Followers

Saturday, January 24, 2015

Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman)
MAKSUD
Rangkap
Maksud
 Rangkap 1
          Dia lelaki bergelar perkasa
          dengan cemeti keberanian di tangan
          rembat angkuhnya memacu takut
          menghalau kuda-kuda di padang
          berebutan memburu kandang.
Seorang lelaki gagah/penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti (rotan panjang-alat untuk mengawal kuda) supaya  segera masuk ke dalam kandang.
Rangkap 2
           Rumput dan jerami terhidang
           adalah kanun janji kesetiaan
           dimamah rakus kala lapar
           tak peduli nasib diri setelah kenyang
           jadi tunggangan memburu rakan.

Di dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan dan akan dimakan oleh kuda ketika lapar. Setelah kenyang,kuda-kuda ini tidak sedar dijadikan  tunggangan untuk menjejaki kuda  yang lain.
Rangkap 3
          Dia lelaki punya kuasa
          sesekali suaranya lebih gempita
          daripada ringkik kuda sekandang
          pacuannya diiring seribu keberanian
          meredah onak di rimba perburuan
          meranduk lumpur di paya penindasan
          sambil melibas cemeti durjana
          dia melampar muslihat
          aku penyelamat maruah
          berjuang atas dasar kebenaran
          menentang semua kebobrokan
Penjaga kuda/ sang gembala kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Dia juga bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan. Namun ada juga yang  berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.
Rangkap 4
          Dia lelaki sang gembala kuda
          hanya mengenal pantas tunggangan
          tanpa membaca keletihannya
          dia lelaki sang gembala kuda   
          hanya tahu mengejar kehebatan
          tanpa menghitung kesakitannya
          dan kuda-kuda itu ditunggangi
          ditunggangi dan ditunggangi!  
Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggangnya.Dia juga hanya mahu kuda yang dapat membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.Semua kudanya terus ditunggangi berulang kali tanpa belas kasihan.
TEMA
Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan terhadap tenaga haiwan.

PERSOALAN
  1. Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
  2. Persoalan kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
  3. Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.
  4. Persoalan penganiyaan terhadap haiwan-kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.
  5. Persoalan ketegasan dalam memimpin.
  6. Persoalan kepatuhan menurut perintah.
  7. Persoalan keberanian menempuh cabaran.

BENTUK
1.    Bentuk bebas
        2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
  • Rangkap 1 - 5 baris ayat
  • Rangkap 2 -5 baris ayat
  • Rangkap 3 - 11 baris ayat
  • Rangkap 4 - 8 baris ayat
3.  Jumlah suku kata dalam baris
Jumlah suku kata 8 hingga 12 suku kata.
.    Rima akhir setiap rangkap
  • Rangkap 1 – abcdd
  • Rangkap 2 – abcab
  • Rangkap 3 – aabcccadecc
  • Rangkap 4 – abaabacd
GAYA BAHASA
  • Aliterasi – pengulangan konsonan ‘n’.Contohnya : hanya mengenal pantas tunggangan
  • Asonansi – pengulangan vokal  ‘a’ Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda
·         Metafora-Contoh : cemeti keberanian,rimba perburuan,paya penindasan
  • Hiperbola-Contoh: Rembatan angkuhnya memacu takut, Dimamah  rakus kala lapar
  • Personifikasi-Contoh :Rembat angkuhnya memacu takut
  • Sinkope – Contoh:
  • Unsur alam- Contoh:
                    
Nada: Sinis

 NILAI
  1. Keberanian
  2. Tanggungjawab
  3. Kebijaksanaan
  4. Kepatuhan
  5. Kesetiaan
PENGAJARAN 

  1. Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.
  2. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
  3. Kita hendaklah bijaksana dalam membuat sebarang keputusan.
  4. Kita hendaklah setia dengan pemerintah atau ketua.
  5. Kita hendaklah berjuang demi kebenaran.
  6. Kita hendaklah memastikan kebajikan orang bawahan.

No comments:

Post a Comment