Followers

Wednesday, April 20, 2011

karangan diadaptasi daripada Blog Tn.Hj.Zainuddin

“Bersatu Teguh Bercerai Roboh” seterusnya menjadi amalan berguna untuk menentukan kejayaan sesebuah negara. Huraikan pandangan anda terhadap pernyataan di atas.
“Bersatu Teguh Bercerai Roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.
Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai.
Semangat bersatu padu boleh disemai dan dipupuk di kalangan jiran tetangga melalui semangat kejiranan, khususnya di kawasan bandar yang semangat kejiranannya dikatakan semakin luntur. Kita yang tinggal di kawasan bandar sering berjauhan dengan keluarga dan kaum kerabat. Jadi, jiranlah yang menjadi saudara mara kita yang terdekat. Melalui hubungan sedemikian, masalah-masalah sosial seperti kecurian dan rompakan dapat dikurangkan. “Jiran sepakat membawa berkat” juga dapat diperhatikan melalui suasana kemesraan, tolong-menolong, dan saling menjaga kebajikan sesama mereka.
Semangat gotong-royong, iaitu dengan melakukan kerja secara beramai-ramai juga akan mempererat hubungan sosial antara anggota masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan perasaan kekitaan dan kesedaran kebangsaan. Selain itu, dengan adanya aktiviti bergotong-royong, masa, tenaga, dan perbelanjaan individu, masyarakat, dan negara dapat dijimatkan. Ini juga bermakna, sesuatu kerja berat akan menjadi ringan apabila dilakukan bersama, bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Dalam bidang pentadbiran, sama ada di sektor swasta atau di sektor kerajaan, semangat bersatu di kalangan pekerjanya juga harus dipupuk. Sekiranya semangat ini diabaikan, maka sesebuah organisasi itu tidak akan maju. Hal ini terjadi kerana tidak ada kerjasama antara semua pihak untuk memajukan organisasi tersebut. Jika hanya pihak tertentu sahaja yang bekerja bertungkus lumus, sedangkan pihak yang lain tidak memberi komitmen, maka kejayaan cemerlang tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, semangat seperti “aur dengan tebing” perlu dijadikan panduan demi meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
Di peringkat nasional, memang tidak dinafikan lagi tentang kepentingan semangat bersatu itu. Misi dan visi yang dirancangkan oleh kerajaan untuk memajukan negara bukan setakat memerlukan kerjasama semua rakyat, malahan kerajaan dan rakyat harus bersatu dan berganding bahu untuk menjayakannya. Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat tidak akan menjadi realiti, sekiranya tidak ada tindak balas positif daripada rakyat keseluruhannya. Jika segelintir sahaja yang menyahutnya, maka kempen-kempen dan program-program kerajaan seperti inflasi sifar, cintai alam sekitar, budaya membaca, dan lain-lain akan gagal.
Tambahan pula, negara sekarang sedang mengalami masalah ekonomi. Oleh sebab itu rakyat harus bersama-sama membantu memulihkan keadaan supaya tidak bertambah teruk. Rakyat dan kerajaan tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana masalah yang melanda negara dirasai bersama-sama.
Oleh yang demikian, dapatlah kita katakan bahawa pepatah “Bersatu teguh bercerai roboh” amat penting untuk dijadikan teras dalam mencapai kejayaan. Jika masyarakat berpecah-belah dan bercerai-berai, sudah pasti berbagai-bagai masalah negara akan timbul seperti kes jenayah, pengangguran, kemiskinan, rusuhan kaum, dan lain-lain. Sesungguhnya keadaan sosial yang tidak stabil akan membantut usaha kerajaan untuk memajukan negara. Oleh itu, marilah kita beramal dan berpegang teguh dengan peribahasa “Bersatu teguh bercerai roboh” demi kebahagiaan kita semua.





Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap.
Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.
Pemberita : Selamat pagi, tuan. Apa khabar?
Pegawai Polis : Selamat pagi. Khabar baik.
Pemberita : Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?
Pegawai Polis : Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat.
Pemberita : Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita?
Pegawai Polis : Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.
Pemberita : Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah.
Pegawai Polis : Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan nyawa apabila bertugas.
Pemberita : Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?
Pegawai Polis : Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah.
Pemberita : Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi masalah jenayah?
Pegawai polis : Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.
Pemberita : Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan.
Pegawai Polis Sama-sama.
Seorang sahabat pena anda telah mendapat tahu tentang usaha-usaha gigih Malaysia dalam mengatasi masalah perkauman. Beliau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berhubung dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah tersebut. Jawab surat sahabat anda itu selengkapnya.
110, Taman Heng Guan,
Jalan Matang,
93050 Kuching,
Sarawak.
24 Januari 2000

Menemui sahabatku yang diingati, Husna Hafiza semoga berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya.
Saudari Husna,
Saya berasa gembira menerima surat daripada saudari dan telah pun memahami isi kandungannya. Seperti yang saudari maklum, kerajaan Malaysia berusaha dengan gigih untuk mengatasi masalah perkauman, namun sebenarnya memupuk perpaduan secara total amatlah rumit. Hal ini demikian kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk dan mereka pula sudah lama diajar hidup berpuak-puak sejak zaman imperialisme dahulu. Tambahan pula, amalan hidup, kepercayaan, adat, dan cara hidup yang berbeza menyebabkan terhalangnya kegiatan hidup bersama.

Saudari Husna,
Selepas merdeka, kerajaan menyedari bahawa wujudnya perpecahan kerana terdapat kegiatan ekonomi mengikut kaum dan sektor. Umpamanya, kaum Cina dengan aktiviti perniagaan, hidup mewah serta tinggal di bandar. Orang Melayu pula terlibat dalam bidang pertanian, miskin, dan tinggal di luar bandar. Manakala, kaum India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet-estet. Jurang perbezaan ekonomi ini menjadi punca masalah perkauman. Ekonomi negara yang hanya dikuasai oleh sesuatu kaum akan menimbulkan perasaan curiga dan iri hati di kalangan kaum-kaum yang lain.
Keadaan yang sedemikian menyebabkan kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Selepas tamat tempoh DEB tahun 1990, langkah-langkah tersebut memerlukan susulan, lalu kerajaan mewujudkan pula Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang antara lainnya bertujuan untuk menyusun ekonomi secara lebih sistematik.
Saudari Husna,
Melalui langkah-langkah sosial pula, kerajaan berusaha mewujudkan kegiatan sosial secara bersama seperti sukan, permainan, pertubuhan belia, rukun tetangga, dan terkini melalui program Rakan Muda. Kerajaan juga menekankan pentingnya semangat kejiranan, bergotong-royong dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan. Pada musim-musim perayaan pula, kita digalakkan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Pendekatan sosial ini diharap dapat mewujudkan sikap saling memahami, menghormati, dan toleransi antara sesama kaum.
Langkah seterusnya yang dilakukan oleh kerajaan adalah melalui sistem pendidikan. Melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan terutamanya, telah dirancang satu sistem yang seragam dan menyeluruh berteraskan cita-cita kebangsaan. Ini termasuklah menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, diikuti sukatan pelajaran dan corak peperiksaan yang sama. Dengan ini, akan lahirlah masyarakat yang sama dan seragam dan seterusnya tersemailah semangat perpaduan di kalangan penduduk.

Untuk pengetahuan saudari, sistem politik negara ini berasaskan konsep Demokrasi Berpalimen. Ini bererti kita bebas bercakap, mengeluarkan pendapat, dan bebas berpolitik. Namun kebebasan ini hendaklah tidak sampai menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyentuh isu perkauman. Tambahan pula perkara-perkara yang sensitif yang akan menyemarakkan lagi semangat perkauman. Oleh yang demikian, kerajaan boleh mengenakan tindakan terhadap mereka yang terlibat mengikut Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri OSA dan (ISA).
Saudari Husna
Sebenarnya, usaha-usaha mengatasi masalah perkauman adalah amatlah sukar.Walau bagaimanapun, melalui usaha yang bersungguh-sungguh, cita-cita tersebut pasti akan tercapai. Di samping itu, rakyat yang bernaung di bawah langit Malaysia hendaklah sanggup berkorban, saling memahami, dan turut bekerjasama bagi menjayakan cita-cita perpaduan negara.
Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini. Jika umur panjang, kita jumpa lagi.

Yang Ikhlas,
................................
(NURUL HIDAYAH)
Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu dikehandaki menulis satu laporan lengkap tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.


Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 Januari 2006 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.

Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.

Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.




Dilaporkan Oleh, 12 FEBRUARI 2006.

Hasnul
………………………………
(HASNUL HAFIZ HASSAN)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor.

Anda pemberita dari sebuah akhbar tempatan. Anda diminta menulis rencana yang berkaitan dengan keracunan makanan. Tulislah rencana tersebut selengkapnya.
Bahaya Keracunan Makanan.
Oleh: Khairul Faizin Ahmad

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang berlakunya kes keracunan makanan. Lebih malang lagi, apabila berlakunya kematian yang berpunca daripada keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Menurut sumber-sumber daripada Kementerian Kesihatan, dari Januari hingga Ogos tahun ini, terdapat tiga belas kes kerecunan makanan yang melibatkan 801 orang termasuk satu kematian. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Ini jelas menunjukkan bahawa golongan pelajar merupakan golongan paling tinggi yang terlibat dengan keracunan makanan. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar khususnya yang tinggal di asrama sering terdedah kepada penyediaan makanan yang tidak sempurna di kantin atau di asrama sekolah. Selain golongan pelajar, golongan kanak-kanak yang sememangnya mempunyai daya ketahanan baban yang lemah juga sering diserang oleh keracunan makanan.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada masyarakat masih kurang mempunyai pengetahuan tentang wabak ini. Golongan ini, biasanya terdiri daripada masyarakat luar bandar.
Menurut Doktor Ramlah Yaakub, dari Hospital Universiti Petaling Jaya, punca keracunan makanan adalah akibat daripada proses penyediaan makanan yang tidak sempurna seperti makanan yang kotor, tidak dimasak dengan baik, dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah C. Di samping itu, terdapat juga buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci serta tangan pemakan itu sendiri yang tidak berbasuh sebelum memegang makanan.
Beliau menjelaskan lagi bahawa kebanyakan kes keracunan makanan disebabkan oleh bekteria, mikroorganisma, virus racun atau toksin, dan bahan-bahan kimia. Makanan yang sering dijangkiti oleh bakteria dan keracunan ialah susu atau keju, masakan berlemak seperti nasi lemak dan mi, roti, kuih-muih, daging, ayam, dan ikan. Makanan-makanan lain adalah seperti makanan dalam tin, makanan basah, dan berair yang didedahkan di tempat panas. Tin yang kemek membolehkan mikroorganisma menyerang makanan di dalam tin melalui lubang-lubang halus di bahagian yang kemek itu. Keracunan juga disebabkan oleh kulat atau cendawan beracun yang membiak pada makanan serta haiwan-haiwan beracun seperti siput, katak, dan ular.
Tanda-tanda umum keracunan makanan ialah rasa mual, muntah, cirit-birit, pening-pening, dan gangguan perut. Selain tanda-tanda umum, pesakit juga mungkin mengalami demam, kelesuan, dan tiada selera makan. Kesan daripada keracuan makanan ialah kehilangan air dalam badan pesakit. Sekiranya tubuh pesakit kekurangan air yang terlalu serius, pesakit mungkin berkeadaan kritikal. Bagi kes yang lebih parah, kerosakan hati dan sistem saraf boleh berlaku dan boleh membawa maut.
Walaupun kesan keracunan makanan sering menyerang banyak orang, namun kesedaran secara menyeluruh tentang bahaya keracunan ini belum wujud. Kita sebenarnya mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai tentang kesalahan penipuan dalam penyediaan dan penjualan makanan. Walau bagaimanapun, setakat ini, jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.
Oleh sebab kes keracunan makanan khususnya di sekolah merupakan satu masalah yang serius, semua pihak termasuk pengetua, guru-guru, ibu bapa, dan anggota masyarakat yang lain mestilah memberi kerjasama untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak sekolah boleh bertindak dengan menarik balik tender yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha kantin atau asrama yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Ibu bapa pula boleh memberikan didikan kepada anak-anak tentang betapa pentingnya makan makanan yang bersih dan berkhasiat di samping menggalakkan mereka membawa bekal ke sekolah.



Contoh 1

Contoh Karangan : Gambar Tunggal

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENCEMARAN



Contoh Jawapan


Pencemaran alam sekitar sudah menjadi lumrah di negara-negara maju. Pencemaran seolah-olah tidak dapat dielakkan jika terdapat sebarang aktiviti pembangunan di sesuatu tempat. Pencemaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa beberapa keadaan seperti pencemaran udara, iklim, tanah dan air.

Pencemaran boleh memudaratkan kesihatan manusia. Pencemaran udara menyebabkan manusia bernafas dalam udara yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti asma. Pencemaran iklim pula mengakibatkan penipisan lapisan ozon di atmosfera dan mewujudkan kesan rumah kaca. Penipisan lapisan ozon menyebabkan cahaya ultra ungu matahari yang berbahaya kepada kulit manusia menembusi atmosfera. Kesan rumah kaca pula mengakibatkan suhu bumi meningkat sehingga boleh mencairkan ketulan air batu di kutub utara atau selatan. Akibatnya paras air laut akan meningkat.

Pencemaran juga boleh mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh. Pencemaran tanah disebabkan oleh aktiviti pembalakan, pertanian dan juga pembinaan. Kawasan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terkena hakisan dan tanah runtuh ialah di kawasan tanah tinggi. Kejadian tanah runtuh amat berbahaya kerana boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan juga harta benda. Oleh itu, adalah kurang selamat bagi manusia membina rumah kediaman berhampiran dengan tanah tinggi.

Sumber air juga adalah sangat penting kepada kehidupan harian manusia. Manusia memerlukan air sebagai sumber minuman dan juga sumber protien. Sumber air yang tercemar menyebabkan air tersebut beracun dan tidak selamat diminum. Lebih malang lagi manusia kehilangan sumber protien kerana hidupan air seperti ikan akan mati. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh aktiviti pembuangan sisa kumbahan, sisa toksik dan minyak kenderaan ke dalam parit, sungai atau laut.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk memastikan keadaan pencemaran alam sekitar berada pada tahap yang minimum. Adalah malang jika kita menunggu sehingga keadaan menjadi parah ibarat telur di hujung tanduk baru kita hendak berusaha mengawalnya. Keadaan menjadi tidak berguna sekiranya nasi telah menjadi bubur.





Contoh Karangan : Gambar Bersiri

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut.
Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SEMANGAT KEJIRANAN









Contoh Jawapan


Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui.

Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.

Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat di antara satu dengan lain. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa.

Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-sama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat.

Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.


















Soalan:Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara. Sebagai remaja berwawasan, berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan undustri pelancongan negara.
Pendahuluan
• Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang vital vis-à-vis sektor-sektor yang lain.
• Negara yang indah mampu menggamit kedatangan pelancong asing
• Sektor ini member banyak manfaatnya kepada negara antaranya ialah dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran valuta asing.
• Menteri Pelancongan memberitahu bahawa sektor ini merupakan asset prima kepada sumber kewangan negara.

Isi Pertama
AT : peranan pihak kerajaan
AH :-menaik taraf pusat-pusat pelancongan di negara dengan memberikan bantuan kewangan
-menganjurkan kempen-kempen yang boleh menarik kedatangan pelancong asing
AC :-kempen ‘Mari Melawat Malaysia’ dan ‘Cuti-cuti Malaysia’
AP :-jelaslah pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemajuan dalam industri ini
UM :

Isi kedua
AT :peranan pihak media
AH :-menyebarkan iklan mengenai keindahan negara kita ke seantero dunia
-tetapi janganlah iklan yang dikhabarkan itu ‘indah khabar dari rupa’
AC :media cetak dan elektronik mestilah bekerjasama membuat siaran atau rancangan khas mengenai tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negara
AP- Oleh hal yang demikian pihak media sayogianya memainkan peranan bagi memajukan industry ini di persada internasional.
UM :

Isi ketiga
AT :peranan masyarakat
AH :-menunjukkan budi bahasa dan akhlak yang baik kepada pelancong asing lebih-lebih lagi negara kita adalah sebuah negara Islam.
-masyarakat juga perlu menunjukkan identity dan imej negara
-menggalakkan lagi sektor ini dengan pergi melancong ke tempat-tempat menarik di negara kita bukannya ke luar negara
AC :-masyarakat perlu bersikap lebih ramah dengan memberikan pertolongan kepada mereka apabila memerlukan
AP :-ternyatalah masyarakat memainkan peranan yang penting dan tidak bersikap evasif dengan tanggungjawab yang diamanahkan
UM : Budi Bahasa Budaya Kita

Isi keempat
AT :peranan pemilik tempat-tempat pelancongan
AH :-menjaga keindahan dan kecantikan tempat-tempat pelancongan di negara kita
-tidak bersikap sambil lewa dan hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata
AC :-mengenakan denda kepada pelawat yang cuba mengotorkan atau merosakkan kemudahan awam yang disediakan di kawasan-kawasan pelancongan amnya.
AP :Oleh itu sudah terang lagi bersuluh pemilik tempat pelancongan juga memainkan peranan dalam memajukan sektor ini
UM :

Isi kelima
AT :peranan pihak berkuasa tempatan.
AH :- Memastikan tahap kebersihan sentiasa terjaga di tempat tumpuan pelancong
AC :- Menjaga kebersihan di sekitar Pantai Morib, Port Dickson dan Pantai Cahaya Bulan yang tercemar
AP :- PBT perlu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas
UM :- Kebersihan sebahagian daripada iman
- Bandar bersih rakyat sihat


Penutup :
- Kesimpulannya, semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing sektor ini
- Oleh itu, kita tidak harus bersikap lepas tangan sebaliknya berganding bahu bagi memajukan industry ini di persada antarabangsa bak kata pepatah ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’.

Soalan:
Institusi keluarga yang harmoni memberikan sumbangan yang besar dalam mencorakkan kecemerlangan anak-anak.
Berikan pendapat anda.


Pendahuluan
- Definisi keluarga, orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain.
- Terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak.
- Institusi keluarga yang harmoni mampu hasilkan anak-anak yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah dan begitu juga sebaliknya.

Isi Pertama
AT : menyediakan keadaan yang kondusif untuk membesar.
AH :
- Melalui keluarga yang harmoni, ibu bapa dan anak-anak dapat bergaul dengan mesra penuh kasih sayang.
- Institusi keluarga yang goyah member kesan yang negatif kepada diri anak-anak.
- Institusi keluarga yang harmoni pula beri keselesaan dan amat sesuai bagi anak-anak membesar.
AC :
- Kebanyakan pelajar yang cemerlang berasal dari keluarga yang harmoni.
AP :
- Jelaslah, keluarga yang harmoni mampu menyediakan keadaan yang kondusif untuk anak-anak membesar menuju kecemerlangan .

Isi Kedua
AT : menjana pembentukan sahsiah unggul.
AH :
- Institusi keluarga yang harmoni sentiasa terapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati.
- Anak-anak terdedah dengan nilai murni sejak kecil.
- Anak mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.
AC :
- Anak-anak yang diajar untuk hormati orang tua akan terdorong untuk terus mengamalkannya.
AP :
- Konklusinya, sahsiah yang unggul yang membawa kepada kecemerlangan anak-anak mampu dibentuk melalui keluarga yang harmoni.

Isi ketiga
AT : anak-anak lebih mudah berinteraksi dengan ibu bapa.
AH :
- Keluarga yang harmoni bolehkan anak-anak berkomunikasi dengan ibu bapa tanpa halangan.
- Anak-anak dapat berkongsi masalah dengan ibu bapa.
- Menghilangkan dalam diri dan dapat tumpukan pada pelajaran.
AC :
- Ibu bapa yang sentiasa berfikiran rasional akan sentiasa mencuba membantu anaknya menyelesaikan masalah.
AP : jelaslah keluarga yang harmoni menyediakan peluang yang lebih besar untuk anak-anak berkomunikasi dengan ibu bapa.
UM : yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Isi Keempat
AT : ibu bapa menjadi teladan yang baik.
AH :
- Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak.
- Segala perintah dan arahan daripada ibu bapa akan dituruti oleh anak-anak.
- Anak-anak terdorong untuk menteladani ibu bapa sama ada kea rah kebaikan atau keburukan.
AC :
- Ibu bapa yang mempunyai tahap kesantunan yang tinggi mendorong anak-anak untuk turut bersopan santun.
AP :-jelaslah keluarga yang harmoni mempunyai model ibu bapa yang amat baik untuk diteladani.

Isi Kelima
AT : anak-anak dapat tenang di rumah.
AH :
- Keluarga yang harmoni mempunyai suasana yang amat sesuai untuk belajar.
- Keluarga bebas daripada pergaduhan dan pertengkaran.
- Anak-anak tidak dibebani dengan masalah dalam keluarga.
AC :
- Anak-anak yang berasal dari keluarga yang harmoni pada kebiasaannya cemerlang dalam kehidupan.
AP :-konklusinya, keluarga yang harmoni menyediakan suasana yang tenang untuk anak-anak belajar.

Penutup :
- Kesimpulannya, institusi keluarga amat mempengaruhi anak-anak tidak kira dari segi akademik mahupun sahsiah.
- Ibu bapa seharusnya berusaha untuk mewujudkan keluarga yang harmoni bagi menjamin kecemerlangan anak-anak.



Soalan:

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan semua pihak.
Bincangkan kesan-kesan gejala ponteng sekolah dan langkah-langkah untuk membendung masalah tersebut.


Pendahuluan
• Gejala negatif yang melibatkan pembaziran masa
• Merujuk kepada aktiviti yang boleh menyumbang kepada gejala sosial lain.
Perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianay boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat tanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif.


Isi Pertama
AT :dapat memundurkan pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah.
AH :-pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan dalam pelajaranyang diajar oleh guru dii sekolah.
-hal ini akan menyebabkan seseorang itu tidak faham mengenai pelajaran dan akhirnya tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
-impaknya, pencapaian akademik seseorang itu akan merosot dan akhirnya menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik sekolah.
AC :
AP : sudah terang lagi bersuluh bahawa gejala ponteng sekolah dapat memundurkan pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah.
UM : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

Isi Kedua
AT :
- Mengakibatkan gejala sosial dan jenayah.
AH :
- Para pelajar juga merupakan golongan remaja sememangnya berdarah muda sentiasa menginginkan hiburan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari hiburan.
- Antaranya ponteng sekolah dan melepak dengan rakan-rakan mereka yang lain.
- Remaja yang sering kali mengamalkan budaya ponteng sekolah akan mudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, meminum arak, merokok, keruntuhan akhlak, merosakkan harta benda awam dan mencemarkan alam sekitar.
- Kerana terpengaruh dengan rakan sebaya.
AC :-berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh krew-krew rancangan 999, ramai pelajar yang membuang masa yang begitu berharga di pusat membeli belah pada waktu sekolah semata-mata untuk melepak.
AP: -Jelaslah bahawa budaya ponteng sekolah boleh menyumbang kepada gejala sosial dan jenayah.
UM-bagai kera dapat bunga.

Isi Ketiga
AT: Memburukan imej negara.
AH: -mengakibatkan budaya lepak.
-kerana para pelancong yang datang ke negara ini akan mendapat gambaran yang buruk tentang masyarakat di negara kita dan akan menceritakan keadaan ini apabila mereka pulang ke negara mereka.
AC: -para pelancongakan berasa terganggu dengan suasana yang amat tidak menyenangkan ini.
-mereka pasti akan membuat tanggapan bahawa negara kita sudah hilang budaya ketimuran dan kini sedang menuju ke era keruntuhan moral.
AP"- menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah, dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan remaja yang sedang melepak.

Isi Keempat
AT:Pihak sekolah hendaklah mengenakan denda yang lebih berat kepada pelajar yang ponteng sekolah.
AH: -pelajar pada masa kini sudah tidak berasa gerun dengan denda yang terlalu ringan yang dikenakan oleh guru kepada mereka.
-mereka menganggap denda yang dikenakan itu tidak mendatangkan kesan yang mendalam dalam diri mereka.
-hal inilah yang menyebabkan pelajar tidak mengenal erti serik dalam kehidupan mereka.
-seterusnya akan melakukan perkara yang sama dengan berterusan.
AC: -sebagai contoh pelajar yang ponteng sekolah perlu diberi amaran gantung sekolah dan sebatan yang dapat mendatangkan kesedaran kepada diri pelajar itu sendiri.
AP: -mereka akan serik melakukan amalan tersebut kerana takut dikenakan denda yang berat oleh pihak sekolah

Isi Kelima
AT:-ibu bapa haruslah menyemai nilai agama dalam diri anak-anak mereka.
-ibu bapa merupakan golongan yang paling rapat dengan para pelajar.
AH: -apabila ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan sesuatu amalan sudah tentu anak-anak mereka akan mengikut ajaran yang telah dididik oleh ibu bapa mereka.
-pendidikan agama yang sempurna dapat mengelakkan anak mereka daripada budaya-budaya negatif seperti budaya ponteng sekolah.
-hal ini demikian kerana, agama Islam sememangnya terkenal dengan penerapan nilai-nilai dan amalan-amalan yang positif.
-bagi pelajar yang terasuh dengan didikan agama yang sempurna mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti budaya ponteng sekolah kerana mustahil bagi seorang pelajar yang berdisiplin dan beragama secara tiba-tiba melakukan perkara yang negatif.
AC:
-menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Hishamuddin peranan agama juga menjadi salah satu faktor yang penting dalam mengatasi masalah ponteng sekolah yang semakin menular ini.
AP:
-sudah terang lagi bersuluh bahawa peranan ibu bapa dalam menyemai nilai agama dalam diri anak-anak dapat mengatasi masalah ponteng sekolah ini.


Penutup :
-kesimpulannya, semua pihak seharusnya bekerjasama dan berganding bahu terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa supaya budaya yang semakin menular dalam kalangan remaja ini dapat diatasi secara keseluruhannya.
-dengan membenteras budaya yang negatif ini akan terhindarlah amalan-amalan buruk yang lain. Kegagalan membenterasnya sudah tentu dapat menyumbang kepada kemerosotan pendidikan negara










































Amalan gotong-royong membersihkan persekitaran rumah bersama-sama ahli keluarga bukan sahaja melahirkan suasana yang ceria dan mengelakkan daripada penyakit tetapi juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
Huraikan.
Pendahuluan
- Menyingkap kembali suasana pada zaman dahulu yang merangkumi rakyat yang hidup dalam keadaan yang harmoni. Hidup mereka yang bagai aur dengan tebing dan tidak seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucukk masing-masing.
- Gaya hidup seperti tersebut mampu meninggalkan impak kepada pengamalnya. Dalam konteks keluarga, gotong-royong mampu memastikan corak hidup famili tersebut sama ada indah seninya mahupun suram rantingnya.
Isi Pertama
AT : Bagaimana amalan gotong-royong bersama-sama ahli keluarga mampu mewujudkan suasana ceria?
AH :- motif utama membersihkan kawasan persekitaran rumah.
-pembahagian kerja dan pelaksanaan kerja yang mantap mampu member hasil yang sedap mata memandang dan menyenangkan semua pihak.
AC :-seperti membersihkan kolam ikan di hadapan rumah bersama-sama mampu memastikan persekitaran rumah sentiasa ceria.
AP :-konklusinya, amalan gotong-royong bersama-sama ahli keluarga mampu mewujudkan suasana ceria.
UM :
Isi Kedua
AT : Suasana ceria hasil dari amalan gotong-royong bersama-sama ahli keluarga memastikan kejayaan anak-anak.
AH :- sejajar dengan itu, situasi kondusif di rumah memastikan anak-anak lebih bersedia untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
AC :- contohnya anak-anak yang tinggal dalam persekitaran yang kotor dan keluarga yang tidak bahagia tidak memberi tumpuan penuh kepada pelajaran dan akhirnya gagal dalam peperiksaan.
AP : sesungguhnya, suasana yang ceria menjanjikan kejayaan anak-anak.
UM :
Isi Ketiga
AT : Bisakah amalan gotong-royong mengelakkan penyakit? Bagaimana?
AH :- persekitaran yang bersih mampu menjanjikan sifar jangkitan kuman yang bakal membawa penyakit yang membahayakan ahli keluarga.
-oleh itu, ahli dalam famili tersebut mampu bergerak aktif untuk meneruskan rutin harian mereka. Sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan modal insan yang gemilang yang seimbang jasmani dan rohaninya.
AC : pembersihan kawasan pembuangan sampah ketika aktiviti gotong-royong dijalankan mampu menghindari kehadiran serangga perosak yang juga turut membawa kuman penyakit.
AP : tidak dapat disangkal lagi bahawa, aktiviti gotong-royong bersama-sama ahli keluarga lain mampu menghindar penyakit bahaya dalam kalangan keluarga itu sendiri.
UM :
Isi Keempat
AT : gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
AH :-Hal ini dapat dibuktikan menerusi semangat kerjasama yang dipraktikkan dalam masa bekerja.
-komunikasi antara ahli keluarga juga mampu menjernihkan hubungan yang sebelumnya keruh.
AC :- ahli keluarga akan bekerja bersama-sama. Walau hanya untuk mengemop lantai, interaksi berkesan antara sesame ahli keluarga itu member kesan di hati semua.
AP : institusi keluarga yang bahagia dan erat ukhuwah antara ahlinya akan terhasil melalui aktiviti bergotong-royong ini.
UM :
Isi Kelima
AT : gotong-royong antara ahli keluaarga juga boleh menjadi jalan alternatif untuk kearah kebejatan gejala sosial.
AH : keruntuhan sahsiah remaja dikatakan 80% bermula di rumah. Kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa boleh menyebabkan anak remaja mengambil jalan mudah melepaskan stress.
-gotong-royong mampu mengisi masa lapang anak remaja dengan aktiviti dan memberi peluang kepada ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak.
AC :- anak akan menghabiskan masa senggang di rumah bersama keluarga.
-turut merasakan mereka dihargai oleh famili mereka.
AP : sesungguhnya, misi merealisasikan sifar gejala sosial mampu serba sedikit diicapai melalui aktiviti gotong-royong ini.
UM :
Penutup :
- Kesimpulannya, tidak dapat disangkal lagi, gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama-sama ahli keluarga mampu memberi pelbagai kesan positif kepada ahli keluarga itu sendiri. Oleh itu, fikir-fikirkanlah. Sebagaimana yang tersurat dalam pepatah warisan melayu, yang bulat itu tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang. Oleh itu, semua anggota dalam institusi keluarga itu perlu merenung kembali pelbagai alasan yang sering diberikan untuk tidak bersama-sama dalam aktiviti kekeluargaan. Jadi, apa yang kita nantikan lagi? Tepuk dada tanyalah akal kita tentang benarkah apa yang dikatakan dengan slogan utamakan keluarga, semakin hari semakin sayang?
Soalan:
Kenaikan harga minyak telah menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara-negara di seluruh dunia.
Berikan pendapat anda.
Pendahuluan
- Kenaikan harga minyak saat ini berpotensi menurunkan pertumbuhan ekonomi negara.
- Banyak implikasinya terhadap pembangunan negara dan menjejaskan ekonomi.
- Boleh menyebabkan negara menghadapi pelbagai masalah untuk menghadapi krisis kenaikan harga minyak yang mendadak.
Isi Pertama
AT : Kenaikan harga barang.
AH :- Kenaikan harga minyak member impak kepada kenaikan harga barang yang mendadak.
- Harga barang dipengaruhi oleh harga minyak kerana dalam proses pembuatan barang perlu menggunakan minyak sebagai sumber utama.
AC :- Dalam proses pembuatan plastik atau nilon, minyak digunakan untuk menghasilkan bahan tersebut.
- Kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengeluaran barang akan meningkat.
AP :- Ternyatalah di sini bahawa kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barang juga naik seterusnya menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara.
Isi Kedua
AT : Berlaku inflasi barangan
AH :- Kenaikan harga minyak dunia akan berisiko terjadi penurunan konsumsi swasta sejalan dengan pengaruh penurunan daya beli akibat kenaikan inflasi dan impak langsung kenaikan harga barang import.
- Penurunan permintaan domestik yang cukup kuat dan mempengaruhi penurunan pertumbuhan ekonomi.
- Peningkatan risiko inflasi didorong kenaikan harga barang import terkait kenaikan harga minyak.
AC :- Hasil kajian menunjukkan dalam simulasi pengaruh minyak terhadap inflasi, jika rata-rata harga minyak 60 Dolar per barel akan terjadi inflasi sebanyak 6.1 peratus
AP :- Oleh hal yang demikian, jelaslah disini bahawa kenaikan harga minyak mendorong berlakunya inflasi.
UM :
Isi Ketiga
AT : Negara terpaksa menanggung beban subsidi minyak yang tinggi.
AH :- Untuk memberi manfaat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
- Subsidi minyak yang tinggi boleh membantutkan ekonomi dan pembangunan negara kerana kerajaan perlu menyalurkan dana yang banyak semata-mata untuk menanggung subsidi minyak sejajar dengan kenaikan harga minyak.
AC :- Kajian oleh Kementerian kewangan, pada tahun 2007 sahaja kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak menjangkau lebih RM33 billion.
- Perbelanjaan subsidi minyak itu boleh disalurkan kepada pembangunan negara jika harga minyak tidak naik dengan mendadak.
AP :- Sudah terang lagi bersuluh kenaikan harga minyak member kesan negatif kepada pertumbuhan negara kerana kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak yang tinggi.
Isi Keempat
AT : Perbelanjaan negara meningkat untuk mengimport dan mengeksport barangan.
AH :- Mengeksport dan mengimport barangan menggunakan kenderaan untuk mengangkatnya.
- Kenderaan memerlukan minyak. Apabila harga minyak meningkat negara terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih semata-mata untuk menampung kos penghantaran dan penerimaan barangan.
AC :- Negara mengeksport bertan-tan sayur dan buah—buahan tempatan ke luar negara. Kira-kira RM 1 juta digunakan hanya untuk menampung kos perbelanjaan minyak mengeksport sayur dan buah-buahan tersebut.
AP : - Jelaslah di sini bahawa kenaikan harga minyak menyebabkan perbelanjaan negara meningkat untuk mengimport dan mengeksport barangan.
Isi Kelima
AT : Negara terpaksa memberikan fokus untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak.
AH :- Segala hasil ekonomi kerajaan digunakan untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak.
- Pembangunan negara terpaksa ditangguhkan atau dengan kata lain diabaikan kerana perlu memikirkan tentang krisis kenaikan harga minyak.
- Pembangunan negara terjejas akibat kenaikan harga minyak.
Penutup
- Kesimpulannya, jelaslah bahawa kenaikan harga minyak boleh menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara melalui pelbagai aspek.
- Oleh yang demikian, semua pihak perlu bersedia untuk menghadapi krisis kenaikan harga minyak yang kian meruncing.
- Sediakan payung sebelum hujan.

Soalan:
Dewasa ini, program-program hiburan berbentuk realiti televisyen telah mendapat sambutan hebat daripada para penonton, khususnya golongan remaja. Walaubagaimanapun, program ini mendatangkan keburukan sekiranya tidak dikawal oleh ibu bapa.
Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderugan anak-anak menonton program realiti televisyen.

Pendahuluan :
- Pada zaman ini, semua golongan masyarakat minat akan hiburan.
- Perkembangan teknologi membuatkan hiburan dapat dinikmati di mana-mana melalui pelbagai sumber, salah satunya televisyen.
- Program-program hiburan berbentuk realiti banyak disiarkan di televisyen ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
- Mendapat sambutan hebat daripada segenap penonton terutama remaja.
- Namun, hakikat program sedemikian mendatangkan keburukan sekiranya tidak dikawal.
- Ibu bapa memikul mandate besar bagi mengawal kecenderungan anak-anak menonton program realiti televisyen.

ISI PERTAMA
AT :prihatin terhadap rancangan tontonan anak-anak
AH :
-memastikan anak-anak menonton rancangan yang berkualiti dan berfaedah.
-ibu bapa bertindak bijak dalam menarik perhatian anak-anak ketika memilih rancangan agar mereka tidak merasa terkongkong.
AC :
-memilihkan rancangan yang sesuai ketika anak-anak menonton televisyen
-mengajak anak menonton bersama.
AP :
-ternyata bahawa keprihatinan ibu bapa terhadap pemilihan rancangan tontonan anak-anak dapat mengawal kecenderungan mereka menonton hiburan.
UM :

ISI KEDUA
AT :peka terhadap pengurusan diri anak-anak.
AH :
-memastikan anak-anak membahagikan masa dengan baik setiap hari di samping mempunyai jadual harian yang sistematik dan teratur.
-menekankan masa mereka menonton televisyen.
AC :
membenarkan anak-anak menonton televisyen hanya selepas mereka mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan semua kerja sekolah.
AP :
-jelaslah bahawa kepekaan ibu bapa terhadap pengurusan diri anak-anak dapat mengawal mereka menonton program hiburan realiti televisyen.
UM :masa itu emas.

ISI KETIGA
AT :ibu bapa menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak
AH :
-Tidak menonton rancangan hiburan realiti televisyen berlebihan di hadapan anak-anak.
-ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak dalam segenap hal.
-jangan pula menjadi seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus, dia sendiri tidak betul.
AC :
-ibu bapa sebaliknya mengajak anak-anak menonton program televisyen yang bermanfaat seperti berita, ceramah dan motivasi.
AP :
-tuntasnya, ibu bapa haruslah sentiasa menjadikan diri mereka sebagai contoh kepada anak-anak.
UM :-seperti ibu ketam mengajar anak berjalan lurus, dia sendiri tak betul.


ISI KEEMPAT
AT :ibu bapa meluangkan masa menonton televisyen bersama anak-anak
AH :
-bertujuan untuk membataskan tontonan anak-anak terhadap rancangan berbentuk hiburan.
-selain mengelakkan anak-anak daripada menonton rancangan tidak berkualiti, hal ini dapat mewujudkan suasana institusi keluarga yang harmoni.
-ibu bapa memilih rancangan yang sesuai ditonton bersama ahli keluarga.
AC :sebagai contoh, menonton filem-filem Melayu Klasik.
AP :
-jelaslah bahawa ibu bapa yang bijak membahagikan masa bersama anak-anak dapat mengelakkan mereka terdedah terhadap hiburan televisyen secara berlebihan.
UM :


ISI KELIMA
AT :ibu bapa merancang aktiviti menarik untuk dilaksanakan bersama anak-anak semasa waktu lapang.
AH :
-bertujuan untuk mengelakkan kecenderungan anak-anak menonton televisyen
-lazimnya pada waktu lapang remaja gemar menghabiskan masa menonton televisyen terutama program hiburan termasuklah rancangan realiti yang digemari.
AC :
-aktiviti yang disusun ibu bapa seperti bergotong royong atau beriadah bersama pada waktu cuti mengelakkan anak-anak kerap menonton televisyen.
AP :
-sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa mestilah panjang akal untuk mengawal kecenderungan anak-anak menonton program hibuuran berbentuk realiti televisyen.
UM :-sudah terang lagi bersuluh
-panjang akal.


PENUTUP
- Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang dominan dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak menonton program hiburan berbentuk realiti televisyen.
- Pokoknya, tepuk dada Tanya selera kerana hendak seribu daya tak nak seribu dalih.
- Sesungguhnya, anak-anak perlulah diasuh sebaik-baiknya oleh ibu bapa supaya modal insan berpesonaliti unggul dapat dijana.



















Soalan:
Perkembangan modal insan merupakan satu agenda penting negara untuk melahirkan rakyat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran, menghayati nilai murni, dan membina disiplin diri. Pada pendapat anda bagaimana peranan keluarga dalam pembentukan modal insan kepada kanak-kanak.

Pendahuluan
- Keluarga berperanan besar dalam melahirkan modal insane yang cemerlang.
- Konteks negara mengejar arus pemodenan yang pesat pelbagai revolusi yang telah dijalankan bagi mencapai Wawasan 2020.
- Pembangunan modal insan amat penting bagi memacu negara ke arah Wawasan 2020.

Isi Pertama
AT : Mengasuh kanak-kanak dengan disiplin diri.
AH :- Membesarkan kanak-kanak iaitu anak-anak bagai menatang minyak yang penuh tetapi jangan berlebih-lebihan.
- Jangan telalu memanjakan anak-anak.
- Anak-anak perlu dididik dan diasuh dengan penuh tegas dan berdedikasi.
- Jangan terlampau membberi kemewahan kepada mereka.
AC:- Anak-anak yang terlalu dimanjakan dan terlalu diberi kemewahan akhirnya akan mudah lupa diri dan bertindak sesuka hati sehingga pada suatu masa memijak kepala orang tua mereka.
- Tiada salahnya ibu bapa untuk memanjakan anak-anak mereka kerana hal ini dapat merapatkan lagi hubungan antara keluarga.
AP :- Jelaslah ahli keluarga contohnya ibu bapa perlu mengasuh anak-anak dengan disiplin.
UM :- Menatang minyak yang penuh.

Isi Kedua
AT : Ahli keluarga meluangkan masa bersama anak-anak.
AH : - Anak-anak merupakan amanah tuhan yang tidak ternilai.
- Meluangkan masa tidak sepertinya mengadap anak-anak sepanjang hari tetapi lebih kepada member perhatian.
- Tidak meletakkan tanggungjawab kepada pembantu rumah.
AC :- Ibu bapa tinggalkan urusan yang berkecamuk di pejabat dan pulanglah ke rumah dengan berlapang dada dan memberi senyuman kepada anak-anak.
- Beramah mesra dengan anak-anak.
AP :- Tuntasnya, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak.
UM :

Isi Ketiga
AT : Ahli keluarga memainkan peranan memberikan didikan agama kepada anak-anak.
AH :- Agama atau pegangan seseorang amat penting bagi memurnikan rohani menjadi individu yang cemerlang dan menjadi sumber insan membentuk jati diri.
- Kejayaan seseorang mestilah berteraskan kepada didikan agama yang diberikan.
- Namun terdapat ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka.
AP :- Oleh hal yang demikian ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak kecil lagi sebelum nasi menjadi bubur.
UM : - Nasi menjadi bubur.

Isi Keempat
AT : ahli keluarga terutamanya ibu bapa hendaklah memantau pergaulan seharian anak-anak terutamanya kanak-kanak.
AH :- Pengaruh rakan sebaya amat membimbangkan dalam mendatangkan anasir negatif.
- Menunjukkan pengaruh rakan sebaya mampu membawa kearah kejayaan atau terjerumus ke dalam kebejatan sosial yang semakin meruncing.
AC :
- Keratan Harian Metro sekumpulan 9 pelajar perempuan tingkatan 4 telah membelasah seorang rakan mereka sebelum membiarkannya dalam keadaan bogel.
- Situasi ala mafia pada minggu lepas yang disiarkan pada dada-dada akhbar.
AP :
- Sebagai ahli keluarga terutamanya ibu bapa haruslah memantau pergaulan anak-anak terutamanya kanak-kanak.
UM :


Penutup :
- Kesimpulannya, jelaslah peranan keluarga menjadi penyumbang terbesar dalam menjana generasi modal insan yang cemerlang.
- Pengaruh-pengaruh luar turut menjadi nilai tambah dalam mematangkan generasi muda masa kini.
- Jangan pula kita memandang enteng budaya hendonisme yang semakin mengambil tempat di Malaysia.






Soalan: Selain penyalahgunaan dadah, amalan rasuah juga dapat menghancurkan sesebuah negara. Berikan pandangan anda tentang cara-cara untuk menangani gejala yang tidak sihat ini. Tulis pendapat anda ini selengkapnya.

Pendahuluan:

-Terdapat banyak gejala yang tidak sihat boleh menghancurkan sesebuah negara.
- Amalan ini juga boleh menyebabkan kejatuhan martabat sesebuah negara.
- Contohnya amalan berjudi, rasuah
- Berjudi boleh menghancurkan sesebuah negara.


Isi Pertama:

AT: - Cara yang terbaik ialah setiap orang haruslah mempunyai kesedaran diri.
AH: - Kesedaran diri amat penting kerana tanpa kesedaran, kita tidak akan mengenali siapa diri kita dan apa tanggungjawab diri kepada negara.
AC: - sebagai contoh, bukan sahaja orang miskin perlu sedar akan amalan yang tidak sihat yang mereka lakukan, malahan orang yang berada juga melakukan amalan tersebut seperti amalan rasuah.
AP: - Tidak kira miskin ataupun kaya, tua ataupun muda, setiap individu harus mempunyai kesedaran diri dan memahami tanggungjawab terhadap negara.


Isi Kedua:

AT: - Selain itu, undang-undang harus diperkukuh dan dipersetujui oleh orang ramai.
AH: - Kerajaan harus memperkukuh undang-undang yang ada agar ianya setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
AC: - Kerajaan perlu menghukum orang yang melakukan kesalahan seperti orang yang menggunakan dadah dihantar ke pusat serenti begitu juga orang yang berjudi, harus disumbat kepenjara.
AP: - Kerajaan harus memperkukuh undang-undang bagi keselamatan dan keamanan rakyat dan juga negara.
Isi ketiga:

AT: - ibu bapa juga harus memberi didkan kepada anak-anak sejak dari kecil.
AH: - Didikan yang diberikan oleh ibu bapa mestilah lengkap dari segi lahiriah dan juga rohaniah.
AC: - sebagaoi contoh, anak-anak tidak boleh terlebih dimanjakan atau selalu di beri muka kerana kecil-kecil anak, kalu sudah besar menjadi onak.
AP: - Konklusinya, didikan harus diberikan sejak kecil kerana tatkala lagi rebung tidak dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya.


Isi Keempat:

AT: - Selain itu, media massa turrt memainkan peranan
AH: - Media massa amat penting kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak yang gemar menonton televisyen.
AC: - Contohnya media massa boleh menyiarkan keburukkan amalan yang tidak sihat melalui televisyen atau alat yang memancarkan bunyi melalui gelombang yang diterima menerusi udara.
AP: - Tuntasnya media massa juga turut memainkan peranan bagi mencegah gejala yang tidak sihat ini.


Isi Kelima:

AT: - Kerajaan boleh mengadakan kempen antidadah dan cegahlah rasuah.
AH: - Kempen ini dapat mendedahkan pengetahuan dan risiko yang akan diterima sekiranya amalan yang tidak sihat dilakukan atau diteruskan.
AC: - Sebagai contoh, kampen antidadah yang diadakan semasa konsert Jom Heboh dapat menarik pelanggan kerana konsert tersebut menjadi tumpuan utama penduduk setempat.
AP: - Kerajaan perlu memainkan peranan yang besarbagi menangani amalan yang tidak sihat tersebut bagi kebaikkan semua pihak.

Penutup:

-Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk menangani gejala yang tidak sihat.

No comments:

Post a Comment