Followers

Thursday, November 17, 2011

Remaja perlu mempunyai wawasan diri

Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita.
Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan dalam memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.
Semua orang mempunyai satu hasrat yang sama iaitu mereka berharap kehidupan mereka sentiasa selamat dan selesa. Sebaliknya, setiap orang mempunyai impian dan cita-cita yang tersendiri dan berlainan antara satu sama lain. Dengan mepunyai impian dan cita-cita, kehidupan seseorang akan menjadi lebih menarik. Hal ini demikian, seseorang akan meletakkan impian dan cita-cita sebagai salah satu matlamat hidup. Seseorang yang mempunyai matlamat dalam hidupnya akan berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa memajukan diri dalam semua aspek bagi memastikan diri mereka mencapai matlamat mereka dan seterusnya memperoleh kejayaan dalam kehidupan. Pendek kata, kejayaan hidup berasas dan bermula daripada impian dan cita-cita seseorang. Oleh itu, saya sebagai seorang remaja juga mempunyai impian dan cita-cita saya iaitu saya ingin menjadi seorang dokor pada masa hadapan. Saya menjadikan ini sebagai matlamat hidup yang mesti saya capai. Justeru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan impian saya menjadi kenyataan. Persoalannya, sebagai seorang remaja yang berwawasan, apakah usaha-usaha yang akan saya lakukan dalam memastikan impian saya untuk menjadi seorang doktor menjadi kenyataan?
Usaha yang paling utama yang akan saya lakukan ialah saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya akan menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar. Saya akan memberanikan diri untuk bertanya tentang topik-topik yang difahami tanpa sebarang perasaan malu dan takut. Saya juga akan menghadiri kelas tuisyen dan sentiasa membuat ulang kaji untuk memastikan diri saya tidak ketinggalan dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Sains. Saya akan sentiasa berusaha untuk membolehkan diri saya meraih kejayaan dan kegembiraan setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Oleh itu, saya akan membuat persediaan yang rapi sebelum menduduki peperiksaan agar saya dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang kerana di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Apa yang paling penting ialah saya tidak akan berasa menyesal semasa berada di dewan peperiksaan. Saya juga sedar bahawa kos pembelajaran di university amat tinggi dan untuk tidak membebankan kedua-dua ibu bapa saya yang usianya telah lanjut, saya belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya berpeluang untuk mendapatkan biasiswa. Dengan bantuan daripada kerajaan,saya akan dapat menempatkan diri di university sains tempatan yang terkenal dalam jurusan perubatan.Keadaan ini membolehkan saya membuka langkah yang pertama ke arah pencapaian matlamat hidup saya. Tegasnya, saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk membolehkan diri saya melanjutkan pelajaran dalam jurusan pilihan saya di menara gading kelak.
Selain itu, saya juga akan sentiasa bersifat sabar,tabah dan tidak mudah berputus asadalam menghadapi cabaran dalam hidup khususnya dalam pembelajaran. Saya tidak akan cepat mengalah. Misalnya, saya tidak akan berputus asa walaupun saya telah mengalami kegagalan secara berturut-turut. Sebaliknya, saya akan tabahkan diri dan menerima kegagalan tersebut kerana dengan ini baru saya dapat belajar dari kegagalan supaya diri saya tidak akan mengulanginya lagi. Hal ini demikian kerana saya sedar bahawa sekiranya hanya ada kegembiraan dan kejayaan hidup, seseorang itu tidak mungkin akan dapat memahami kesusahan untuk mencapai sesuatu dalam erti kata yang sebenarnya. Saya sedar akan kegagalan saya merupakan ujian yang diberikan oleh Tuhan untuk menguji keikhlasan saya serta untuk menjadikan diri saya lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk menempuh persaingan di bidang pekerjaan yang bakal akan saya ceburi. Sejak kecil lagi, saya telah difahamkan oleh kegagalan yang dialami merupakan ibu serta punca kepada kejayaaan seseorang. Saya percaya bahawa kegagalan yang dialami hanya untuk sementara waktu dan kejayaan akan dating kepada saya sekiranya saya sentiasa sabar dan bersikap opstimitik dalam halangan dan caran yang dihadapi. Jelasnya, saya perlu sabar dan tabah dalam menghadapi halangan matlamat hidup saya bagi memastikan impian saya untuk mrnjadi seorang doktor akan menjadi kenyataan.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Dengan ini, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala social yang negatif. Saya akan membezakan kaca dengan permata dan sentisasa memikirkan akan masa depan saya serta matlamat hidup saya. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapatserta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat menyertai kumpulan pembelajaran mereka dan membolehkan saya berbincang serta lebih memahami topik-topik yang telah diajar oleh guru. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu soalan. Saya juga dapat bergantung kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan dapat membantu saya untuk membangkitkan diri saya semula dengan memberi dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya menyuruh saya melibatkan diri diri dengan gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan tekanan jiwa dan stress. Maklumlah, seseorang akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial apabila berada dalam ambang kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.
Seterusnya, saya akan menghadiri seminar dan mengkaji tentang cita-cita pekerjaan saya. Saya akan mula merancang masa depan saya dan sentiasa berfikiran matang. Saya akan membuat penyelidikan tentang pekerjaan seorang doktor dan sentiasa mendedahkan diri tentanginformasi perubatan terkini. Hal ini amat penting supaya saya dapat melengkapkan dan mendedahkan diri saya dengan asas pengetahuan yang diperlukan dalam bidang perubatan. Melalui seminar dan kursus-kursus yang dihadiri, saya akan lebih memahami kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh seorang doktor. Keadaan ini amat penting supaya suppaya saya tidak akan menyesal dan berasa bosan dengan pekerjaan doktor sekiranya saya benar-benar mencapai cita-cita saya. Oleh itu, dengan menghadiri seminar, saya akan dapat memastikan diri saya adakah saya betul-betul mempunyai minat untuk menjadi seorang doktor. Saya juga tidak ingin memaksa diri saya untuk membuat sesuatu yang tidak disukai yang akhirnya akan menyebabkan profesion saya sebagai seorang doktor tidak terserlah.Saya tidak ingin menjalani kehidupan sedemikian dengan setiap hari yang dilalui adalah pudar tanpa sebarang warna. Menghadiri seminar juga membolehkan saya untuk mencari impian dan cita-cita yang lain sebelum terlambat sekiranya saya mendapati perkerjaan doktor tidaksesuai dengan diri saya. Tegasnya, saya akan menghadiri seminar dan kursus yang berkaitan dengan perubatan untuk menyediakan diri saya dalam mengejar impian hidup saya.
Akhir sekali, saya akan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kerana Tuhan hanya akan menolong dan memberkat hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Saya akan sentiasa patuh kepada arahan ibu bapa tanpa sebarang rungutan kerana saya sedar bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu bapa. Saya juga sedar bahawa tanpa doa dan dorongan ibu bapa, betapa tabah dan pandai saya pun, saya tidak mungkin akan mencapai impian serta kejayaan dalam hidup saya. Ibu bapa merupakan insan yang lebih tua dan mereka terlebih dahulu makan garam daripada saya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai pengalaman yang kaya dan luas dalam masyarakat dan luar dunia. Maka, wajarlah saya untuk meminta dan menerima pandangan mereka agar diri saya tidak akan menimbulkan kesilapan yang mungkin mengakibatkan saya berasa menyesal buat seumur hidup saya. Mereka merupakan punca tenaga dan dorongan saya untuk mengejar impian dan cita-cita saya serta memperoleh kejayaan dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya tidak mungkin berpeluang untuk mencapai kejayaan dalam hidup saya. Tegasnya, saya akan mematuhi arahan dan mendengar nasihat ibu bapa agar impian saya dapat dicapai dan yang paling penting sekali ialah kisah Si Tanggang tidak akan berlaku ke atas diri saya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa untuk mencapai impian dan kejayaan dalam hidup, remaja perlu bertindak dari sekarang lagi. Remaja perlu fikir akan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan impian dan cita-cita mereka tercapai agar masa depan remaja tidak akan pudar dan gelap tetapi terang dengan kejayaan. Manusia memang tidak dapat menjangka dan melihat masa depan, tetapi manusia boleh meramal masa depan mereka dengan merancang masa depan mereka. Kita harus member peluang kepada diri kita untuk menjadikan impian dan cita-cita hidup serta kejayaan menjadi kenyataan dan bukannya hanya mimpi sahaja dengan mengambil pelbagai usaha. Sesungguhnya,kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita.

Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk membantu rakan yang terlibat dalam gejala sosial

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 BAHAGIAN B (Karangan Respon Terbuka)
Dimensi Diri
Latihan 1:
Seorang rakan anda telah terlibat dengan gejala sosial yang serius sehingga rakan anda itu mengabaikan pelajaran.
Huraikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu.
Baru-baru ini, seorang rakan sekelas saya telah terlibat dengan gejala sosial yang serius. Rakan saya itu kerap memonteng kelas, terlibat dengan vandalisme dan sering tidak hadir ke sekolah. Sebenarnya rakan saya ini seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Namun, guru-guru di sekolah berasa hairan kerana sejak akhir-akhir ini rakan saya itu sering mengabaikan pelajarannya. Sebagai seorang sahabat, saya bertanggungjawab untuk membantu rakan saya itu supaya dia insaf bak kata pepatah sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Saya berharap usaha-usaha yang saya lakukan itu akan menyedarkan rakan saya tentang tanggungjawabnya sebagai seorang remaja dan sebagai seorang pelajar. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat saya lakukan untuk membantu rakan saya?
Usaha pertama yang saya lakukan untuk membantu rakan saya itu ialah saya akan menasihatinya supaya tidak menjerumuskan diri dalam kancah gejala sosial. Saya akan mengingatkan sahabat saya itu tentang akibat sekiranya rakan saya itu terlibat dengan gejala sosial. Saya akan menyedarkan rakan saya akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak agar tidak menghampakan harapan ibu bapanya. Rakan saya perlu sedar bahawa dia pernah mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pernah menerima anugerah pelajar terbaik PMR. Saya berharap nasihat-nasihat saya itu dapat menyedarkan rakan saya dan rakan saya akan berubah sikap serta insaf akan kesalahan yang dilakukan sebelum nasi menjadi bubur. Saya tidak mahu rakan saya berasa menyesal pada kemudian hari kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Selain itu, saya juga akan berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa rakan saya itu dan memberitahu mereka tentang pembabitan rakan saya dalam gejala sosial. Saya berbuat demikian kerana kemungkinan ibu bapa rakan saya itu tidak tahu tentang penglibatan anak mereka dalam kegiatan yang tidak sihat di sekolah. Saya berharap ibu bapa rakan saya itu dapat mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Besar kemungkinan faktor kekurangan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa yang menyebabkan rakan saya terjebak dalam gejala sosial. Apabila ibu bapa rakan saya sudah mengetahui masalah anak mereka, saya berharap ibu bapa rakan saya dapat memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap rakan saya itu. Ibu bapa rakan saya mungkin akan lebih bertanggungjawab dan mengadakan perbincangan dengan anak untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi. Jelasnya, tanggungjawab saya untuk memberitahu ibu bapa rakan saya itu diharapkan dapat membantu rakan saya untuk kembali ke pangkal jalan.
Di samping itu, saya akan mengajak rakan saya untuk berjumpa dengan guru kaunseling untuk menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling. Saya akan memberitahu guru kaunseling tentang penglibatan rakan saya dalam gejala sosial. Saya berharap guru kaunseling dapat membimbing rakan saya dan menasihatinya supaya berubah sikap. Sesi kaunseling ini amat penting kerana menerusi sesi kaunseling, rakan saya itu akan sedar dan insaf tentang perbuatannya yang salah selama ini. Rakan saya juga dapat mengenali identiti diri dan motivasi untuk berubah apabila guru kaunseling memberi nasihat dan dorongan kepada rakan saya itu. Saya juga berharap rakan saya dapat membina keyakinan diri dan menyedari betapa pentingnya pembinaan sahsiah diri dan akhlak dalam kalangan remaja sebagai benteng supaya tidak mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Tegasnya, menerusi sesi kaunseling ini rakan saya sebagai remaja dapat menginsafi dan menyedari peranannya sebagai remaja yang mewarisi pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Hujatul Islam Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin mengatakan bahawa sekiranya kita ingin melihat masa depan remaja maka lihatlah pada diri remajanya. Seandainya baik diri remaja, maka baiklah masa depan negara. Sebaliknya, jika buruk diri remaja maka buruklah masa depan negara.
Seterusnya, saya juga akan mengajak rakan saya itu menyertai program-program yang berfaedah. Saya akan membawa rakan saya menghadiri majlis-majlis ilmu seperti program yang berunsurkan agama dan motivasi diri. Sebagai contoh, saya akan mengajak rakan saya menghadiri ceramah agama, Majlis Tazkirah, kelas mengaji al-Quran, Kem Bina Insan dan Kecemerlangan Diri. Menerusi majlis ilmu yang dihadiri itu, saya berharap rakan saya akan insaf dan lembut hatinya serta menyesal dengan apa yang pernah dilakukannya selama ini. Menerusi Kem Kecemerlangan Diri dan Bina Insan pula, rakan saya pasti membina keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk berubah terutamanya dalam proses pembentukan minda dan akhlak. Hasil daripada pergaulan dengan rakan-rakan yang baik dalam majlis-majlis ilmu itu, rakan saya itu dapat membezakan dan mengenali antara rakan yang baik dengan rakan yang tidak baik. Jelasnya, rakan saya itu tidak akan mudah terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik dan dia juga tahu menghargai masa kerana masa itu emas.
Selain itu, saya juga akan sentiasa membantu rakan saya dalam pelajaran. Saya akan mengajak rakan saya menghadiri kumpulan perbincangan. Saya juga akan membantu rakan saya memahami topik-topik pelajaran yang ketinggalan selama ini. Saya akan mengajak rakan saya mengulang kaji di perpustakaan untuk mencari rujukan dan berbincang tentang topik-topik yang kurang difahami. Saya juga akan mengajak rakan saya menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan di sekolah atau di luar sekolah. Saya akan menasihati rakan saya tentang kepentingan pelajaran dalam kehidupan. Tanpa pelajaran, masa depan seseorang itu gelap. Pada masa yang sama, saya akan mengajak rakan-rakan yang lain untuk mengadakan perbincangan dengan rakan saya ini. Tujuan saya berbuat demikian adalah memastikan rakan saya benar-benar insaf dan tidak mengabaikan pelajaran.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha membantu rakan yang terlibat dalam gejala sosial adalah sesuatu yang murni dan perlu diteruskan. Saya berharap usaha yang saya lakukan ini dapat membantu rakan saya supaya tidak melibatkan diri dalam gejala sosial. Saya juga berharap rakan saya benar-benar insaf dan bertanggungjawab terhadap masa hadapannya kerana ’sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. Rakan saya perlu ingat bahawa sekiranya dia tidak berubah, tidak ada sesiapa pun yang akan membantunya untuk berubah. Sebagai remaja, rakan saya perlu mempunyai jati diri agar tidak mudah dipengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik. Tegasnya, rakan saya perlu berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan kerana pepatah mengatakan rajin dan usaha tangga kejayaan dan yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Saturday, October 15, 2011

Novel 6.20-Nilai dan Pengajaran

NILAI DAN PENGAJARAN
i. Nilai kasih sayang
Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.

ii. Nilai prihatin
Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.



iii. Nilai setiakawan
Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iv. Nilai tanggungjawab
Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.

v. Nilai saling menghormati
Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya.

vi. Nilai kejujuran
Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.

vii. Nilai pengorbanan
Contoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam.

viii. Nilai patriotik
Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara.

ix. Nilai keimanan
Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam.

x. Nilai kecintaan
Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi walaupun mereka merupakan golongan remaja.

xi. Nilai kerjasama
Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2.

xii. Nilai rasional
Contoh: Sukma berfikiran rasional walaupun Iskandar cuba mempengaruhinya tentang kegiatan Kelab WX2.


i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita
Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.

ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar
Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.
Contoh: Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak membuat pilihan dalam kehidupan mereka
Contoh: Ibu bapa Jerry seharusnya memberi peluang kepadanya untuk menentukan pilihan hidupnya tetapi mereka berhak untuk memberi panduan dan nasihat.

iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan
Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri
Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara.

v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah
Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.

vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam
Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.

vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran
Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara
Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.

Novel 6.20-Latar

LATAR
Latar Masa
i. 6:20 pagi
Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya.

ii. Petang
Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.

iii. Senja
Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.

iv. Malam
Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood
Latar Tempat
i. Banglo Taman Megah
Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.

ii. Di Dewan Kuliah
Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.

iii. Balkoni kamar
Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma.

iv. Rumah Ehsan
Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung.

v. Kafe Flora
Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman.

vi. Di pintu pagar rumah
Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan
Contoh: Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian.

vii. Tempat rehat
Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan mereka.
viii. Kelab WX2
Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.

ix. Warung Pak Alias
Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di seberang jalan.

x. Rumah Aim
Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma.

xi. Rumah Tuk Siak
Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim.

xii. Kawasan tanah perkuburan
Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas.

xiii. Bangunan biru di hujung daerah
Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap mereka.

xiv. Hospital
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena tembakan ahli.



Latar Masyarakat
i. Masyarakat pelajar universiti.
Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi awam.

ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda.
Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.

iii. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.
Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja.

iv. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam perjuangan
Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh membuatkan para pengikut bertindak ganas.

v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

vi. Masyarakat yang berdikari.
Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untuk menyara kehidupan.

vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat.
Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

Novel 6.20- Watak dan Perwatakan

Novel 6.20-Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Nur Sukma
i. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun.
ii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam.
iii. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya).
iv. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya).
v. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya).
vi. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya).
vii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu).
viii. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut).
ix. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat).

x. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi dijalankan).
xi. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya).
xii. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2).
xiii. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).
Watak Sampingan
Puan Delia
i. Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir.
ii. Seorang yang berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya).
iii. Seorang yang menghormati tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq).
iv. Pernah bekerja di sebuah syarikat besar.
v. Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.
vi. Seorang yang penyayang (ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan).
vii. Penghidap penyakit darah tinggi (Doktor menasihati ibu agar berehat di rumah).
viii. Seorang perisik (Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut).
Tuan Haji Syaqir
i. Seorang yang bertanggungjawab (Tuan Haji Syaqir melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah).
ii. Seorang yang prihatin (Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan).
iii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Tuan Haji Syaqir tetap menunaikan solat setiap waktu).
iv. Seorang yang berjasa kepada rakyat (Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap mereka).
v. Seorang yang tidak emosional (Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dengan Puan Delia).
vi. Seorang yang bertolak ansur (Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri).
vii. Seorang yang pandai memujuk (Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya).
Teja
i. Seorang mahasiswa di institut pengajian tinggi awam.
ii. Teman karib kepada Sukma sejak berusia tiga belas tahun.
iii. Seorang yang sedikit nakal dan gila-gila bahasa.
iv. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi (Teja sentiasa berusaha membantu rakan-rakannya).
v. Sahabat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi sahabatnya (Teja membantu Jerry yang bermasalah).
vi. Seorang anak yang taat terhadap kedua-dua ibu bapanya (Teja mengikut arahan ibunya yang menyuruhnya pulang ke rumah).
Reny
i. Berketurunan Iban.
ii. Seorang penari dari Kumpulan Waris Cinta.
iii. Mahir segala jenis tarian tradisional.
iv. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
v. Menimba ilmu hanya melalui pembacaan.
vi. Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa (Reny memohon maaf kepada Sukma kerana tidak memberitahu tentang penglibatannya dalam Kelab WX2).
vii. Seorang anak yang rajin (Reny rajin membantu keluarganya).
viii. Terlibat dengan kumpulan WX2.

Jerry
i. Sahabat kepada Sukma dan berusia 19 tahun.
ii. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma.
iii. Taat kepada kedua-dua ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah).
iv. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam menentukan hidupnya).
v. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan (Jerry sering berkunjung ke Kelab WX2 dan ruang sepi).
vi. Seorang lelaki yang baik dan boleh dipercayai (Jerry berterus terang tentang Kelab WX2 dan sedia bekerjasama dengan polis).
vii. Terlibat dengan kumpulan WX2.

Iskandar
i. Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah.
ii. Tertarik kepada Sukma.
iii. Gemar memberontak dan pesimistik (Iskandar suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang).
iv. Seorang lelaki yang ego (Iskandar suka merendahkan orang lain).
v. Bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan (Iskandar insaf tentang keterlanjurannya ketika menganggotai Kelab WX2).
vi. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2.

Kak Ros
i. Jiran kepada keluarga Sukma.
ii. Seorang Inspektor Polis yang berusia lingkungan 30-an.
iii. Hidup bersendirian tanpa kedua-dua ibu bapanya.
iv. Seorang yang cekal dan tabah (Kak Ros hidup sebatang kara setelah kematian kedua-dua orang tuanya).
v. Berani menjalankan tugas (Kak Ros menyiasat tentang kegiatan Kelab WX2).
vi. Sayang akan Sukma seperti adiknya sendiri (Kak Ros menasihati Sukma supaya sentiasa berhati-hati).
vii. Mengambil berat tentang Sukma (Kak Ros berusaha membantu Sukma).
Rafiq
i. Berasal dari Washington.
ii. Pelajar cemerlang dari Amerika.
iii. Seorang lelaki yang baik hati.
iv. Seorang yang mudah dibawa berbincang.
v. Merupakan pelajar baharu di universiti yang sama dengan Sukma.
vi. Tertarik kepada Sukma.
vii. Seorang yang berperwatakan sederhana dan merendah diri (Rafiq sentiasa merendah diri walaupun dia pelajar cemerlang).
viii. Seorang lelaki yang menyenangkan dan berwajah cerah.
ix. Mengikut ayahnya berpindah ke Malaysia.
x. Mempunyai semangat setiakawan (Rafiq sentiasa membantu Sukma mahupun Jerry yang bermasalah).

Wanita Tua/Nenek
i. Seorang wanita tua yang berdikari (Nenek hidup sendiri bersama-sama cucunya, Aim).
ii. Sayang akan cucunya.
iii. Bidan kepada ibu Sukma.
iv. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma (Nenek menjadi bidan dan pengasuh Sukma).
v. Mempunyai seorang anak lelaki yang telah meninggal dunia.
vi. Menjual buah-buahan di pasar untuk menyara kehidupannya.
vii. Seorang yang tabah (Nenek membesarkan cucunya seorang diri setelah kematian anak lelakinya)
viii. Seorang yang berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya.
Abang Aim
i. Seorang yang kurus, badannya melengkung , berkulit gelap dan lemah.
ii. Seorang penghidap AIDS.
iii. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang.
iv. Bekas ahli kumpulan WX2.
v. Tinggal di belakang rumah Tok Siak.
vi. Menceritakan tentang pergerakan kumpulan WX2 yang menggunakan Pati1 dan dadah untuk mempengaruhi pengikut mereka.
Aim kecil
i. Anak yatim piatu yang baru berusia lima tahun.
ii. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berusia dua tahun.
iii. Matang walaupun masih kecil.
iv. Muncul di rumah Sukma pada 6.20 pagi.
v. Gemar makan roti.
vi. Mendengar kata (Aim sentiasa patuh akan nasihat nenek).
vii. Sayang akan neneknya.
13. Su Ani
i. Ibu saudara Teja.
ii. Pemilik Kafe Flora.
iii. Berkahwin dengan Su Rawi.
iv. Seorang yang pemurah (Su Ani selalu meraikan Teja dan rakan-rakannya).
v. Seorang yang baik hati (Su Ani mengajak Sukma dan rakan-rakannya makan di kafenya walaupun baharu mengenali mereka).
vi. Mesra dengan kanak-kanak.
Pak Rashid
i. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun.
ii. Berpakaian kemas berbaju kemeja putih dan berseluar hitam.
iii. Seorang yang pandai menyimpan rahsia (Pak Rashid merahsiakan aktiviti ibu Sukma).
iv. Prihatin terhadap Sukma (Pak Rashid bimbang akan Sukma yang sentiasa keresahan).
v. Seorang yang baik hati (Pak Rashid sentiasa menawarkan tenaganya untuk membantu Sukma).

Novel 6.20- Tema dan Persoalan

Nota daripada BPK

Tema
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.


Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;

i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.

ii. Konflik dalam keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.

iii. Tanggungjawab seorang sahabat.
Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.

iv. Berani menegakkan kebenaran
Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut.

v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.
Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.
vi. Prihatin terhadap masalah orang lain.
Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.

vii. Remaja yang mudah terpengaruh.
Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

Novel Baharu Ting.3 2012- 6.20 karya Siti Jasmina Ibrahim

Nota daripada BPK

6:20
(Siti Jasmina bt Ibrahim)

Sinopsis
Bab 1 – Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar. Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul.

Bab 2 – Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang apa-apa dengannya. Tanpa menghiraukan amaran ibunya, Sukma membuka pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma bertanya tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji Rashid. Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan mereka dan berhasrat untuk menyatakan masalahnya. Di kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar di Washington sebelum itu. Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya siapakah diri Rafiq sebenarnya dan punca dia tiba-tiba memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda perasaan.

Bab 3 – Rabu
Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun dia disindir oleh ibunya. Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan kaunselor. Di pintu pagar, muncul dua ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor berwarna putih. Namun kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar. Ayah Sukma mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar, kawan Sukma. Sukma akur dengan permintaan ayahnya. Di dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa sama-sama menuntut dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topik ‘Kemasyarakatan Islam’. Sukma pula masih tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.

Bab 4 – Rabu Malam
Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampung dan ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia tiga tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit. Pada majlis tersebut juga, Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka bercakap dengan Iskandar kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang lain, suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang dan suka meniru gaya barat. Ketika dalam majlis itu juga, Sukma ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pukul 6:20 subuh Isnin lalu tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.

Bab 5 – Khamis
Jam menunjukkan 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji Syaqir. Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma bergegas ke arahnya untuk bertanya soalan. Kanak-kanak tersebut ketakutan dan melarikan diri. Ibu memarahi Sukma kerana membuka pintu pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Sukma. Di bilik kuliah, Alvin bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2. Sukma dan Teja tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka tidak pernah mendengar tentangnya. Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut ialah kelab hiburan yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi mendalami ilmu mencari realiti. Sukma dan rakan-rakannya berkumpul kerana mencari bahan kajian isu peperangan dan penindasan melanda dunia. Jerry memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan menyatakan Iskandar juga terlibat dalam kelab tersebut.

Bab 6 – Khamis Malam
Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri pada jam 6:20 di depan pintu pagar rumah mereka. Sukma meminta ayahnya mencari tetamu tersebut untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah mereka. Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan mencadangkan kepada ayahnya supaya membawa Sukma pergi melancong. Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu kafe milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional. Di sana, mereka berkenalan dengan ahli kumpulan Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian tradisi. Sukma bertukar-tukar pandangan dengan Reny tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa dia ialah guru zapin yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun di kawasan perumahannya.

Bab 7- Jumaat
Jam menunjukkan pukul 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu pagar rumahnya untuk menemui kanak-kanak yang pernah muncul sebelum itu. Kanak-kanak tersebut lapar dan Sukma mengajaknya masuk ke rumah untuk memberinya makanan. Nama kanak-kanak itu ialah Aim. Ibu memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk ke rumah. Aim yang terdengar suara ibu terus melarikan diri keluar. Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid. Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar perumahannya. Apabila tidak menemui Aim, mereka pulang ke rumah. Ros menyapa Sukma dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak Rashid. Sementara itu, ibu mencari jawapan tentang kerisauan yang melanda Sukma. Ibu beranggapan Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul. Selepas peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilah terrorism. Rafiq pula menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur. Rafiq memberitahu bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang dilakukannya semalam.

Bab 8 – Jumaat Petang
Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul sehingga 6.20 petang. Di seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu pagar rumahnya. Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja. Rafiq pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di pintu Kelab WX2 bagi berjumpa dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat bercakap dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam itu. Sukma keliru tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan sedangkan kelab tersebut mengajar satu fahaman yang meragukan. Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan mempersoalkan kehadiran Sukma dan Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui tentang WX2 dan ruang sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab WX2. Akhirnya hanya Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma hanya memerhatikannya.


Bab 9 – Jumaat Malam
Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda dan Iskandar yang berkelakuan pelik. Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa di Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara lain. Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri untuk menghantar Sukma ke Kafe Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia ingin menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya berhati-hati. Sukma berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma pada Selasa lalu. Lelaki tersebut ialah Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya tetapi telah menghilang enam bulan lalu. Walau bagaimanapun, Abang Aim telah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan masalahnya pada minggu lalu. Sukma meminta Rafiq untuk membawanya bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri tetamu 6:20. Rafiq juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya dan Alvin. Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi adalah tempat remaja berkumpul, berbincang dan berbual. Walau bagaimanapun Sukma mengesyaki Rafiq tidak menceritakan hal sebenar kepadanya. Rafiq menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan hal sebenar kerana tidak dibenarkan oleh Jerry. Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam bas yang dinaiki oleh mereka. Selepas berhenti, Sukma bertanya tentang penampilan Jerry yang berubah itu. Jerry menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan segala aturan hidupnya ditentukan oleh ibu dan bapanya. Jerry juga menyatakan bahawa dia bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan membuat pilihan.

Bab 10 – Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi Isnin lalu. Sukma bertanya tentang asal usulnya. Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma panas dan meminta Sukma menyejukkannya. Sukma juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman di dalam rumah. Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu. Sukma berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora. Kedatangan mereka disambut oleh Reny. Reny memberitahu bahawa dia mengenali Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di Kelab WX2. Sukma ke Kelab WX2 dan memasukinya. Setelah melihat di sekeliling kelab, Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak langsung menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.

Bab 11 – Sabtu Lagi
Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma berasa agak terkejut dengan sikap Iskandar yang begitu ramah dengannya berbanding dengan sebelum ini. Iskandar seronok mencerita tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan. Sukma berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di situ. Sambil menurunkan kerusi dari atas meja, Iskandar dan Sukma bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny dan misi kelab mereka. Sukma berlegar-legar di ruang kelab itu dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut terutama sikap Iskandar yang mula menampakkan keganjilan apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry. Reny tiba-tiba muncul dan memohon maaf kepada Sukma. Sukma terus mendesak rasa ingin tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada Reny dan Iskandar. Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut hanyalah ruang untuk perdebatan dan perkongsian idea.

Bab 12 – Sabtu Siang
Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong. Sukma mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada waktu Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan anak yatim piatu dan cucu kepada Nenek. Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin mengikuti neneknya ke pasar untuk berniaga buah-buahan. Sukma mengajak Aim ke rumahnya. Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah Sukma. Teja menanya tentang Kelab WX2 kepada Sukma. Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza dengan yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry. Teja juga pernah dua kali memasuki kelab tersebut. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Sukma tentang ruang sepi kelab itu. Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting bagi kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan ruang sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada Sukma. Sedang mereka berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta mereka iaitu Pak Rashid. Sukma meminta Teja membawa Aim ke biliknya. Rafiq meminta izin pulang. Sukma berusaha membawa Teja dan Aim keluar dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan daripada bapanya. Namun begitu, apabila mendapati Aim tertidur di dalam biliknya, Sukma hanya meminta Teja pulang dahulu. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang ibunya yang sering keluar pagi-pagi hari. Namun, Pak Rashid tidak memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya sendiri tetapi dia sedia membantu.


Bab 13 – Sabtu Petang
Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau situasi sebelum membawa Aim keluar dari biliknya. Ketika itu juga ibunya memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang dibelinya untuk Sukma. Buku itu menceritakan cara-cara menangani tekanan. Sukma tidak menyenangi cara ibunya yang menyangka dia mengalami tekanan jiwa. Tuan Haji Syaqir cuba menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah Sukma dan meminta Sukma memohon maaf kepada ibunya nanti. Sukma berjanji akan meminta maaf dengan ibunya atas sikapnya tadi. Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan ayahya tentang masalah remaja yang berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak Ros. Sukma tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai program kepada remaja di tempatnya namun begitu ada yang tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi yang mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.

Bab 14 – Sabtu Malam
Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan Abang Aim. Menurut Rafiq, Abang Aim tinggal di sebuah pondok di belakang rumah Tuk Siak. Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi dia menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak. Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS. Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-hati dan memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya. Tiba-tiba, Iskandar datang untuk menjelaskan ruang sepi kepada Sukma. Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar tentang kehilangan Jerry. Iskandar sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang sebaliknya dia menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup. Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang positif dan bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma meninggalkan rumah Abang Aim dan menghantar Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya. Sukma meminta maaf daripada nenek kerana terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia sendiri menjaga Sukma selama dua bulan. Nenek juga memberitahu tentang cucunya yang hampir seusia Sukma meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga mendapati gambarnya yang ketika berusiaempat bulan ada tergantung di rumah nenek itu. Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda tanya kepada Sukma.


Bab 15 – Sabtu Malam yang Sama
Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu Sukma mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua perkara yang telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana dia telah lama meninggalkan rumahnya. Selepas menghantar Jerry pulang, Sukma dan Rafiq pergi ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma pada pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan agenda dan perancangan mereka terhasil. Mereka sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini juga terdiri daripada 80 peratus remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka tidak mengganggu Sukma kerana menghormati ibunya Puan Delia. Sukma pulang ke rumah dan diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta pendapat ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan ayahnya supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan Delia. Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan apa-apa kerana mereka ramai serta berada di serata tempat. Menurut Iskandar, mereka membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak Ros mendapatkan segala maklumat tentang kegiatan kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.

Bab 16 – Ahad
Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah didahului oleh Puan Delia, ibu Sukma. Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana sikap ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu. Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke rumah Sukma untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim yang mati kerana menanyakan kebenaran. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek seperti membenarkan apa-apa yang telah diterangkan oleh Abang Aim. Sukma pulang ke rumah dan mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan kereta ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya melaporkan kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan siapa ibunya yang sebenar kepada ayahnya.
Bab 17 – Ahad Pagi
Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry memberi kerjasama dengan membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan, kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair yang berwarna merah yang dikenali sebagai “Pati 1” bagi memastikan aktiviti mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia pergerakan mereka. Semua ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry lagi, Kelab WX2 itu ialah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan semata-mata.

Bab 18 – Ahad Petang
Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah memberi maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang perancangan tersebut. Iskandar tiba-tiba datang dan memberitahu kepada Sukma bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan dia berjanji membantu Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu. Mereka meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu. Beberapa jam kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.

Bab 19 – Hari Ini
Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih mendalam teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap. Puan Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan itu semasa operasi.

Wednesday, April 20, 2011

Karangan Bergambar-Berhemah ketika berbelanja

Kepentingan Bersikap Berhemat Ketika Berbelanja

Sepanjang tahun negara kita meriah dengan pelbagai karnival beli-belah. Tambahan pula,Kuala Lumpur kini sudah menjadi pusat beli-belah yang terkenal dalam kalangan pelancong dari seluruh dunia.Keghairahan mereka membeli-belah dan berbelanja besar tidak harus menjadi ikutan hingga hanyut dan leka dalam tabiat buruk yang akan memudaratkan diri sendiri.
Pada pendapat saya,dalam menghadapi himpitan perbelanjaan harian yang semakin membebankan akhir-akhir ini,maka penting bagi kita berjimat cermat atau berhemat ketika berbelanja.Kenaikan harga petrol serta peningkatan harga barangan seperti beras,tepung,gula ,dan sebagainya secara langsung akan meningkatkan perbelanjaan harian kita.Jika kita bersikap boros,tabung kita akan bocor terus.Maksudnya bukan saja kita tidak dapat menabung,malahan wang yang kita simpan itu pula terpaksa kita keluarkan untuk kegunaan harian.Mungkin kita juga terpaksa berhutang.
Setiap orang ialah pengguna.Kita pasti memerlukan sesuatu barang atau perkhidmatan pada masa-masa tertentu.tidak kira yang tua atau yang muda, falsafah berhemat dalam berbelanja harus disematkan dalam sanubari.Sikap ini, selain dapat mengelakkan pembaziran juga dapat membantu pihak kerajaan mengawal paras harga di pasaran.Para peniaga juga akan bersikap bertimbang rasa dan tidak tamak dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga sesuatu barangan.Peniaga akan menaikkan harga sekiranya permintaan bagi barangan berkenaan melebihi pengeluaran.
Selain tu,dengan berhemat kita akan lebih cenderung untuk menyimpan wang sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi masa depan.Setiap orang perlu beringat dan menyimpan wang untuk kegunaan pada masa kecemasan atau pada waktu kesempitan.Keadaan kita pada masa depan tidak dapat diduga kerana malang tidak berbau. Kata orang tua-tua,ingat sebelum kena,jimat sebelum habis.Oleh sebab itu ,kita perlulah menyimpan wang untuk kegunaan yang tidak dapat dijangkakan itu.
Sesungguhnya amalan berhemat ketika berbelanja adalah penting dan perlu kita terapkan dalam diri sendiri dan seluruh anggota masyarakat.Amalan ini bukan saja dapat mengelakkan kita daripada terperangkap dan bankrap,tetapi juga menyedarkan kita supaya membenci pembaziran.Hal ini kerana pembaziran adalah amalan syaitan.Marilah kita mengamalkan slogan ‘Pengguna Bijak, Pengguna Berhemat’.

Karangan Bergambar-Ragut

Langkah-Langkah Bagi Mengelakkan Diri Daripada Jenayah Ragut

Sejak dua tiga tahun belakangan ini kegiatan jenayah semakin menjadi-jadi khususnya jenayah ragut.Jenayah ini paling ketara berlaku di bandar-bandar besar. dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.Yang lebih membimbangkan ada kalangan mangsa jenayah ragut kehilangan nyawa sebagai akibat kerakusan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan. Oleh itu,beberapa langkah perlu diambil untuk mengurangkan jenayah ini.
Pertamanya,kaum wanita disaran agar tidak membawa beg atau tas tangan dan memakai barang kemas yang banyak ketika keluar bersiar-siar atau membeli-belah di gedung-gedung perniagaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga yang lain.Cukuplah dengan membawa dompet kecil yang dapat disimpan di dalam saku pakaian agar tidak mudah dilihat.
Seterusnya,jika anda benar-benar perlu membawa beg tangan,jangan sekali-kali menyimpan wang yang banyak di dalamnya. Pastikan bahawa anda membawa wang yang secukupnya saja.Jika ada kad kredit,gunakanlah untuk berurusan sama ada untuk membeli-belah atau membayar bil-bil utiliti,tetapi perlu diingat bahawa penggunaan kad kredit memerlukan disiplin diri yang tinggi. Walaupun cara ini menyulitkan,namun cara ini dapat menjamin keselamatan diri.
Seperkara lagi,kaum wanita juga diingatkan agar tidak melalui kawasan yang sunyi atau laluan yang menjadi tumpuan penjenayah ragut.Gunakan laluan yang menjadi pilihan orang ramai. Laluan yang menjadi tumpuan orang ramai jarang-jarang menjadi kawasan sasaran penjenayah.Hal ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan kes ragut yang berlaku di negara kita terjadi di kawasan laluan sunyi.
Secara tuntasnya,kegiatan jenayah ragut harus diberantas segera sebelum jenayah ini merebak ibarat penyakit barah yang menyerang. Hal ini sekali gus dapat menenangkan hati orang ramai terutamanya kaum wanita yang terpaksa keluar rumah untuk bekerja,membeli-belah atau kerana urusan lain.

Karangan SPM-Soalan B

Gejala Merempit

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,kegiatan ‘Mat Rempit’ semakin menjadi-jadi terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.Kegiatan ‘Mat Rempit’ ini bukan sahaja mengundang musibah kepada diri pelakunya,malah membahayakan orang lain.Walaupun pihak polis sentiasa bertindak tegas,namun aksi berani mati mereka dan aktiviti tersebut tidak pernah berkurang.
Kesan utama yang bakal ditanggung oleh ‘Mat Rempit’ ialah kemalangan jalan raya.Perlakuan dan cara pengendalian motosikal yang tidak berhati-hati bakal mengundang padah bukan saja kepada mereka,malah orang awam dan pengguna jalan raya yang lain.Aksi lagak ngeri yang dipamerkan sering menjadi punca kemalangan jalan raya.Lebih malang,kemalangan tersebut sering menjadi penyebab kematian kepada kedua-dua belah pihak.
Kegiatan ‘Mat Rempit’ yang bermaharajalela di jalan-jalan bandar jelas mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.Dengan deruan bunyi kuat motosikal yang telah diubahsuai,suasana malam yang damai menjadi amat membingitkan telinga warga kota.Bagi warga kota yang mempunyai anak kecil atau bayi,maka sudah pasti yang membingitkan ini mengganggu anak-anak kecil tersebut.Selain itu,tingkah laku dan bunyi motosikal yang bising ini sudah tentu memberikan gambaran buruk kepada pelancong asing terhadap negara.
Tindakan mereka yang mencabar kesabaran dan kewibawaan pihak polis ini juga menjadi asas kepada pengembangan gejala keruntuhan akhlak dan perlakuan jenayah.Di sinilah berkembangnya gejala ‘Minah Bohsia’ .Lebih teruk lagi apabila ada dalam kalangan gadis remaja ini dijadikan “habuan” kepada pemenang dalam sesuatu perlumbaan haram.Selain itu,gejala minum minuman haram turut berleluasa.Misalnya mereka tanpa segan silu minum minuman haram hingga ada yang sanggup minum air tuak yang dicampur dengan darah labi-labi.
Secara tuntasnya,kegiatan perlumbaan haram yang sering dikaitkan dengan ‘Mat Rempit’ harus dibanteras dengan segera.Hal ini demikian kerana gejala ini sudah menjadi semakin tidak terkawal dan mendatangkan pelbagai musibah.

Karangan Bahagian C-PMR

Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah anjuran Persatuan Pengguna. Tajuk syarahan anda ialah “Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan Negara”.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Format
Syarahan

Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, iaitu pengerusi majlis, para hakim, guru-guru, dan rakan-rakan.

Isi 1
Pengguna perlu mengamalkan sikap berjimat cermat
Huraian:
- berhati-hati ketika berbelanja
- membuat persediaan sebelum membeli sesuatu barangan
- membeli barang yang perlu sahaja

Isi 2
Pengguna mesti mengetahui hak-hak sebagai pengguna
Huraian:
- untuk mengetahui kualiti barang
- untuk mengetahui tarikh luput sesuatu barang
- mendapatkan harga yang berpatutan

Isi 3
Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan
Huraian:
- membaca label di luar bungkusan
- memilih barang yang baru
- menukar barang yang dibeli dengan barang yang baru jika terdapat kecacatan

Isi 4
Membuat aduan kepada pihak yang berkuasa
Huraian:
- kandungan bahan yang tidak bermutu
- harga yang tidak berpatutan
- barangan sudah luput tarikh
Penutup
Pengguna memainkan peranan dalam menentukan kesejahteraan negara – ucapan terima kasih.

Karangan Bahagian C-PMR

Sebagai wakil murid, anda dikehendaki berucap dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah. Sediakan ucapan anda itu.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Format
Ucapan

Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada para hadirin – berterima kasih kerana diberi peluang untuk berucap.

Isi 1
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- tema Hari Guru “Guru berkualiti Pemangkin Kecemerlangan” amat bertepatan sekali
- guru sentiasa berusaha untuk memajukan diri mengikut arus kemajuan
- mengikuti pelbagai kursus dan melanjutkan pelajaran

Isi 2
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- mendidik murid menjadi orang yang berilmu
- sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit untuk kejayaan murid-murid
- umpama dian yang membakar diri

Isi 3
Memohon maaf daripada guru-guru
Huraian:
- atas kesilapan dan kelanjuran kata-kata
- tidak mendengar nasihat
- ingkar perintah dan peraturan

Isi 4
Mendoakan kesejahteraan dan kejayaan guru-guru
Huraian:
- terus tabah menjalankan tugas murni ini
- sihat tubuh badan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
- berkhidmat tanpa jemu dan bosan

Penutup
Semoga guru-guru diberkati Allah – ucapan terima kasih.

Karangan SPM-Soalan B

Sektor pertanian merupakan nadi terpenting dalam membangunkan ekonomi negara. Berikan saranan anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk merancakkan industri pertanian negara ini.

Apabila direnungkan kembali kepada sejarah silam, negara bangsa yang bangun di wilayah Nusantara secara keseluruhannya berasaskan komuniti pertanian. Oleh hal yang demikian, sektor pertanian menjadi nadi dan jantung kepada masyarakat awal bukan sahaja di wilayah Nusantara malah di mana-mana peradaban manusia terbentuk. Antara masyarakat maritim dengan agraria, masing-masing saling memerlukan. Walau bagaimanapun setelah berlaku revolusi dan penjanaan mental, manusia mula mengembangkan sayap kegiatan ekonomi dengan memasuki sektor industri. Kerencaman pelbagai strata hidup akhirnya membentuk suatu pola baru, iaitu masyarakat multiekonomi. Akhirnya, bidang pertanian telah ditinggalkan dan menjadi aktiviti sara diri terutama di wilayah yang tidak menerima pengaruh Revolusi Industri dari Barat sahaja.

Kini, setelah memasuki abad ke-21, Malaysia yang suatu ketika dahulu dikenal sebagai negara ekonomi tani konservatif mula mengorak langkah untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sinergi atau enjin kedua untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. Usaha tersebut selaras dengan dasar kepemimpinan baru yang ditunjangi oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sesungguhnya, gagasan dan wawasan kerajaan itu amatlah relevan pada masanya setelah negara terpaksa berbelanja melebihi RM15 bilion setahun untuk mengimport barangan makanan. Walau bagaimanapun, sebelum sektor ekonomi tradisional ini dapat dilonjakkan semula ke taraf industri, banyak kerja yang harus dilaksanakan. Tidak dinafikan sektor ini boleh mencapai kualiti industri, namun usaha bersepadu semua pihak hendaklah digemblengkan lebih dahulu.

Peranan terpenting ialah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan sendiri. Kerajaan hendaklah mempunyai polisi yang jelas dengan menggubal dasar pertanian negara. Dasar tersebut yang memberikan tumpuan khusus terhadap usaha membangunkan potensi pertanian hendaklah mendapat suntikan daripada dasar Tanah Negara yang lebih kondusif ke arah memajukan sektor pertanian. Langkah tersebut amatlah mustahak agar tanah-tanah milik kerajaan negeri dan swasta dapat dibangunkan untuk projek-projek pertanian berskala besar. Penjenamaan semula Kementerian Pertanian dengan imej baru, iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menunjukkan bahawa kerajaan begitu komited untuk memajukan sektor pertanian. Selain penjenamaan semula, kementerian tersebut telah diletakkan di bawah jagaan menteri senior lagi berpengalaman, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kini setelah empat tahun, sektor pertanian kembali mendapat nafas baru dengan pelbagai insentif dan projek pertanian berskala besar mula beroperasi.

Setelah terperap lama di dalam kepompong budaya jumud yang meletakkan petani sebagai entiti masyarakat yang tidak berdaya saing dan tidak produktif, program motivasi dan kursus pertanian untuk petani-petani hendaklah digemblengkan. Para petani hendaklah diberitahu dan dimotivasikan bahawa rakan-rakan mereka seperti di Thailand dan di negara-negara maju telah lama menjadi kaya-raya hasil pendapatan daripada bidang pertanian. Oleh itu, kursus-kursus yang berasaskan motivasi dan teknik memodenkan pertanian dan pengurusan ladang hendaklah dijalankan dengan lebih agresif oleh agensi kerajaan dan pihak swasta. Para petani yang sudah pasif dengan cara hidup tradisional perlu didedahkan dengan suatu gaya hidup baru. Mereka hendaklah dibawa melawat ke ladang-ladang pertanian di negara-negara maju untuk membuka minda. Selain itu, barangkali kita sudah lupa dan terbawa-bawa dengan sikap berat sebelah dengan hanya mengagung-agungkan golongan birokrat, teknokrat, dan korporat dalam memberikan apa-apa anugerah bertaraf negara. Dalam hal ini, golongan tani yang telah sekian lama bergelumang dengan peluh dan lumpur hendaklah diberi pengiktirafan dan anugerah bertaraf negara juga.




Selain mengubah pandangan golongan tani, usaha positif untuk memberikan nafas baru kepada bidang ini hendaklah dilakukan dengan cara merancang program pemasaran yang lebih intensif dan
efektif. Dalam dunia global kini, pemikiran bekerja secara secukup hidup hendaklah ditukar kepada kegiatan komersial yang lebih menguntungkan. Dengan cara ini, barulah paradigma mentaliti golongan tani dapat diubah kepada bertani untuk tujuan eksport. Sebelum operasi eksport dapat dijalankan, justeru usaha mempertingkatkan kualiti produk perlu diutamakan. Semua pihak terutamanya agensi pertanian hendaklah meneruskan aktiviti R&D (penyelidikan dan pembangunan) agar hasil keluaran pertanian negara mencapai kualiti yang ditetapkan oleh agensi pertanian antarabangsa. Usaha pelabelan “Malaysia Best” adalah sebahagian daripada usaha memberikan jaminan kualiti kepada hasil keluaran pertanian negara. Langkah ini sudah pasti memberikan nafas baru kepada program pemasaran petani negara agar produk mereka dapat dipasarkan ke pasaran global dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Generasi muda adalah tenaga penggerak utama industri pertanian negara. Golongan ini haruslah direvolusikan minda mereka agar dapat melihat bahawa pertanian adalah sektor yang dapat mengangkat martabat mereka menjadi korporat muda. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kurangnya minat menceburi bidang pertanian khususnya dalam kalangan golongan muda amat berkait rapat dengan trend masyarakat kini yang sudah banyak beralih daripada ekonomi agraria kepada bidang perindustrian. Sikap masyarakat yang memandang tinggi terhadap kerja-kerja pejabat dan bidang kerja yang lebih profesional telah jauh meninggalkan minat untuk berselimut dengan lumpur dan bermandi peluh. Peralihan status tersebut menyebabkan bidang pertanian dianggap sebagai aktiviti kuno dan hanya layak diusahakan oleh golongan yang tidak berilmu dan golongan daif yang tinggal di hujung-hujung kampung. Oleh itu, suatu revolusi mental untuk menganjak paradigma remaja untuk menceburi sektor pertanian hendaklah bermula dari peringkat sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi.

Bak kata pujangga Aminuddin Baki, “Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”. Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah corak hidup termasuklah segelintir golongan tani yang masih berfikiran jumud. Sesungguhnya, sektor pertanian menjanjikan harapan yang cerah untuk menjanakan semula ekonomi negara yang selama ini terlalu bergantung pada industri pembuatan dan petroleum.

KARANGAN SPM-Soalan B

Mengembalikan Kegemilangan Sukan Negara Menuntut Komitmen yang Lebih
Oleh: Khairul Aisyam Hidayat


“Pasukan bola sepak antara kontinjen yang akan pulang awal dari Sukan Asia di Doha”. Kenyataan tersebut adalah sebahagian daripada reaksi mudah terhadap kelemahan pasukan bola sepak negara di persada antarabangsa. Berdasarkan ranking FIFA, pasukan bola sepak Malaysia berada di tangga ke-159. Tangga corot tersebut membuktikan bahawa ngauman bola sepak negara semakin tidak bertaring dan tidak berkuku. Jika dalam dekad 70-an dan 80-an, Malaysia sering digeruni sebagai pasukan terkuat di Asia, kini segala-galanya telah berlalu. Sebenarnya, badi yang mula menimpa pasukan bola sepak kebangsaan itu mula mererbak kepada beberapa pasukan sukan yang lain seperti, olahraga, renang, dan badminton juga. Gergasi baru seperti Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi telah mencuri kehebatan Malaysia. Kemerosotan pasukan negara itu hendaklah dilihat dalam pelbagai perspektif di samping mewujudkan usaha-usaha tersusun mengembalikan maruah sukan tanah air.

Secara rambang, banyak pihak berpendapat bahawa para pemain Malaysia kini sudah tidak patriotik lagi. Mereka bermain untuk pasukan negara sekadar “melepaskan batuk di tangga “. Mereka lebih mengutamakan kepentingan diri mengatsi kepentingan negara. Oleh itu, usaha mengembalikan semangat keramat tersebut perlu dijalankan. Banyak pihak yang mencuba membanding-bandingkan para pemain dalam dekad 70-an dan 80-an seperti Shukur Salleh, Datuk Soh Chin Aun, Santokh Singh, dan Allahyarham Mokhtar Dahari dalam sukan bola sepak. Begitu jugak kehebatan seperti Rabuan Pit, Marina Chin, Datuk Dr. M. Jegathesan, dan Junaidah Aman dalam sukan olahraga. Jika hendak dikatakan kita tidak memiliki kekuatan, barisan nama seperti yang disebutkan tadi sudah membuktikan bahawa Malaysia tidak kurang hebatnya di persada antarabangsa. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini semangat melonjakkan nama negara melalui sukan semakin pudar dalam kalangan atlet. Malu dengan hakikat yang terpaksa ditelan apabila pasukan negara sentiasa menjadi pasukan belasahan, justeru Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak seharusnya duduk diam dalam perkara ini. Pihak terbabit dan termasuk juga persatuan-persatuan sukan hendaklah menerapkan unsur patriotik yang kukuh agar keyakinan atlet dapat ditingkatkan dan mutu sukan negara dapat diletakkan pada landasan yang sepatutnya.

Mengambil contoh pasukan bola sepak kebangsaan, krisis dalaman dalam badan induk pasukan negara itu turut juga menyumbang masalah hingga menurunnya reputasi pasukan negara. Para pengendali dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan terlalu kebal terhadap segala teguran dan komen yang dilemparkan. Selain itu, insiden perebutan jawatan yang berlaku dalam organisasi ini turut menggugat reputasi bola sepak tanah air. Sebagai akibatnya, tiada perubahan ke arah mempertingkatkan mutu pasukan. Oleh hal yang demikian, usaha perlu dilakukan oleh persatuan sukan dan pihak KBS dalam menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan sukan yang banyak mempengaruhi prestasi atlet di bawah naungannya.

Sebagai kementerian yang berkuasa penuh terhadap kemajuan sukan negara, KBS wajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemerosotan tersebut. Jika dibandingkan dengan jumlah ongkos yang dibelanjakan, prestasi yang ditunjukkan amat mengecewakan sekali. Oleh itu, kementerian hendaklah lebih bertegas dengan menggubal suatu dasar baru yang lebih komprehensif tentang matlamt dan hala tuju sukan negara. Bukan sumber kewangan yang banyak sahaja disuntik ke dalam organisasi sukan, sebaliknya prestasi pasukan dan pemain perlu diutamakan. Keluhan banyak pihak tentang kebajikan pegawai dan orang kuat persatuan lebih istimewa dan terjaga daripada pemain sendiri hendaklah dipandang serius. Sikap melebihkan mangkuk daripada sudu seperti itu hanya boleh memudarkan semangat juang para peserta sahaja. Seandainya parut dan kudis seperti ini berjaya dikesan tidak mungkin tiada satu pun pasukan negara yang gagal menyerlah di peringkat antarabangsa.

Selain itu, faktor stamina dan skil yang tidak seimbang dalam kalangan atlet Malaysia turut menyumbang kelemahan pasukan. Berbanding dengan pasukan-pasukan elit dunia, keyakinan atlet kita cepat luntur apabila percubaan demi percubaan dapat dipatahkan dengan mudah oleh pasukan lawan. Dalam bidang sukan tidak dinafikan lagi ketahanan fizikal dan skil merupakan modal besar jika mahu berjaya. Oleh hal yang demikian, KBS dan persatuan-persatuan sukan mestilah lebih dinamik dalam merancang pembangunan kemahiran dan stamina atlet. Justeru, untuk menyelesaikannya maka pemilihan jurulatih hendaklah bersifat jangka panjang dan pelbagai. Tidak mungkin seseorang jurulatih mampu melatih semua aspek kemahiran dalam tempoh yang tertentu. Selain untuk meningkatkan kemahiran atlet, pihak KBS hendaklah lebih banyak menubuhkan akademi sukan yang dapat membentuk pelatih pelapis. Dalam menangani masalah ini, kita perlulah berpegang pada peribahasa “sediakan payung sebelu hujan”.

Selain itu, usaha mencungkil bakat-bakat baru wajar dilaksanakan oleh KBS dan persatuan sukan tanah air. Hakikatnya, sikap suka bergantung pada seorang dua yang menyerlah tidak boleh dijadikan sandaran. Hal ini demikian kerana bidang sukan sememangnya tidak dapat lari daripada diburu usia dan kudrat yang makin terhad. Oleh itu langkah pasukan MyTeam yang berusaha mencari bakat baru dalam pasukan bola sepak harus menjadi inspirasi kepada pasukan sukan yang lain untuk melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencari bakat-bakat baru. Pelbagai usaha boleh dilakukan jika kita sentiasa memikirkan usaha tersebut sebagai suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Daripada memikirkan perkara yang mewah-mewah, pihak yang terbabit dalam bidang ini hendaklah turun padang untuk mencungkil bakat sukan yang masih bertaburan di serata pelosok negara.

Selaras dengan era profesional, para atlet hendaklah mempunyai wawasan sendiri untuk mencapai tahap tertinggi. Inspirasi yang ditunjukkan oleh jaguh-jaguh dunia seperti Ronaldhinho, Tiger Wood, Michael Schumacher, Fernando Alonso, dan sebagainya hendaklah menjadi cabaran besar kepada mereka. Di negara kita sendiri, beberapa personaliti sukan seperti Shalin Zulkifli dan Nicol Ann David boleh dijadikan ikon atlet yang berjaya. Kejayaan mereka yang banyak ditunjangi oleh daya usaha sendiri dan sokongan keluarga mereka wajar dijadikan contoh. Dalam hal ini, persatuan-persatuan sukan perlulah berusaha memberikan motivasi dan sokongan kepada atlet untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Walau sehebat mana latihan yang diberikan, walau sebanyak mana dana yang diperuntukkan, tetapi jika atlet tidak mempunyai wawasan untuk mencapai tahap yang tertinggi, maka usaha untuk memulihkan mutu sukan negara tidak akan tercapai. Oleh itu, segala-galanya terletak pada kesungguhan untuk mengharumkan nama negara bak kata pepatah “hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih”.

Sesungguhnya kita yakin, prestasi sukan negara tidaklah seburuk seperti yang dipersembahkan sekarang. Masih ada ruang yang boleh diperbaik untuk mengembalikan imej Malaysia di persada antarabangsa terutama dalam beberapa acara sukan yang tertentu. Semuanya hendaklah bermula secara terancang seperti “mengaji daripada alif, membilang daripada esa, kata berpangkal, dan hujan berpokok”

Karangan SPM-Soalan B

Bersempena dengan sambutan Hari Pertanian Negara, anda telah dipilih mewakili pasukan debat sekolah anda dalam suatu pertandingan perbahasan. Usul yang dibahaskan ialah “Malaysia wajar Beralih kepada Industri Pertanian”.
Tulis teks perbahasan anda itu sebagai pihak pencadang.


Lebih dahulu, sambutlah salam pendebatan daripada saya selaku ketua pencadang bagi membahaskan tajuk, “Malaysia Wajar Beralih kepada Industri Pertanian”. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana dalam menegakkan keadilan, barisan pembangkang yang kami muliakan, dan seterusnya hadirin sekalian.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Para alim ulama sentiasa memberikan nasihat, “Sekiranya anda berhasrat untuk menguasai bumi ini sentiasalah beramal dengan amalan Nabi Daud. Sebaliknya pula, sekiranya anda mahu menguasai setiap mergastua, beramallah dengan amalan Nabi Sulaiman”. Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua bidang sama ada pertanian dan penternakan telah lama menjadi teras kepada peradaban manusia. Oleh hal yang demikian, tidak syak lagi, usul yang diketengahkan pada hari ini menepati matlamat dan selaku pemimpin kepada barisan pencadang, saya mohon mencadangkan usul “Malaysia Wajar Beralih kepada Industri Pertanian”.

Sebelum hujah bertatah bicara, sebelum fakta melancar kata, sebelum bidasan menebat kelancaran pembangkang, sebagai ketua pencadang saya mohon untuk membuat kupasan maksud tersurat dan tersirat usul perdebatan kita pada hari ini.

Pembangkang yang disegani,
Setelah meneliti dengan intuisi dan mata hati, saya definisikan usul perdebatan kita seperti yang berikut. “Malaysia Wajar Beralih” membawa pengertian negara Malaysia di bawah kepimpinan sekarang wajar mengubah dasar ekonomi negara daripada hanya bergantung pada sektor industri pembuatan kepada industri domestik khususnya dalam sektor pertanian. “Industri Pertanian” merujuk kepada memperkasakan sektor pertanian dalam bentuk skala besar agar menatijahkan potensi ekonomi dagang dalam bentuk eksport dan import. Kesimpulannya, sudah tiba masa Malaysia memberikan perhatian yang serius untuk memanfaatkan potensi hasil-hasil bumi. Potensi tersebut dapat dikomersialkan agar dapat menjanakan ekonomi negara sebagai sinergi kepada sektor lain.

Saudara dan saudari,
Sesi berkenalan telah berlalu, sidang pentakrifan sudah diperjelas, kini bertandanglah ke medan berhujah. Saya ketengahkan hujah pertama saya dengan fakta, memperkasakan bidang pertanian merupakan langkah kembali kepada akar umbi. Bumi Malaysia yang cukup subur dengan tanah-tanihnya dan begitu kaya dengan pelbagai spesies botaninya amat berpotensi untuk dimajukan. Daripada suratan sejarah, kedatangan penjajah ke rantau Asia Tenggara pun mempunyai kaitan dengan perdagangan rempah dan seterusnya mereka memanfaatkan kekayaan bumi kita dengan tanaman ladang seperti getah, tebu, lada hitam, dan kelapa sawit. Konglomerat penjajah seperti Harrison and Crossifield, Sime Darby, Dublin, Boustead, dan lain-lain lagi telah berjaya mencipta empayar ekonomi melalui kegiatan pertanian di negara ini. Amat jelas sekali, industri pertanian pernah menjadi penjana ekonomi kerajaan penjajah di negara ini terutama sekali Inggeris. Oleh hal yang demikian, amatlah bertentangan dengan fitrah alam dan manusiawinya jika industri tani dibiarkan sepi, sesepi belantara yang tidak berpenghuni.

Hujah pertama sudah saya tebarkan seluas lautan yang tidak bertepi untuk memandu hemat pembangkang membuka minda, kini menyusul hujah kedua bahawa memperkasakan industri pertanian mampu menyelamatkan wang negara. Sedarkah pihak pembangkang, bahawa setiap tahun negara berbelanja tidak kurang daripada RM15 bilion semata-mata untuk mengimport bahan-bahan makanan? Tanpa disedari, kita telah mengabaikan potensi yang ada dan sekali gus menambakkan dana negara kepada pengeksport hasil-hasil pertanian seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, India dan China. Apakah kita sudah benar-benar bijak mencaturkan untung dan rugi apabila mengabaikan kemampuan sendiri? Inikah maksud bajet berimbang yang sering kita uar-uarkan?

Perjuangan kami pada kali ini bukanlah kosong. Malah usul yang kami bawa senada dan seirama dengan pimpinan sekarang yang mahukan industri pertanian menjadi enjin kedua kepada pertumbuhan ekonomi negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pernah menyarankan supaya sektor pertanian disinonimkan dengan perniagaan. Justeru, Kementerian Pertanian telah memohon peruntukan yang cukup besar sehingga RM100 juta semata-mata untuk membangunkan infrastuktur pertanian sahaja. Hal ini membuktikan bahawa sektor pertanian memainkan peranan besar dalam merubah senario ekonomi sesebuah negara.

Tuntutan memperkasakan industri pertanian menjadi sebahagian daripada usaha membela nasib golongan terabai dan miskin di kawasan pedalaman. Setelah tiga dekad negara beralih kepada sektor industri pembuatan, masyarakat tani seolah-olah dianaktirikan. Mereka gagal bergerak seiring dalam arus perdana pembangunan negara memandangkan sektor industri pembuatan berpusat di zon-zon industri eksklusif di bandar-bandar utama. Fenomena tersebut menyebabkan mereka terabai dan terpaksa mewarisi putaran ganas gejala kemiskinan. Tanah menjadi terbiar dan tanah terbengkalai tanpa diusahakan. Inilah perjuangan suci kami demi mengangkat kembali martabat masyarakat petani yang telah berdekad-dekad kempunan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sebelum berundur untuk memberikan laluan kepada pencadang ketiga, saya usulkan satu lagi rasionalisasi kepentingan memperkasakan industri pertanian. Dengan tegas saya katakan bahawa Malaysia wajib memberikan tumpuan kepada sektor pertanian sebagai strategi jangka panjang untuk keluar daripada pergantungan berterusan kepada sumber mineral. Sumber mineral seperti minyak dan logam galian pasti akan sampai tempoh pupus sedangkan selagi wujud bulan dan matahari, bidang pertanian tetap berpotensi, tetap wujud, dan pasti diperlukan. Justeru, kita tidak boleh terlalu pesimis terhadap sektor pertanian dengan terlalu bercita-cita besar menjadi negara industri sehingga mengabaikan kepentingan sektor yang begitu penting, ibarat “yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran”. Sekian sahaja, pencadang kedua mohon mencadangkan usul, “Malaysia Wajar Beralih Kepada Industri Pertanian” diterima. Sekian, terima kasih.

Karangan Bergambar-Teknik-Teknik Berkesan Mendidik Anak

“Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada ibu bapa kepada anak-anak melainkan peribadi yang teratur ”. Itulah maksud suatu hadis tentang peranan ibu bapa membentuk keperibadian anak. Dalam membentuk personaliti anak-anak, para ilmuwan telah menggariskan beberapa teknik yang berkesan agar diguna pakai oleh ibu bapa.

Ibu bapa hendaklah bijak menggunakan saluran komiunikasi apabila berinteraksi dengan anak-anak. Tahap dan peringkat usia anak-anak adalah peringkat terpenting untuk ibu bapa menyesuaikan teknik mendidik mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang masih kecil gaya mendidik mereka hendaklah melalui proses secara tidak langsung. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dengan cara bermesra dan bermain bersama-sama dengan anak-anak. Anak-anak perlu dilayani kehendak mereka tetapi layanan tersebut hendaklah disisipkan dengan unsur-unsur nasihat.

Peribahasa yang menyatakan, “tiada harimau yang membaham anak sendiri” menunjukkan bahawa sifat tegas adalah penting untuk membentuk akhlak anak-anak. Tegas bukan bererti garang. Sebagai pemimpin dalam rumah tanga, si bapa hendaklah menetapkan doktrin yang jelas untuk dipatuhi oleh anak-anak. Penegasan doktrin dan peraturan pula hendaklah disesuaikan dengan usia dan kemampuan anak-anak menerima segala peraturan yang ditetapkan. Peraturan yang diberi mestilah jelas, tidak menekan, dan wujud hubungan kasih-sayang. Dengan kata lain, tegas yang dimaksudkan ialah menunjukkan teladan kepada anak-anak agar ibu bapa dihormati bukan ditakuti.

Proses sosialisasi dan mobilisasi dalam pendidikan akan mempertingkatkan proses sosialisasi manusia. Hal yang demikian memberikan peluang kepada anak-anak memperoleh pelbagai ilmu, kemahiran dan pengalaman. Dalam hal ini, ahli psikologi pernah menyatakan bahawa ibu bapa perlu menghormati pendapat anak-anak. Mereka perlu didekati dengan cara yang berhikmah. Ibu bapa yang bijak akan menjadikan anak-anak sebagai sumber inspirasi dan memperoleh idea yang bernas lantaran pemikiran mereka sudah matang. Pada tahap ini, anggaplah anak-anak sebagai sahabat.

Sesungguhnya, anak-anak yang baik akan menjadi cetusan hati nurani ibu bapa. Peribahasa ada menyatakan “daripada daun kenallah buahnya” yang menunjukkan bahawa baik atau buruknya anak-anak melambangkan personaliti dan kewibawaan ibu bapa.

Karangan Bergambar-Gaya Hidup Sihat

Berdasarkan petikan hadis, “Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit...” jelas menyatakan bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam hidup. Walaupun dianggap aset, kesihatan bukanlah suatu perkara yang boleh dijual beli seperti barang-barang dagangan yang lain. Hakikatnya, hidup yang sempurna datang daripada cara hidup yang sentiasa mengutamakan kesihatan. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mengekalkan kesihatan sepanjang masa perlulah kerap dilakukan.

Kegiatan seperti bersenam dan beriadah merupakan kaedah yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan sama ada kepada tubuh badan atau minda. Setiap orang perlu memperuntukkan sedikit masa untuk menjalankan kegiatan riadah. Bersenam secara ringan atau pergerakan fizikal yang mudah sudah memadai untuk mengaktifkan seluruh otot dan saraf di dalam badan agar dapat berfungsi dengan baik.

Bersiar-siar dan berjalan-jalan bersama-sama dengan anggota keluarga pula dapat mengurangkan tekanan dan kerunsingan. Selain dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh, kita dapat menjalinkan hubungan kasih sayang sesama anggota keluarga. Suami isteri dapat mempertingkatkan perasaan cinta dan memupuk sikap saling menghormati. Anak-anak pula sentiasa dapat mendampingi dan bermesra dengan ibu bapa mereka. Dengan yang demikian, ikatan kasih sayang dalam keluarga sentiasa kukuh.

Bersiar-siar pada waktu petang untuk menyedut udara bersih merupakan sebahagian daripada gaya hidup untuk mengekalkan tahap kesihatan. Sambil berbasikal, kita dapat menikmati panorama alam yang indah. Kehijauan pepohon dan keriangan kicauan unggas menjadikan sumber alam semula jadi amat indah dan harmoni. Semua komponen tersebut mampu melahirkan ketenangan dan melapangkan fikiran yang sentiasa dibelenggu dengan tugas yang berat.

Tingkah laku yang baik, mesra, dan sopan boleh menjadi penawar untuk mententeramkan perasaan. Kita hendaklah sentiasa bermanis muka dan bersangka baik terhadap orang lain. Tingkah laku seperti itu boleh mengelakkan diri kita daripada bermusuhan dengan orang lain. Selain itu, kita mudah memperoleh kawan dan teman apabila sentiasa menzahirkan air muka yang manis, tenang, dan ceria. Justeru, senyumlah sentiasa. Tingkah laku seumpama itu amat sesuai apabila seseorang itu berurusan dengan orang ramai.

Orang tua-tua pernah berpesan, “jika anda hendak umur yang panjang, jagalah perasaan”. Oleh itu, jauhkanlah hati daripada hasad dengki. Binalah keyakinan diri yang mantap dan sentiasa menjaga kesihatan, nescaya kita akan beroleh ketenangan sepanjang hayat.

Karangan Bergambar-Gejala Ponteng Sekolah

Tokoh Arab, Saidina Ali Abi Talib pernah menukilkan, “Ilmu apabila diperdagangkan bertambah, sebaliknya harta apabila diperdagangkan berkurang. Justeru, ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta”. Demikianlah betapa tingginya martabat ilmu sebagai wahana penggerak wawasan negara. Walau bagaimanapun, krisis gejala ponteng sekolah yang sedang menular dalam kalangan pelajar memungkinkan usaha membudayakan ilmu akan menjadi hambar. Oleh itu, kita harus membuka minda untuk mengenal pasti punca gejala malang ini semakin menular dalam kalangan pelajar.

Gejala ponteng sekolah sering kali dikaitkan dengan faktor pengaruh daripada rakan sebaya. Rakan sebaya sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat sesama mereka. Hal tersebut berlaku kerana mereka sentiasa berkongsi masalah dan pengalaman yang sama. Justeru, rakan sebaya yang tidak baik sentiasa menanamkan pengaruh yang destruktif. Pengaruh tersebut termasuklah tindakan melanggar disiplin seperti gejala ponteng sekolah yang semakin meruncing kini. Sikap tersebut samalah dengan tempelak peribahasa, “harapkan sokong, sokong membawa rebah”.

Dalam isu ini, ibu bapa patut dipersalahkan juga. Kebanyakan ibu bapa mengambil jalan mudah dengan membiarkan anak-anak ke sekolah secara bersendirian. Tidak dinafikan bahawa anak-anak yang baik dan berminat untuk belajar pasti tidak menyeleweng ke tempat lain. Sebaliknya, anak-anak yang kurang gemar belajar sentiasa mencari helah untuk menyimpang ke destinasi lain walaupun pada zahirnya mereka keluar untuk ke sekolah. Dalam situasi persekitaran yang serba terbuka, para pelajar begitu mudah untuk memonteng. Mereka boleh melepak di pusat beli-belah, bermain snuker, dan berkaraoke. Segala-galanya mudah bagi mereka apabila kebebasan diberikan seluas-luasnya oleh ibu bapa.

Bebanan kerja yang tidak menang tangan menyebabkan para guru di sekolah sentiasa berlepas tangan terhadap gejala ponteng. Selain bebanan tugas, tekanan yang melampau daripada masyarakat menyebabkan para guru “hilang selera” untuk mengambil tahu perihal disiplin pelajar. Kebanyakan guru berpendapat, daripada mereka dibebani dengan pelbagai tekanan daripada ibu bapa kerana mengambil tindakan disiplin, lebih baik mereka mengajar sahaja. Akhirnya, perihal disiplin diserahkan sahaja kepada waris atau sekurang-kurangnya kepada pentadbir sekolah. Sikap saling menjuding jari itu akhirnya membawa kemusnahan kepada masa depan para pelajar.

Walau bagaimanapun, seburuk-buruk tingkah laku pelajar, mereka diibaratkan “sebusuk-busuk daging, dibasuh dikincah dimakan jua”. Segala perilaku mereka sama ada baik atau buruk perlu ditangani dengan sebaik-baiknya. Semua pihak sama ada ibu bapa atau para guru malah masyarakat perlu bahu-membahu untuk menangani gejala yang boleh menjadi duri dalam daging kepada kejayaan Wawasan 2020 nanti.

Karangan Bergambar-Sektor Pertanian di Malaysia

“Berbudi kepada tanah, tanah tidak pernah menipu”. Peribahasa tersebut seolah-olah memberikan perakuan bahawa rezeki melalui bidang bercucuk tanam adalah sesuatu yang sudah dijamin. Pernyataan itu pula disokong dengan kedudukan Malaysia yang terletak dalam zon iklim Khatulistiwa yang merupakan tapak strategik untuk membangunkan sektor pertanian.

Sejak dahulu lagi, Malaysia memang terkenal dengan kemajuan dalam bidang pertanian. Bermula daripada pertanian sara diri oleh masyarakat tempatan, sektor pertanian mula berkembang kepada bidang perladangan komersil pada era penjajahan kuasa Barat khususnya Inggeris. Tanaman yang telah sekian lama mendominasi sektor ini ialah padi, getah, sayur-sayuran, dan kelapa sawit. Sektor persawahan secara tradisinya dikuasai oleh penduduk termpatan yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu. Penanaman getah pula pada mulanya diperkenalkan oleh orang Inggeris yang akhirnya sektor ini telah berkembang pesat menjadi hasil eksport utama dan Malaysia pernah mencatat sebagai negara pengeksport utama getah asli ke pasaran dunia pada dekad 60-an hingga 70-an. Selain dua tanaman utama yang mendominasi ekonomi pertanian, dua lagi kegiatan yang agak penting ialah perusahaan tanaman sayur-sayuran yang kebanyakannya diusahakan oleh orang Cina dan ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh syarikat perladangan.

Kini, sektor pertanian telah melalui suatu tempoh peralihan yang agak malap apabila golongan muda dan elit kurang berminat untuk menceburi sektor ini. Sektor pertanian telah memasuki zaman kemalapannya apabila banyak tanah pertanian yang terbiar terbengkalai menjadi tanah rang. Sungguhpun begitu, bidang pertanian yang bersaiz ladang masih boleh bertahan sementara sektor sawah padi dapat juga bertahan dengan insentif subsidi daripada pihak kerajaan.

Peralihan kepimpinan negara sejak kebelakangan ini seolah-olah memberikan nafas baru kepada sektor pertanian. Pemimpin utama negara telah menguar-uarkan agar bidang pertanian digemblengkan semula memandangkan kos mengimport bahan makanan telah mencecah kira-kira RM15 bilion setahun. Hal ini tentulah merugikan negara terutama dari segi pengaliran wang ke negara luar. Justeru, Kempen Buku Hijau yang dilancarkan baru-baru ini diharapkan dapat mengembalikan kegemilangan sektor pertanian negara.

Kesimpulannya, walau apa-apapun langkah yang diambil, perkara pertama yang harus dilaksanakan ialah manganjak paradigma golongan muda. Selain itu, pemberian insentif khas kepada golongan graduan yang ingin menceburi bidang pertanian diharapkan dapat memberikan nafas baru kepada sektor pertanian yang juga dianggapkan sebagai enjin kedua pertumbuhan ekonomi negara.

Karangan Bergambar-Bioteknologi

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan bidang bioteknologi kepada manusia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

BIDANG BIOTEKNOLOGI

Inovasi dalam bidang sains dan teknologi telah mengubah kehidupan manusia menjadi lebih canggih, selesa, dan sempurna. Pencapaian manusia dalam bidang ini kadang-kadang menimbulkan sesuatu penemuan yang luar biasa sehingga tidak tercapai oleh akal yang singkat. Kini, suatu lagi kaedah sains dan teknologi yang sedang berkembang ialah inovasi dalam bidang bioteknologi. Bidang ini telah menyumbangkan perubahan yang besar kepada kehidupan menusia terutamanya dalam sektor pertanian. Sebagai sebuah negara di wilayah tropika, Malaysia tidak ketinggalan juga untuk memperkembangkan sektor ini.

Sumbangan terbesar bioteknologi dalam bidang pertanian adalah dalam proses pembekalan dan penghasilan benih pokok yang lebih berkualiti dan dalam komposisi yang banyak. Kaedah yang dinamakan teknik pengklonan itu dapat mengeluarkan benih-benih baru dalam kuantiti yang banyak dan dalam jangka masa yang singkat. Semua klon yang dihasilkan mempunyai ciri dan standard yang sama.

Selaras dengan pertumbuhan pesat dalam bidang perubatan herba, penemuan kaedah bioteknologi telah memberikan sumbangan yang amat besar terhadap bidang ini. Keperluan sumber dalam kapasiti yang besar boleh mendatangkan kesan negatif kepada sumber-sumber asli. Sumber-sumber asli sentiasa berhadapan dengan bahaya kepupusan. Di Malaysia, kekurangan sumber herba tradisional seperti tongkat ali, kacip fatimah, ubi jaga, halia dan serai boleh memendekkan usia industri perubatan herba. Namun demikian, penemuan kaedah bioteknologi telah memberikan jalan penyelesaian yang paling berkesan sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat di pasaran.

Industri orkid merupakan industri bunga hiasan yang kedua terbesar di Malaysia dan telah menghasilkan pulangan yang bernilai jutaan ringgit. Bagi meneruskan penguasaan Malaysia dalam pengeluaran orkid hibrid utama dunia, maka kepakaran bioteknologi telah memberikan sumbangan yang besar untuk mencapai matlamat itu. Antara teknologi yang digunakan termasuklah kaedah kejuruteraan genetik atau pembiakan secara molekul.

Sesungguhnya aplikasi ilmu bioteknologi telah membuka suatu lagi jendela ilmu dalam menghasilkan produk-produk baru. Inovasi ini amat penting kepada perlumbaan menguasai ilmu pengetahuan sejajar dengan pengaruh dunia global. Dalam hal ini, Malaysia harus bersaing dengan negara-negara maju dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah alamnya daripada dieksploitasi secara total untuk pelbagai tujuan.