Followers

Thursday, March 3, 2011

KARANGAN WAWANCARA

Karangan Wawancara.
Soalan : Sebagai pengarang majalah sekolah, anda dikehendaki mewawancara seorang pelajar di sekolah anda yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.
Tulis wawancara anda selengkapnya.

Pada 26 Jun yang lalu, saya iaitu Syafiqah bt Yusuf sebagai pengarang Majalah SMKTP telah menjalankan wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu iaitu saudariA mirah bt Ramlee.Wawancara yang dijalankan di bilik pengawas ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah iaitu SMKTP keluaran tahun 2009.
Berikut ialah hasil wawancara tersebut.

Syafiqah : Assalamualaikum dan selamat pagi saudari Amirah.
Amirah : Waalaikumussalam dan selamat pagi.
Syafiqah : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana
sudi diwawancara pada pagi ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari kerana mencapai
kejayaan yang sungguh cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.
Amirah : Terima kasih dan ini merupakan anugerah Allah kepada saya.
Syafiqah : Saudara, saya difahamkan saudari memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR
yang diumumkan baru-baru ini.
Amirah : Ya, benar. Saya telah berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR yang
saya duduki pada tahun lepas termasuk mata pelajaran Bahasa Arab. Saya
juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya, semua guru saya dan rakan-rakan saya yang
turut sama berusaha sehingga saya mencapai kejayaan yang sungguh
cemerlang dalam PMR pada tahun lalu.

Syafiqah : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudari sehingga mencapai
kejayaan yang mengharumkan nama sekolah kita?
Amirah : Selain kedua-dua ibu bapa saya, orang yang paling banyak mendorong saya
mencapai kejayaan ialah Guru Tingkatan saya iaitu Encik Roslen bin Hashim.
Beliau begitu prihatin dengan pencapaian saya dalam sebarang peperiksaan
yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak muridnya. Terima kasih cikgu.
Syafiqah : Bagaimanakah saudari mengatur jadual sehingga berjaya mencapai kejayaan
yang sungguh cemerlang?
Amirah : Sebenarnya tiada jadual khusus yang saya ikuti dalam mengulang kaji
pelajaran. Saya mengulang kaji pelajaran mengikut masa lapang saya.
Bagi saya, penetapan jadual yang khusus akan menyebabkan kita mudah
berasa bosan kerana mengikut perkara yang sama pada setiap hari. Biasanya,
pada waktu petang saya mengikuti kelas bimbingan bagi mata pelajaran
tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selepas itu,
sekiranya ada masa lapang saya akan berlari-lari anak di sekitar kawasan
perumahan yang saya duduki sekadar mengeluarkan peluh. Pada waktu
malam, sekiranya tiada kerja rumah yang dibekalkan oleh guru, saya mula
mengulang kaji pelajaran dari pukul lapan malam sehingga pukul sepuluh malam.
Syafiqah : Bagaimanakah caranya saudari mengikuti pembelajaran yang dijalankan
semasa di kelas?
Amirah : Kita tidak dapat menafikan kepentingan pembelajaran di dalam kelas.
Semasa guru mengajar saya akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya
perkara-perkara yang disaampaikan oleh guru. Tumpuan yang penuh semasa
pembelajaran membolehkan saya mengingati sesuatu aspek dalam pelajaran
berkenaan bagi jangka masa yang lebih lama. Saya juga membiasakan diri
saya bangun pada awal pagi sekitar jam lima pagi. Selepas mandi saya
sembahyang dan berdoa. Kemudian barulah saya akan membaca tajuk-tajuk
yang akan diajar oleh guru pada hari berkenaan. Hal ini bertujuan untuk
membolehkan saya memahami pelajaran yang akan diajar dengan lebih
mudah. Sekiranya timbul kekeliruan, saya tidak akan menunggu lama untuk
bertanyakan guru tentang perkara tersebut.
Syafiqah : Adakah saudari mengikuti pembelajaran secara berkumpulan sebagaimana
yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang lain?
Amirah : Ya, benar. Saya juga mengikuti pembelajaran secara berkumpulan bersama-
sama tiga orang rakan karib saya. Aktiviti belajar berkumpulan ini biasanya
kami lakukan pada hujung minggu iaitu pada pagi Ahad dari pukul lapan pagi
sehingga pukul sebelas pagi. Pembelajaran secara begini penting bagi
menilai kemampuan kami mengingati fakta yang telah kami pelajari dalam
masa seminggu. Semasa perbincangan kami akan mengemukakan fakta-fakta
yang telah diajar oleh guru secara lisan. Kaedah ini dapat menguji daya
ingatan kami. Sekiranya ada fakta yang tersilap salah seorang dari kami
akan membetulkan fakta berkenaan. Dengan cara ini, kami dapat mengingati
fakta berkenaan dengan tepat.
Syafiqah : Saya difahamkan saudari juga aktif dalam kegiatan persatuan, kelab dan
permainan di sekolah. Tidakkah perkara ini mengganggu pembelajaran
saudara?
Amirah : Tidak sama sekali. Kegiatan yang saya lakukan ini hanyalah pada hari sabtu.
Saya merupakan Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan mewakili daerah
dalam pertandingan bahas. Sebagai pengerusi persatuan, saya sering
menganjurkan pertandingan syarahan, bahas dan berbalas pantun. Bagi saya
aktif dalam sesuatu kegiatan di luar bilik darjah tidak mengganggu pelajaran
kita selagi kita bijak membahagikan masa.
Syafiqah : Soalan saya yang terakhir, apakah nasihat saudari kepada pelajar-pelajar
yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini?

Amirah : Nasihat saya ialah selain tekun mengulang kaji pelajaran, kita perlu menurut
segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kita.
Kita juga perlu menghormati dan sentiasa memohon restu daripada mereka.
Bak kata pepatah rajin usaha tangga kejayaan.
Akhirnya kita juga perlu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa dan
bertawakal kepada-Nya.
Syafiqah : Baiklah saudari Amirah, akhirnya saya mengucapkan tahniah sekali lagi
dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan saya
pada pagi ini.
Amirah : Sama-sama.

AYAT-AYAT MENARIK UNTUK KARANGAN PERMAINAN TRADISIONAL

KARANGAN

Permainan Tradisional

Definisi
• Permainan yang dimainkan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi masa senggang.
• Merupakan satu cara masyarakat pada zaman dahulu berhibur kerana pada masa tersebut tiada media elektronik yang boleh menghiburkan mereka.
• Terdiri daripada gasing, wau, dam haji, galah panjang, ketingting bula ayam, tarik upih, konda - kondi

1. Kegilaan terhadap permainan yang menggunakan teknologi moden menyebabkan permainan tradisional terus terpinggir.
2. Sikap segelintir generasi pada masa kini yang menganggap permainan tradisional adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada zaman puntung asap sahaja haruslah dikikis.
3. Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja.
4. Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan.
5. Warisan nenek moyang ini akan luput ditelan zaman jika tiada usaha untuk menggemilangkan kembali tradisinya.
6. Tiada lagi deraian ketawa jiran tetangga dan rakan taulan yang mengiringi setiap langkah permainan seperti gasing dan wau.
7. Jangan kita biarkan nostalgia nenek moyang hanya tinggal dalam lipatan sejarah yang dikuburkan sendiri oleh cucu-cicitnya yang tidak tahu menghargai warisan bangsa.
8. Kecenderungan masyarakat moden untuk hidup seperti ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ menyebabkan permainan tradisional ini hanya tinggal dalam buku-buku dan majala-majalah sahaja.
9. Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris pusaka tradisi nenek moyang yang terbilang.
10. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan warisan ini kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan silam yang perlu dipertahankan.
11. Permainan tradisional merupakan sumber hiburan utama masyarakat silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah merubah segala-galanya.
12. Permainan tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri dan merupakan warisan budaya bangsa Malaysia. Hilang budaya, maka lenyaplah sesuatu bangsa.
13. Sudah tiba masanya langkah-langkah konkrit diambil bagi mempertahankan permainan-permainan tradisional ini. Jika tidak permainan-permainan ini akan lenyap ditelan zaman.
14. Kita tidak harus membiarkan sahaja warisan bangsa dibawa oleh angin lalu kerana sejarah yang berlaku banyak mengajar kita akan erti kehidupan yang sebenar. Justeru, hubungan yang renggang dapat dieratkan dengan adanya permainan tradisional seperti congkak, konda kondi, dan ketinting bulu ayam ini.
15. Kita tidak mahu anak bangsa kita menjadi manusia robotik yang hanya tahu menggunakan mesin sahaja tetapi tandus dalam hubungan sosial dengan masyarakat.
16. Kita perlu mewujudkan acuan sendiri dan tidak terikut-ikut dengan budaya hedonisme masyarakat barat.
17. Kita tidak mahu menjejaskan ikatan kemesraan jika hanya tinggal di dalm mahligai indah tanpa bergaul dengan masyarakat sekitar akibat terlalu asyik dengan permainan komputer.
18. Kita tidak harus bersikap dingin terhadap warisan bangsa kita hingga meminggirkan khazanah yang amat berharga dan menjadi daya tarikan pelancong asing ke negara kita.
19. Janganlah kita menjadikan asakan pengaruh video, televisyen, internet dan pawagam sebagai alasan untuk tidak mempopularkan permainan ini kepada golongan muda.
20. Biar sebagus mana sekalipun permainan moden, permainan tradisional tidak patut sekali-kali dipinggirkan.




Disediakan oleh: Hasanah Shahidan
SMKTP

KARANGAN LAPORAN

Karangan Laporan.
Soalan : Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah bagi menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sebagai setiausaha kelab, anda dikehendaki menyediakan laporan lengkap untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Tulis laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima, Taiping, Perak


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman panglima telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian pada hari Sabtu bersamaan 3 Februari 2009. Majlis itu diadakan dengan tujuan untuk menghargai kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah ini dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pada majlis tersebut pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam kedua-dua bidang tersebut akan diraikan dan menerima hadiah masing-masing. Majlis ini merupakan tradisi tahunan sekolah ini dan menjadi program wajib sekolah.
Sebelum majlis ini diadakan, pihak sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hem, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Petang telah menentukan kategori hadiah yang akan diterima oleh pelajar-pelajar. Para pelajar akan dipilih berdasarkan kriteria tertentu. Setelah kategori penerima hadiah ditentukan, pihak sekolah telah mengadakan tapisan bagi menentukan penerima hadiah pula. Pembelian dan pembungkusan hadiah telah diadakan beberapa hari sebelum majlis diadakan. Urusan hadiah ini telah diuruskan oleh Pn.Sopiah Ismail dan ahli jawatankuasanya. Selain itu, persiapan pentas dan dewan diuruskan oleh Pn.Ayu Mawarni Hashim bertujuan menyerikan lagi majlis ini.
Pada hari yang ditetapkan, majlis dimulakan tepat pada jam 9.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan upacara menyambut kehadiran tetamu kehormat dengan paluan kompang oleh pelajar-pelajar asrama. Tetamu kehormat ialah Tuan Haji Mat Lazim Idris yang merupakan Pegawai Pendidikan Daerah. Pada tahun ini beliau telah diundang untuk merasmikan majlis ini. Beliau merupakan tokoh pendidik yang amat berjaya di peringkat kebangsaan. Beliau dijemput untuk merasmikan majlis ini dengan tujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar sekolah ini agar berusaha dengan gigih demi mencapai kejayaan yang cemerlang.
Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah ini dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG iaitu En.Ahmad Kenek. Dalam ucapannya beliau menasihati para pelajar agar berusaha dengan gigih bagi memenuhi harapan ibu bapa mereka yang ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Dalam ucapan Puan Pengetua iaitu Puan Rahimah Jamaluddin pula, beliau mengajak guru-guru dan para pelajar berusaha mengharumkan nama sekolah dengan mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Manakala dalam ucapan perasmian, Tuan Haji Mat Lazim telah menggesa para pelajar meneruskan tradisi kecemerlangan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah tertua di kawasan Larut Matang dan Selama dengan pelbagai kejayaan dan kecermelangan. Beliau ingin melihat sekolah ini terus melahirkan generasi muda yang berjaya dalam pelbagai bidang.
Majlis ini tiba kemuncaknya apabila majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya dijalankan. Majlis ini dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun 2009 mengikut kelas masing-masing. Kemuncak upacara ini ialah penyampaian hadiah penghargaan kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan awam. Bagi peperiksaan PMR, saudari Amirah binti Ramli yang memperoleh 9A termasuk Bahasa Arab dipilih sebagai pelajar terbaik. Manakala saudari Nor Shazni binti Basiron, yang memperoleh 12A1 dalam peperiksaan SPM telah dipilih sebagai pelajar terbaik kategori SPM. Dalam bidang kokurikulum, saudara Mohd.Hasannuddin bin Idris telah dipilih sebagai penerima anugerah kerana kejayaannya menjadi naib johan kebangsaan pertandingan memanah.
Majlis ini ditamatkan pada pukul 1.00 petang dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar lelaki sekolah ini yang diketuai oleh saudara Mohd Firdaus Ismail. Sebelum bersurai, para hadirin telah dijemput untuk jamuan makan tengahari di dewan makan asrama. Ringkasnya majlis penuh gemilang ini berjaya dilangsungkan dalam suasana yang meriah dan berjaya memuaskan hati semua pihak.

Sekian, terima kasih,


Yang menjalankan tugas, 8 September 2009.


……………………………..
(SYAFIQAH BT YUSUF)
Setiausaha,
Majalah SMKTP,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima,
Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Latihan : Anda sebagai ketua pelajar telah diminta untuk menulis laporan berkenaan dengan Sambutan Hari Guru 2010 peringkat sekolah.
Sediakan laporan anda itu selengkapnya.

TEKNIK SUAI SUSUN

Para Pelajar Kelas 5S1 bermain dengan Kad Suai Susun- Watak dan Perwatakan Novel Azfa Hanani dan Kembara Amira




Wednesday, March 2, 2011

Sajak Untuk Pn.Rahimah

Setelah kau pergi

S emaian yang mula berpucuk nampak kelayuan
E ntah siapa yang patut dipersalahkan
T aburan bajamu dulu penuh keikhlasan
E ntah kenapa kini jadi tak keruan
L esu dibawa bayu berterbangan
A ngkara insan yang tidak cuba faham
H arapan menggapai bintang mampukah kesampaian???

K au pergi sebelum pasakmu utuh
A ndainya kau masih di sini kupasti pasakmu kian teguh
U sahamu pasti menjelmakan kegemilangan

P asrah melepaskanmu dalam keterpaksaan
E ngkau satu antara ribuan
R imbunan kasihmu meninggalkan kenangan
G igihmu menjadi panduan
I ngatan kami kepadamu terus berkekalan


KURSUS PENDEDAHAN KOMSAS BAHARU TING 2 DAN 5 UNTUK JU DI HOTEL IMPIANA,IPOH

Aktiviti Permainan Kad


Aktiviti Permainan Kad Perang Pakau

Bersama-sama rakan-rakan JU dari negeri lain


JU Negeri Perak

KURSUS PENDEDAHAN KOMSAS BAHARU TING 2 DAN 5- LMS


Permainan Bahasa Kad Pee Bee
Membantu Peserta Kursus

Memberi penerangan Mikro Teaching