Followers

Wednesday, April 20, 2011

Latihan Tatabahasa PMR

Soalan 1 – 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Ibu sedang _________ air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.
A memasak
B merebus
C menjerang
D mengukur

2 Mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG _______ sehingga suatu tarikh yang akan
ditetapkan kelak.
A dimansuhkan
B Dihentikan
C Dibubarkan
D Ditangguhkan

3 Pegawai yang baru bertugas di pejabat ayah itu ________ dengan senyuman.
A Banyak
B murah
C Mewah
D Subur

4 “Sila lekatkan setem ________ sebelah kanan sampul surat awak,” kata posmen kepada budak itu.
A Di
B Atas
C Pada
D Ke

5 Budaya ________ semakin kurang diamalkan oleh masyarakat hari ini kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.
A kunjung-mengunjung
B masak-memasak
C datang-mendatang
D kata-mengata

6 Nelayan tua itu tidur ________tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut.
A Bertilamkan
B bersandarkan
C Berbantalkan
D Beralaskan



7 Kejayaan cemerlang segelintir pelajar di luar negara membuktikan bahawa keupayaan dan _______ yang tinggi dalam kalangan mereka.
A daya cipta
B daya maju
C daya saing
D daya tarikan

Soalan 8 – 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A,B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Kendatipun pelajar itu bukan bijak sangat namun dia begitu baik dan disukai
A B C
Rakan-rakannya. Tiada kesalahan.
D

9 Pemandu kereta itu membelok dari kiri ke kanan untuk mengelakkan sekatan
A B C
jalan raya. Tiada kesalahan.
D

10 Dokumen lama di Arkib Negara itu terpelihara dengan rapi di bawah jagaan
A B
pegawai khas. Tiada kesalahan.
C D

11 Sultan Melaka telah bertitah agar laksamana datang menemui baginda
A B
di balai penghadapan. Tiada kesalahan.
C D

12 Himpitan hidup yang dilalui oleh petani itu memaksanya berhijrah ke
A B
Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Tiada kesalahan.
C D

13 Dalam pengembaraan itu, Tengku Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya telah
A
menempuh berbagai-bagai rintangan. Tiada kesalahan.
B C D

14 Peperiksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam setengah di dewan
A B C
kampung kami. Tiada kesalahan.
D
Soalan 15 – 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

15 I Abang tidak berani menongkah arahan gurunya.
II Ibu menongkah dagunya semasa mendengar adik bercerita.
III Kanak-kanak tidak sopan sekiranya menongkah perbualan orang tua.
IV Orang yang bercita-cita untuk menjadi penyelam haruslah berani menongkah
arus.

A I dan II
B I dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

16 I Pada waktu sembahyang sunat hari raya, adik duduk merayau-rayau di dalam masjid.
II Fikirannya merayau-rayau apabila memikirkan masalah perniagaannya.
III Mata pencuri itu merayau-rayau pada beg tangan yang dipegang oleh wanita
itu.
IV Remaja lelaki yang sering merayau-rayau itu akhirnya meninggal dunia
apabila dilanggar sebuah van.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

17 I Ibu mengirimkan bingkisan kepada kakak untuk bertanyakan khabar berita.
II Bingkisan yang berisi pakaian telah dihantar ke Sumatera untuk diagihkan
kepada mangsa bencana alam.
III Setiap kali menjelang musim perayaan, para perajurit akan menerima
bingkisan daripada keluarga masing-masing.
IV Pakar sistem itu tidak dapat menerima bingkisan daripada ibu pejabatnya
kerana gangguan ibu sawat.

A I dan III
B II dan IV
C I,II dan III
D II, III, dan IV







Soalan 18 - 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat pos-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka.
A pos-pos pejabat
B pejabat pos
C pejabat pos-pos
D pejabat pos-pejabat pos

19 Ahli keluarga Pak Dollah turut ada di sisinya pada masa beliau menghembuskan nafas terakhir.
A yang turut berada di sisinya di masa
B yang turut ada di sisinya di masa
C turut berada di sisinya pada masa
D turut ada di sisinya pada masa

20 Sambutan Hari Guru yang teramat meriah sekali telah diadakan oleh para pelajar Sekolah Menengah Seri Iskandar sempena Hari Guru pada tahun ini.
A teramat meriah
B amat meriah sungguh
C teramat sekali meriah
D teramat meriah sekali

21 Anggota tentera telah berjaya jejaki musuh dengan berpandukan pada peta yang dibekalkan oleh Kementerian Pertahanan.
A menjejak musuh berpandukan pada peta
B menjejaki musuh dengan berpandu pada peta
C jejak musuh dengan berpandukan kepada peta
D jejaki musuh dengan berpandukan pada peta










Soalan 22 – 24

Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Penyiraman pokok bunga perlu dilakukan dua kali sehari bagi memastikan percambahan yang baik serta pertumbuhan pokok yang sempurna.
A Untuk dapat tumbuh dengan baik dan sempurna, pokok bunga mesti disiram tiap-tiap dua hari sekali.
B Pokok-pokok bunga perlu disiram dua kali sehari supaya mudah tumbuh.
C Pokok bunga dapat tumbuh dengan baik dan sempurna jika penyiraman dua kali sehari dilakukan.
D Kita harus memastikan bahawa pokok bunga yang ditanam mendapat air dua kali sehari supaya dapat tumbuh.

23 Para pelajar mesti melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum menyertai pertandingan perbahasan.
A Pertandingan perbahasan melengkapkan diri para pelajar dengan ilmu pengetahuan.
B Pelajar yang berilmu pengetahuan mesti melengkapkan diri sebelum menyertai pertandingan perbahasan.
C Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dilakukan oleh pelajar sebelum menyertai pertandingan.
D Sebelum menyertai pertandingan perbahasan, melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mesti dilakukan oleh para pelajar.

24 ”Sungguhpun keluargaku miskin, bukanlah penghalang untukku mencapai cita-cita ke menara gading,” bisik hati kecil adik.
A Adik berbisik kepada dirinya sendiri untuk pergi ke menara gading.
B Adik menyatakan bahawa sungguhpun keluarganya dilanda kemiskinan, namun itu bukanlah cita-citanya.
C Adik mengakui kemiskinan keluarganya bukanlah penghalang cita-citanya ke menara gading.
D Hati kecil adik berbisik menyatakan bahawa kemiskinan keluarga bukanlah penghalang cita-citanya ke menara gading.












Soalan 25 – 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Pemuda itu memberitahu bahawa kamera Canon itu kepunyaannya.
II Sejak kematian ayah, ibu asyik bermenung sahaja di jendela.
III Sikap suka membaca harus dipupuk sejak anak-anak kecil lagi.
IV Walaupun berjawatan tinggi, Ani tetap menjaga kedua orang tuanya yang uzur.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV


26 I Dua buah teksi telah ditahan oleh pihak penguat kuasa kerana tidak mengguna meter.
II Kita harus berwaspada terhadap pendatang asing yang terlibat dengan jenayah.
III Pelajar itu bukan bodoh sangat tetapi malas mengulang kaji pelajaran.
IV Bolehkah rumah baharu di pinggir kota itu telah diduduki?
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV


27 I ”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya.
II Pakaian itu dicuci dengan tangan oleh ibu kerana mesin basuh rosak.
III Adik begitu gembira sekali apabila ayah membelikannya basikal.
IV Ketua kampung berharap agar yang menjadi penghuni kampung ini.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV


Soalan 28 - 30

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat- ayat yang berikut.

28 Ramai belia desa berhijrah ke bandar-bandar besar kerana terdapat peluang
pekerjaan yang banyak di sana. Hal ini tidak menghairankan kerana
A di mana ada kemahuan di situ, ada jalan
B kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
C di mana ada gula, di situ ada semut
D baik berjagung-jagung sementara padi masak


29 Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan sikap masyarakat yang saling bekerjasama dan jika terdapat apa-apa masalah, mereka akan berbincang untuk mengatasinya ialah

A bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
B ke lurah sama dituruni, ke bukit sama didaki.
C enggang sama enggang, pipit sama pipit
D ke tengah boleh, ke tepi boleh


30 Majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit akan menyebabkan mereka menghadapi masalah jika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.
Keadaan tersebut seperti

A melepaskan batok di tangga.
B melepaskan anjing tersepit.
C menghitung bulu kambing.
D mendukung biawak hidup.

2 comments:

  1. Saya berhajat menggunakan latihan Tatabahasa pmr puan untuk anak murid saya. Mohon kebenaran dan keikhlasannya. Semoga Allah membalasnya.

    ReplyDelete
  2. Can I have the answer sheet for this latihan?

    ReplyDelete