Followers

Thursday, March 3, 2011

KARANGAN WAWANCARA

Karangan Wawancara.
Soalan : Sebagai pengarang majalah sekolah, anda dikehendaki mewawancara seorang pelajar di sekolah anda yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.
Tulis wawancara anda selengkapnya.

Pada 26 Jun yang lalu, saya iaitu Syafiqah bt Yusuf sebagai pengarang Majalah SMKTP telah menjalankan wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu iaitu saudariA mirah bt Ramlee.Wawancara yang dijalankan di bilik pengawas ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah iaitu SMKTP keluaran tahun 2009.
Berikut ialah hasil wawancara tersebut.

Syafiqah : Assalamualaikum dan selamat pagi saudari Amirah.
Amirah : Waalaikumussalam dan selamat pagi.
Syafiqah : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana
sudi diwawancara pada pagi ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari kerana mencapai
kejayaan yang sungguh cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.
Amirah : Terima kasih dan ini merupakan anugerah Allah kepada saya.
Syafiqah : Saudara, saya difahamkan saudari memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR
yang diumumkan baru-baru ini.
Amirah : Ya, benar. Saya telah berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR yang
saya duduki pada tahun lepas termasuk mata pelajaran Bahasa Arab. Saya
juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya, semua guru saya dan rakan-rakan saya yang
turut sama berusaha sehingga saya mencapai kejayaan yang sungguh
cemerlang dalam PMR pada tahun lalu.

Syafiqah : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudari sehingga mencapai
kejayaan yang mengharumkan nama sekolah kita?
Amirah : Selain kedua-dua ibu bapa saya, orang yang paling banyak mendorong saya
mencapai kejayaan ialah Guru Tingkatan saya iaitu Encik Roslen bin Hashim.
Beliau begitu prihatin dengan pencapaian saya dalam sebarang peperiksaan
yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak muridnya. Terima kasih cikgu.
Syafiqah : Bagaimanakah saudari mengatur jadual sehingga berjaya mencapai kejayaan
yang sungguh cemerlang?
Amirah : Sebenarnya tiada jadual khusus yang saya ikuti dalam mengulang kaji
pelajaran. Saya mengulang kaji pelajaran mengikut masa lapang saya.
Bagi saya, penetapan jadual yang khusus akan menyebabkan kita mudah
berasa bosan kerana mengikut perkara yang sama pada setiap hari. Biasanya,
pada waktu petang saya mengikuti kelas bimbingan bagi mata pelajaran
tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selepas itu,
sekiranya ada masa lapang saya akan berlari-lari anak di sekitar kawasan
perumahan yang saya duduki sekadar mengeluarkan peluh. Pada waktu
malam, sekiranya tiada kerja rumah yang dibekalkan oleh guru, saya mula
mengulang kaji pelajaran dari pukul lapan malam sehingga pukul sepuluh malam.
Syafiqah : Bagaimanakah caranya saudari mengikuti pembelajaran yang dijalankan
semasa di kelas?
Amirah : Kita tidak dapat menafikan kepentingan pembelajaran di dalam kelas.
Semasa guru mengajar saya akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya
perkara-perkara yang disaampaikan oleh guru. Tumpuan yang penuh semasa
pembelajaran membolehkan saya mengingati sesuatu aspek dalam pelajaran
berkenaan bagi jangka masa yang lebih lama. Saya juga membiasakan diri
saya bangun pada awal pagi sekitar jam lima pagi. Selepas mandi saya
sembahyang dan berdoa. Kemudian barulah saya akan membaca tajuk-tajuk
yang akan diajar oleh guru pada hari berkenaan. Hal ini bertujuan untuk
membolehkan saya memahami pelajaran yang akan diajar dengan lebih
mudah. Sekiranya timbul kekeliruan, saya tidak akan menunggu lama untuk
bertanyakan guru tentang perkara tersebut.
Syafiqah : Adakah saudari mengikuti pembelajaran secara berkumpulan sebagaimana
yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang lain?
Amirah : Ya, benar. Saya juga mengikuti pembelajaran secara berkumpulan bersama-
sama tiga orang rakan karib saya. Aktiviti belajar berkumpulan ini biasanya
kami lakukan pada hujung minggu iaitu pada pagi Ahad dari pukul lapan pagi
sehingga pukul sebelas pagi. Pembelajaran secara begini penting bagi
menilai kemampuan kami mengingati fakta yang telah kami pelajari dalam
masa seminggu. Semasa perbincangan kami akan mengemukakan fakta-fakta
yang telah diajar oleh guru secara lisan. Kaedah ini dapat menguji daya
ingatan kami. Sekiranya ada fakta yang tersilap salah seorang dari kami
akan membetulkan fakta berkenaan. Dengan cara ini, kami dapat mengingati
fakta berkenaan dengan tepat.
Syafiqah : Saya difahamkan saudari juga aktif dalam kegiatan persatuan, kelab dan
permainan di sekolah. Tidakkah perkara ini mengganggu pembelajaran
saudara?
Amirah : Tidak sama sekali. Kegiatan yang saya lakukan ini hanyalah pada hari sabtu.
Saya merupakan Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan mewakili daerah
dalam pertandingan bahas. Sebagai pengerusi persatuan, saya sering
menganjurkan pertandingan syarahan, bahas dan berbalas pantun. Bagi saya
aktif dalam sesuatu kegiatan di luar bilik darjah tidak mengganggu pelajaran
kita selagi kita bijak membahagikan masa.
Syafiqah : Soalan saya yang terakhir, apakah nasihat saudari kepada pelajar-pelajar
yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini?

Amirah : Nasihat saya ialah selain tekun mengulang kaji pelajaran, kita perlu menurut
segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kita.
Kita juga perlu menghormati dan sentiasa memohon restu daripada mereka.
Bak kata pepatah rajin usaha tangga kejayaan.
Akhirnya kita juga perlu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa dan
bertawakal kepada-Nya.
Syafiqah : Baiklah saudari Amirah, akhirnya saya mengucapkan tahniah sekali lagi
dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan saya
pada pagi ini.
Amirah : Sama-sama.

32 comments:

  1. Replies
    1. Kau pun satu...org tu mintak tolong kau kirakan lah...2x5=10

      Delete
    2. Kau x puas settle twitter/fb...

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian
    Cikgu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak-banyak ya cikgu!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas maklumat������

    ReplyDelete
  6. Terima kasih! Membantu bagi idea untuk karangan saya. Hehe

    ReplyDelete
  7. Terima kasih cikgu... Sangat bermanfaat dan berfaedah...amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan

    ReplyDelete
  8. Nice tapi lain kali jangan banyak sangat perkataan nye

    ReplyDelete