Followers

Saturday, January 24, 2015

Pelari Muda
Sinopsis  Umum

Kamarul seorang murid yang terkenal di seluruh negara kerana kecemerlangannya dalam olahraga. Dia merupakan seorang daripada pelari pecut negara. Kamarul mula besar kepala dan angkuh atas kejayaannya.Dia mula memperlekehkan rakan-rakan dan jurulatihnya .Dia bersikap seolah-olah mereka tidak memainkan peranan atas kejayaannya.Dia juga kerap tidak hadir latihan dan sering lewat tiba di Pusat Sukan Kampung Pandan. Kamarul melanggar disiplin sebagai pelatih yang akan menyertai Sukan SEA. Namun apabila pelari lain iaitu Sures berjaya mengalahkannya dalam latihan larian,dia berasa insaf dan mula mempersiapkan dirinya untuk menyertai Sukan SEA di Bangkok.Setelah itu,berlaku suatu kemalangan yang menyebabkan lutut dan mukanya cedera. Peristiwa ini semakin menyedarkan Kamarul bahawa rakan-rakannya seperti Saridah dan jurulatihnya sangat mengambil berat akan dirinya. Kamarul menggunakan masa yang ada untuk meningkatkan kecergasan dirinya.Sewaktu di Bangkok,dia telah berjumpa dengan pelari pujaannya  iaitu De Wega, dari Filipina. De Wega memberi kata-kata semangat dan menasihati Kamarul supaya jangan mudah melupakan diri.Kata-kata semangat dan perangsang daripada De Wega dan Encik Kadir selaku jurulatihnya memberi resapan semangat baharu kepada Kamarul. Akhirnya,dia telah berjaya mengharumkan nama negara apabila memperoleh dua pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter.

6 comments: