Beli barang pabila perlu,
Jangan gopoh jangan melulu.
Salah memilih membawa padah,
nanti menyesal tak sudah-sudah.
Alah membeli menang memakai,
kesal tak sudah jika diabai.
Pabila hati sudah terpikat,
Tawar dahulu jangan terikat.
Jika kita hendak berbelanja,
Janganlah habiskan duit yang ada.
Alang-alang membeli barangan,
Pilih yang asli bukan tiruan.
Kalau berbelanja berpada-pada,
Elakkan boros dan juga alpa.
Kalau membeli terasa ragu,
Tanyalah pada mereka yang tahu.
Jangan gopoh jangan melulu.
Salah memilih membawa padah,
nanti menyesal tak sudah-sudah.
Alah membeli menang memakai,
kesal tak sudah jika diabai.
Pabila hati sudah terpikat,
Tawar dahulu jangan terikat.
Jika kita hendak berbelanja,
Janganlah habiskan duit yang ada.
Alang-alang membeli barangan,
Pilih yang asli bukan tiruan.
Kalau berbelanja berpada-pada,
Elakkan boros dan juga alpa.
Kalau membeli terasa ragu,
Tanyalah pada mereka yang tahu.
Gurindam
atas merujuk kepada sikap pengguna apabila membeli sesuatu barangan atau
mendapat perkhidmatan. Persoalannya, siapakah pengguna? Pengguna merujuk kepada
individu atau sesiapa yang menggunakan barangan, perkhidmatan, atau alam sumber
semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kemahuan masing-masing. Merujuk konsep
ekonomi, pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan
dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Secara mudah kita lihat
pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri
sendiri, kita sebagai individu ialah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya
kedudukan kita dalam masyarakat sekeliling. Sebahagian besar daripada perkara
yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan
atau perkhidmatan.Selain itu, isu kepenggunaan dalam kalangan pengguna sering
diuar-uarkan dalam media cetak dan media elektronik. Bukan itu sahaja, isu ini juga saban hari menjadi polemik yang hangat
diperdebatkan di negara kita. Konsumerisme
atau kepenggunaan merujuk kepada segala kegiatan yang dilakukan oleh orang
ramai untuk menjaga hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.
Sebagai
pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan
pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu pengguna. Pengeluar
atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan-dorongan yang
membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu.
Pengguna yang dimaksudkan di sini ialah pengguna akhir atau “ultimate consumer”
kerana di pasaran juga terdapat pembeli yang membeli barangan secara borong
atau pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan
mentah yang memerlukan pernerosesan sebelum dijual kepada pengguna terakhir. Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barang-barang dan
perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu
keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer adalah seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder
pula adalah berkaitan dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang
misalnya pembelian barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan
sesuatu imej atau status kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan
pengiktirafan sosial. Kadangkala dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder
menjadi begitu penting kepada pengguna dan mengatasi keperluan primer. Sering
kali juga keperluan sekunder juga dikenali sebagai kehendak “ I wants “ yang
pada kebiasaannya adalah tidak terbatas .
Kajian
Profil Pengguna oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) tahun lepas mendapati hanya 58 peratus, pengguna Malaysia
yang mempunyai tahap kesedaran kepenggunaan yang rendah. Hal ini demikian
kerana para pengguna kurang mengambil tahu tentang hak dan kepentingan penguna
yang termasuklah kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan harga,
tiada tanda harga pada barangan yang dijual yang sepatutnya mempunyai tanda
harga, pelabelan harga yang tidak lengkap, sukatan atau timbangan yang tidak
mencukupi seperti yang didakwa dan barangan palsu,haram serta halal. Kesedaran
pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna pada hakikatnya
adalah merupakan masalah asas kepada pengguna. Selagi sebelum timbul kesedaran
dalam kalangan pengguna terhadap peranan dan tanggungjawab mereka, selagi
itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan kerajaan untuk melindungi hak-hak
dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha kerajaan untuk membendung inflasi
tidak dapat mencapai matlamatnya dengan berkesan. Masalah yang dihadapi oleh
pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang
dihadapi adalah bersabit daripada usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak
mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan
institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperoleh
oleh pengguna. Tidak ramai antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian
terhadap hak-hak mereka yang diperuntukan dalam undang-undang sebelum pengguna
membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran. Institusi dan peranan
perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang berfungsi untuk melindungi
kepentingan mereka seperti Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan ( MHEPK) ,
Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna serta Persatuan pengguna. Pendek kata, amalan seorang pengguna yang
baik dan bijak ialah membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna
dan dalam masa menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatnya .
Pada
masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain mengiktiraf
15 Mac sebagai Hari Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini
diambil kira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang
yang ada hubung kait dengan pengguna. Satu daripada hak pengguna iaitu hak
untuk mendapat maklumat. Pengguna adalah berhak meklumat yang jelas mengenai
kegunaan bahan-bahan yang terkandung dan cara perniagaan barang atau
perkhidmatan. Hak untuk membuat pilihan
bermaksud pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang
atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan setiap
kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan. Hak untuk menyuarakan pendapat
iaitu pengguna adalah berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuas hati
terdap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi iaitu tidak mendapat
perkhidmatan yang sewajarnya. Pengguna adalah berhak kepada barangan dan
perkhidmatan asas kehidupan seperti makanan,pakaian,perumahan,kesihatan dan
lain-lain. Hal ini bermakna bahawa sebagai seseorang pengguna kita adalah
berhak untuk mendapat keperluan asas. Pengguna adalah berhak untuk mendapat
ganti rugi disebabkan barangan yang bermutu rendah atua perkhidmatan yang tidak
berpuas hati. Hak untuk mendapat pendidikan pengguna, pengguan adalah berhak
dan bertanggungjawab mendapatkan pendidikan pengguna supaya boleh bertindak
sebagai pengguna yang baik. Pengguan juga berhak untuk mendapat alam sekitar
yang sihat dan selamat. Konklusinya, hak-hak pengguna akan dipertahahkan dengan
cemerlang dalam jangka masa penjang melalui pendidikan. Pengguna yang peka dan
mempunyai pengetahuan yang memadai dan pergerakan pengguna yang sihat akan
menyediakan stimulus yang berharga kepada peniaga untuk menyediakan barangan
dan perkhidmatan yang berkualiti.
Setelah pengguna mengetahui dan memahami
apakah hak-hak mereka , maka pengguna harus bertindak memastikan hak diperoleh
mereka. Bagi memperoleh hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan. Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat
diperolehi. Hal ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka
sebgai pengguna.Terdapat lima tanggungjwab yang perlu dilaksanakan oleh
pengguna bagi memperoleh hak-hak mereka. Lima tanggungjwab adalah seperti
kesedaran mengkritik, penglibatan dan tindakan, tanggungjawab sosial,
tanggungjawab alam semulajadi dan bersatu padu. Pengguna mestilah disedarkan
untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barang serta
perkhidmatan.Situasi ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah
dalam keadaan yang tidak sempurna,pengguna mestilah menyuarakan pendapat bagi
mendapat barang yang sempurna bukan berdiam diri. Terangnya, pengguna mesti
bertindak dengan rasa penuh bertanggungjawab sosial dengan kewajipan dan
bertimbang rasa supaya tindak-tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan
rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia
ada.
Konklusinya, ilmu kepenggunaan amatlah
penting dan patut dikuasai oleh masyarakat Malaysia. Semua pihak seharusnya
berganding bahu untuk menyebarkan ilmu berharga tersebut kepada penduduk negara
agar rakyat negara kita lebih berilmu dan pandai mengurus kewangan sendiri.
Ingatlah, pengguna yang bijak dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Oleh itu, marilah kita menjadi pengguna yang bestari lagi lestari.
Diharapkan menjelang 2020, pengguna Malaysia akan mampu melaksanakan
perlindungan kendiri dan peniaga akan menjalankan kawal selia kendiri dalam
menjalankan tangungjawab dan hak mereka.
Silakan, anda bisa berbuat demikian.
ReplyDelete