Followers

Saturday, December 8, 2012

Perbandingan Tema-Novel PMR

Setiap novel mengandungi tema dan persoalan yang saling berkaitan antara satu sama lain. Berdasarkan novel yang anda kaji, tulis secara ringkas tema dan persoalan yang dikesan daipada novel tersebut. [10 markah] Hikmah • Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku. Bukti:  Ayah Amri merupakan seorang bapa yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Beliau yang menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga susah sehingga memberikan tekanan perasaan kepada Amri.  Selain itu,ayahnya selalu memukul ibunya kerana mahu akan duit. Amri juga turut dipukul oleh ayahnya sehingga lebam di muka.  Seterusnya,ayah Amri juga seorang penagih dadah dan pemabuk . Pada akhir cerita, ayah Amri ditangkap kerana terlibat dalam dadah dan dipenjarakan.  Amri telah membuli murid-murid lain di sekolah dan memeras ugut bagi mendapatkan wang perlindungan .  Oleh sebab itulah, Amri menjadi murid yang nakal di sekolah kerana memberontak atas perbuatan ayahnya. Erti Sebuah Pengorbanan • Tema novel ini adalah kasih sayang terhadap keluarga dan sahabat. Bukti:  Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Iman Zulaikha selalu menghubungi ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand dengan menggunakan e-mel.  Setelah ibu bapanya bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.Namun Iman tetap menyayangi kedua-dua ibu bapanya itu.  Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula. Iman tidak menyukai tindakan ayahnya untuk berkahwin dengan Puan Sofia, ibu kepada Adif Danial.Hal ini kerana Iman sangat menyayangi keluarganya.  Iman juga sangat menyayangi kedua-dua datuk dan neneknya.Begitu juga rakan-rakan yang telah banyak membantunya seperti Pei Wen. 6.20 • Tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Bukti:  Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.  Sukma tetap berjuang untuk membongkar kewujudan Kelab WX2.Walaupun berhadapan dengan pelbagai risiko ,Sukma berani pergi ke kelab tersebut untuk mencari bukti bahawa kelab itu bercanggah dengan norma-norma ketimuran.  Sukma dan rakan-rakannya bekerjasama untuk membantu memulihkan Jerry

No comments:

Post a Comment