Kepentingan
bangunan bersejarah di negara ini mula dilupakan kerana banyak bangunan ini
telah dirobohkan untuk membina bangunan baru.Huraikan.
Bangunan
bersejarah sememangnya begitu banyak di negara ini terutama di Melaka dan Pulau
Pinang tetapi malangnya dek kerakusan ekonomi semakin banyak bangunan ini yang
sudah tidak lagi mampu berdiri sendirinya. Ada yang berpendapat bangunan ini harus
dikekalkan kerana mempunyai banyak impak yang positif terutama kepada kehidupan
masyarakat tetapi ada juga yang menolaknya.
Pihak
media massa
turut serta dalam diskusi hebat untuk menentukan sama ada pembangunan lebih penting
atau pengekalan warisan yang maha penting. Sesungguhnya, ada banyak perkara
baik yang boleh terhasil menerusi pengekalan bangunan bersejarah ini.Impak yang
paling baik pengekalan bangunan sebegini sudah pasti daripada aspek
pelancongan. Industri pelancongan akan menjadi lebih besar kerana masyarakat
asing memang suka melihat kesan-kesan sejarah sebegini. Bangunan ini juga
memerlukan kos yang tinggi kerana tidak perlu dibina tetapi hanya dikekalkan
sahaja kerana sudah lama dibina oleh penjajah atau penduduk di negara ini.
Jadi, kalau bangunan lama dan bersejarah ini dikekalkan sektor pelancongan
negara akan menerima kesan yang paling ketara.
Lantaran
itu peluang pekerjaan turut berupaya diwujudkan akibat kehadiran pelancong ini.
Bukan sahaja kerja yang berkait terus dengan industri ini seperti pemandu bas
pelancong tetapi juga kerja sampingan seperti kedai makan, hotel dan
pengangkutan awam serta kedai kraf tangan akan menerima tempias kedatangan
pelancong asing ini. Masyarakat di negara ini tidak akan berasa bimbang
kehilangan kerja kerana mereka mudah untuk memperoleh kerja yang lain pula.
Oleh itu, pengekalan bangunan bersejarah mampu memastikan semua penduduk di
negara ini memiliki pekerjaan.
Tambahan
pula, nilai atau perasaan cinta akan negara sudah pasti berkembang dengan baik
dalam naluri penduduk terutama remaja di negara ini. Perasaan ini wujud kerana
bangunan bersejarah mempunyai kaitan dengan peristiwa penting yang berlaku di
negara kita. Kewujudan bangunan ini sepanjang zaman memastikan rakyat terus
mengingati kepentingan peristiwa sejarah itu kepada pembangunan negara.
Jelaslah,
negara akan memiliki rakyat yang tinggi perasaan nasionalismenya.Begitu juga
dengan imej negara terus tersohor pada mata masyarakat dunia kerana memiliki
sikap menghargai peninggalan sejarah. Masyarakat yang menjaga bangunan
bersejarah akan dianggap bangsa yang menghargai budaya dan sumbangan pemimpin
lamanya. Sikap ini sudah pasti akan menimbulkan satu kesan positif dalam setiap
pandangan masyarakat terhadap negara kita. Jadi, kita bukan sahaja menerima
kesan ekonomi tetapi imej kita sebagai bangsa yang menghargai budaya turut
diketahui umum.
Kesimpulannya,
penjagaan bangunan lama harus dilakukan demi negara kita yang tercinta ini.
Semua pihak tanpa mengira umur dan keturunan harus ada tanggung jawab menjaga
bangunan sebegini. Kita tidak harus mengutamakan kemodenan sahaja kerana tanpa
sejarah tiadalah kemodenan yang kita kecapi kini. “Tak lapuk dek hujan tak
lekang dek panas” membuktikan betapa bangunan bersejarah ini penting buat kita.
No comments:
Post a Comment