Followers

Saturday, December 8, 2012

ISU - BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA


Tugasan - usaha-usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia

Idea
  • kerajaan perlu mendapatkan lebih banyak pengiktirafan daripada badan dunia untuk mewartakan bangunan-bangunan bersejarah sebagai Warisan Dunia
  • kerajaan perlu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah walaupun tempat tersebut mempunyai nilai komersial untuk pembangunan
  • kerajaan perlu mengekalkan tajuk mengenai bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia dalam buku teks untuk menjadi rujukan kepada murid-murid sekolah
  • Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menjaga struktur binaan bangunan-bangunan bersejarah supaya keunikan seni binaannya dapat dikekalkan
  • Kementerian Pelancongan perlu memasukkan lebih banyak bangunan bersejarah dalam pakej pelancongan untuk dipromosikan kepada masyarakat antarabangsa
  • kerajaan perlu mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia kepada masyarakat
  • kerajaan perlu menyediakan dana yang besar untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia
  • pihak sekolah perlu melukis bangunan-bangunan bersejarah di dinding sekolah untuk memupuk perasaan sayang dan bangga akan bangunan bersejarah dalam kalangan murid-murid
  • pihak sekolah perlu mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah kepada murid-murid sempena menyambut bulan kemerdekaan negara di peringkat sekolah
  • kelab dan persatuan di sekolah perlu merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang terdapat di negara kita untuk memberi peluang kepada murid-murid mengenali bangunan-bangunan bersejarah dengan lebih dekat
  • ibu bapa perlu membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah ke tempat-tempat yang menarik termasuk melawat bangunan bersejarah agar anak-anak dapat melihat keunikan binaannya seterusnya mampu memupuk semangat patriotik dalam diri mereka
  • ibu bapa perlu menceritakan sejarah mengenai bangunan-bangunan bersejarah kepada anak-anak supaya anak-anak dapat menghargainya
  • media massa sama ada media cetak dan media elektronik perlu membuat dokumentari mengenai bangunan-bangunan bersejarah sebagai tatapan generasi akan datang

1 comment: