaikan harga minyak yang mendadak.
Isi Pertama
AT : Kenaikan harga barang.
AH
:- Kenaikan harga minyak
member impak kepada kenaikan harga barang yang mendadak.
-
Harga barang dipengaruhi oleh harga minyak kerana dalam proses pembuatan barang
perlu menggunakan minyak sebagai sumber utama.
AC
:- Dalam proses pembuatan
plastik atau nilon, minyak digunakan untuk menghasilkan bahan tersebut.
-
Kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengeluaran barang akan meningkat.
AP
:- Ternyatalah di sini
bahawa kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barang juga naik
seterusnya menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara.
Isi
Kedua
AT :
Berlaku inflasi barangan
AH
:- Kenaikan harga minyak
dunia akan berisiko terjadi penurunan konsumsi swasta sejalan dengan pengaruh
penurunan daya beli akibat kenaikan inflasi dan impak langsung kenaikan harga
barang import.
-
Penurunan permintaan domestik yang cukup kuat dan mempengaruhi penurunan
pertumbuhan ekonomi.
-
Peningkatan risiko inflasi didorong kenaikan harga barang import terkait
kenaikan harga minyak.
AC
:- Hasil kajian
menunjukkan dalam simulasi pengaruh minyak terhadap inflasi, jika rata-rata
harga minyak 60 Dolar per barel akan terjadi inflasi sebanyak 6.1 peratus
AP
:- Oleh hal yang
demikian, jelaslah disini bahawa kenaikan harga minyak mendorong berlakunya
inflasi.
UM :
Isi
Ketiga
AT :
Negara terpaksa menanggung beban subsidi minyak yang tinggi.
AH :-
Untuk memberi manfaat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan
sederhana.
-
Subsidi minyak yang tinggi boleh membantutkan ekonomi dan pembangunan negara
kerana kerajaan perlu menyalurkan dana yang banyak semata-mata untuk menanggung
subsidi minyak sejajar dengan kenaikan harga minyak.
AC
:- Kajian oleh
Kementerian kewangan, pada tahun 2007 sahaja kerajaan terpaksa menanggung
subsidi minyak menjangkau lebih RM33 billion.
-
Perbelanjaan subsidi minyak itu boleh disalurkan kepada pembangunan negara jika
harga minyak tidak naik dengan mendadak.
AP
:- Sudah terang lagi
bersuluh kenaikan harga minyak member kesan negatif kepada pertumbuhan negara
kerana kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak yang tinggi.
Isi
Keempat
AT :
Perbelanjaan negara meningkat untuk mengimport dan mengeksport barangan.
AH
:- Mengeksport dan
mengimport barangan menggunakan kenderaan untuk mengangkatnya.
-
Kenderaan memerlukan minyak. Apabila harga minyak meningkat negara terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan lebih semata-mata untuk menampung kos penghantaran
dan penerimaan barangan.
AC
:- Negara mengeksport
bertan-tan sayur dan buah—buahan tempatan ke luar negara. Kira-kira RM 1 juta
digunakan hanya untuk menampung kos perbelanjaan minyak mengeksport sayur dan
buah-buahan tersebut.
AP :
- Jelaslah di sini bahawa
kenaikan harga minyak menyebabkan perbelanjaan negara meningkat untuk
mengimport dan mengeksport barangan.
Isi
Kelima
AT :
Negara terpaksa memberikan fokus untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak.
AH
:- Segala hasil ekonomi
kerajaan digunakan untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak.
-
Pembangunan negara terpaksa ditangguhkan atau dengan kata lain diabaikan kerana
perlu memikirkan tentang krisis kenaikan harga minyak.
-
Pembangunan negara terjejas akibat kenaikan harga minyak.
Penutup
-
Kesimpulannya, jelaslah bahawa kenaikan harga minyak boleh menjejaskan ekonomi
dan pembangunan negara melalui pelbagai aspek.
-
Oleh yang demikian, semua pihak perlu bersedia untuk menghadapi krisis kenaikan
harga minyak yang kian meruncing.
-
Sediakan payung sebelum hujan.
contoh karangan ada x tentang isu ini???
ReplyDeletecontoh karangan ada x tentang isu ini???
ReplyDelete