Followers

Saturday, January 24, 2015

sajak aku membaca lagi

SAJAK  AKU MEMBACA LAGI (Razali Mohd Yussof)
RANGKAP
MAKSUD
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpulan mega
hembasan bayu dan banjaran gunung.   
Penyajak memandang ke langit. Penyajak berasa dirinya sungguh kerdil melihat kebesaran Illahi yang mencipta pelbagai fenomena alam. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.
Penyajak meyelusuri pula alam yang terbentang luas. Kedengaran kicauan burung, desiran ombak dan keindahan pelangi yang melengkapi kehidupan manusia dengan pelbagai rencah kehidupan.
ku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.
Penyajak mendongak ke langit lagi dan cuba memahami langit. Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan  bahasa Melayu.
Aku membaca langit
Kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.
Penyajak masih mahu memahami perkara yang tersurat di langit. Penyajak dapat menyaksikan kekecewaan bulan dan bintang  (pejuang-pejuang bahasa) yang  meratapi akan nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa di  tanah air sendiri.
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.
Penyajak kembali mendongak ke langit. Kali ini,penyajak dapat menyaksikan kesedihan langit yang turut menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat dan semakin dilupakan anak bangsa.
TEMA
·         
    Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.
 PERSOALAN
 
  1. Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

2.      Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang
Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

3.      Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
4.      Bahasa sebagai maruah bangsa.
5.      Jati diri anak bangsa yang kian terancam.

BENTUK SAJAK
 
  1. Terdiri daripada lima rangkap
  2. Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap
  3. Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris
  4. Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris
  5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
    • Rangkap pertama : abcde
    • Rangkap kedua : abcd
    • Rangkap ketiga : abcdefg
    • Rangkap keempat : abcd
    • Rangkap kelima : abcd

GAYA BAHASA
 
  1. sinkope
Contoh :
- Kuselusuri alam
- menekuni kebesaran-Mu
- mewarnai kehidupan umat-Mu

2.      personifikasi
Contoh :
  • desiran ombak dan wajah pelangi
  • dahan dan ranting terkulai
  • bulan dan bintang menangis meratapiluka nasib bangsa
  • menitis air mata langit
  • membasahi Bahasa Melayuku  yang berdarah
3.      repitisi
Contoh :
  • helai demi helai

 NILAI
 
  1. Nilai kesyukuran
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

  1. Nilai cinta akan bahasa
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

  1. Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

PENGAJARAN
 
  1. Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

2.      Kita mestilah cinta akan bahasa.
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

3.      Kita mestilah cinta akan alam sekitar.
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


18 comments:

  1. Terima Kasih Cikgu..
    Nota Cikgu Amat Berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. aq amirul , sepupu kau . jumpa pulak kau nye comment

      Delete
    2. Aku borhan aku pernah belanja kau aiskrim keladi masa darjah 4

      Delete
  2. Mohon copy untuk nota pelajar saya yer,,,

    ReplyDelete
  3. Analisis yg jelas. Mohon dipetik untuk memanfaatkan

    ReplyDelete
  4. Mohon dipetik untuk memanfaatkan pelajar saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Mohon dipetik untuk memanfaatkan pelajar saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Analisis yg jelas. Mohon dipetik untuk memanfaatkan

    ReplyDelete
  7. Cikgu, baris ayat 'gumpalan mega'. Ianya metafora atau hiperbola ?

    ReplyDelete
  8. Tumpang tanya Cikgu....

    Mengapakah dalam rangkap ketiga rimanya ialah abcdefg??

    ku mendongak lagi
    membaca langit
    di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
    dahan dan ranting terkulai
    daun-daun berguguran
    helai demi helai
    di lantai tanah airku yang makmur.

    Bukankah "terkulai" dan "sehelai" tu sama? (ai...lai)???

    ReplyDelete
  9. trima kasih atas nota,cikgu,amat mmbntu utk presentation :)

    ReplyDelete
  10. Esk exam bm . really helpful . thanks

    ReplyDelete
  11. Esk exam bm . really helpful . thanks

    ReplyDelete