Followers

Friday, February 18, 2011

KARANGAN SPM

Karangan Jenis Fakta

BAIK BURUKNYA KAFE SIBER.

Komputer dan teknologi maklumat(IT) sudah dianggap sinonim dengan kemajuan tamadun masa kini.Berikutan itu,perkhidmatan internet telah menjadi darah daging bagi mereka yang ghairah mengejar kemajuan.Seiringan dengan itu,pelbagai perniagaan yang bersangkut paut dengan teknologi maklumat muncul bagai cendawan tumbuh berceracak selepas hujan.Antaranya, termasuklah kafe siber.Pada asasnya, kafe siber merupakan restoran yang menyediakan berbagai-bagai kemudahan komputer kepada para pengunjungnya untuk mendapatkan maklumat dalam internet dan seumpamanya sambil menikmati hidangan makanan dan minuman.Kewujudan kafe siber telah membuka peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menikmati kepelbagaian aplikasi internet yang ditawarkan.
Walaupun internet merupakan fokus utamanya di kafe siber,terdapat juga perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti menaip,permainan komputer,dan kursus penggunaan komputer.Menerusi perkhidmatan-perkhidmatan ini pengguna didedahkan kepada cara-cara penggunaan komputer yang betul.Selain itu , melalui internet kita akan dapat memperoleh pelbagai maklumat dari seluruh pelosok dunia dengan hanya menekan butang-butang pada papan kekunci komputer.Hal inilah merupakan kelebihan internet untuk membentuk masyarakat bermaklumat.Malah internet juga turut membolehkan seseorang berhubung dengan manusia di seluruh pelosok dunia melalui perkhidmatan
e-mel.
Namun di sebalik kebaikan tersebut,terdapat juga aspek-aspek negatifnya yang turut menuntut pihak pengusaha agar melakukan penapisan dan pengawalan terhadap pelanggan yang cenderung menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. Walau bagaimanapun yang lebih penting adalah kesedaran yang ada pada pihak pengguna.Justeru,ketika meluncur di ruang siber,pihak pengguna tidak seharusnya menerima unsur-unsur negatif yang terhidang,apatah lagi membantu untuk menyebarkannya.
Terdapat juga pengguna yang cuba mengeksploitasikan kecanggihan teknologi internet di kafe siber untuk mewujudkan dan menyebarkan khabar-khabar angin,menyebarkan mesej yang bersifat menghasut,menceroboh serta membangunkan laman web lucah.Malah ,terdapat segelintir pengguna yang menggunakan internet untuk menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya,skim piramid,surat berantai dan baru-baru ini perjudian ala kasino melaui internet.Sementelahan itu,yang paling dikhuatiri ialah ketaksuban golongan remaja,lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang sanggup ponteng sekolah hanya sekadar untuk melepak dan berseronok-seronok dengan melayari internet di kafe-kafe siber.Justeru ,ibu bapa perlu memainkan peranan agar anak-anak mereka tidak terpengaruh dengan gejala negatif di kafe siber.
Konklusinya,walaupun kafe siber ditubuhkan dengan niat baik untuk melahirkan masyarakat yang celik komputer,namun jika disalahgunakan akan membawa padah yang mampu merosakkan akhlak dan minda masyarakat.Oleh itu, pihak pengurusan kafe siber mempunyai tanggungjawab sosial untuk mengelakkan perkara ini dan bukannya mementingkan keuntungan semata-mata lalu “tutup sebelah mata’ asalkan pengunjungnya mampu membayar untuk perkhidmatan yang disediakan.


FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KEGIATAN CETAK ROMPAK DAN KESAN-KESANNYA.
Cetak rompak bolehlah didefinisikan sebagai kegiatan menyalin semula tanpa kebenaran pengeluar yang sah.Kegiatan ini meliputi jenama barangan terkenal dan karya intelek seperti lagu,filem,dan perisian komputer.Jika dahulu penjualannya secara tersorok,kini secara terbuka, bagaikan melakukannya tidak bersalahan dari segi undang-undang.
Antara faktor berlakunya gejala ini ialah sikap tamak.Hal ini kerana golongan pengusaha mahu mengaut keuntungan dengan cara yang paling senang.Mereka mencetak barangan dengan menggunakan jenama yang sama.Sebagai contoh cakera padat (CD) lagu dan filem.Disebabkan lagu dan filem itu popular kerana faktor mutu,penyanyi,dan publisiti yang meluas orang ramai terangsang untuk memiliki CD tersebut tetapi harga mencecah RM30.00 menyebabkan orang ramai berfikir dua kali untuk membelinya.Lantaran itu,berbekalkan modal tidak sampai RM1.00 yang dikeluarkan oleh pengusaha pengguna dapat membeli CD tersebut dengan harga sekitar RM5.00.Pengusaha yang tamak tidak perlu membayar royalti kepada penyanyi dan penerbit sebab itulah mereka yang tidak berhati perut ini mendapat keuntungan lebih sepuluh kali ganda.
Faktor kedua ialah kurangnya penguatkuasaan undang-undang.Penguatkuasaan undang-undang yang longgar menyebabkan kegiatan ini berterusan.Akta Reka Cipta dan Bentuk masih ada kelemahannya.Mereka tidak takut dengan hukuman denda kerana keuntungan yang diperoleh begitu besar, sedangkan denda yang dikenakan terlalu kecil.Serbuan oleh unit penguatkuasaan Kementerian Perdagangan dan Hal-ehwal Pengguna sering dapat `dihidu’ kerana mereka mempunyai `orang dalam’ yang menyampaikan maklumat lebih awal.Keadaan lebih buruk kerana kekurangan kakitangan dan kawasan yang luas untuk diperiksa.
Faktor ketiga ialah kecanggihan teknologi menyebabkan kegiatan ini semakin mudah ditiru.Kecanggihan teknologi moden membolehkan barangan tiruan dihasilkan hampir sama dengan barangan asli sehinggakan orang ramai tidak dapat membezakan yang mana asli dan yang mana tiruan.Dengan modal yang kecil, sesuatu barangan itu boleh dihasilkan di bengkel-bengkel di belakang rumah tanpa disedari oleh sesiapa.Sesetengahnya dihasilkan oleh syarikat yang beroperasi secara sah,tetapi mengaburi orang ramai dan pihak penguat kuasa ,CD ini diusahakan di tingkat atas ataupun selepas waktu pejabat.
Kesan daripada kegiatan cetak rompak ini ialah kerajaan kerugian beribu-ribu juta ringit kerana tidak dapat memungut cukai.Apa juga perniagaan,kerajaan akan mengenakan cukai perniagaan,tetapi disebabkan keuntungan yang sedikit,kerajaan hanya mendapat cukai yang sedikit sahaja.Pihak pengusaha yang tamak ini akan mendapat untung bersih kerana kegiatan mereka terselindung dan tidak berdaftar.Natijahnya,cukai yang diperoleh tidak dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan negara seperti menyediakan kemudahan prasarana, pendidikan, dan sebagainya.Sementelahan itu ,golongan karyawan seperti penyanyi,penggubah,pencipta,dan penulis lirik tidak memperoleh royalti seperti yang diharapkan.Lagu “meletup” di pasaran,tetapi royalti sedikit.Hal ini sudah pasti akan melemahkan semangat mereka.Kemungkinan ada di antara mereka akan bertukar kerjaya kerana tidak kuat semangat untuk membanteras gejala cetak rompak ini.Seterusnya,bimbang akan mengalami kerugian, pihak syarikat akan mengurangkan kos penerbitan yang menyebabkan kualiti penerbitan akan merosot.
Malahan ,kegiatan ini juga menampilkan imej yang tidak baik terhadap negara luar.Mereka akan beranggapan bahawa kerajaan Malaysia tidak bertindak tegas terhadap kegiatan cetak rompak ini.Walaupun sebenarnya telah banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan namun gejala ini tetap terus membengkak .Justeru,bagi memulihkan semula imej negara dalam bidang penerbitan hak cipta ini diharapkan kerajaan dan juga rakyat saling menggembleng tenaga untuk memberantasnya.
Konklusinya, semua pihak yang terlibat dalam industri ini perlu turun ke padang bagi menyelesaikan masalah ini ke peringkat akarnya.Baik pemimpin mahupun rakyat mestilah menyelesaikan masalah ini dengan serius.Bak kata pepatah ‘Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih’.


SEBAB-SEBAB MENINGKATNYA KEMALANGAN JALAN RAYA

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Puan Rahimah binti Jamaluddin,Puan Pengetua SMK Taman Panglima, Encik Mohd.Harun bin Salleh,Penolong Kanan Pentadbiran,Puan Norhafizah Saad, Penolong Kanan HEM ,Puan Naemah binti Ramli,Penolong Kanan Kokurikulum ,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah sebab-sebab meningkatnya kemalangan jalan raya.

Hadirin yang dimuliakan,
Jika kita membaca akhbar setiap hari,suka atau tidak akan terpandang tentang kemalangan di jalan raya.Penyiaran berita kemalangan semakin meningkat menjelang hari perayaan.Kadang-kadang terfikir dalam minda kita,murah sangatkah nyawa manusia? Apakah rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa akan bertukar menjadi ganas apabila di jalan raya? Kempen demi kempen dijalankan,adakah sekadar melepaskan batuk di tangga atau sememangnyatidak dipedulikan langsung oleh masyarakat? Di manakah silapnya?Menuding ibu jari kepada orang lain,sebenarnya empat jari lagi menuding diri sendiri.
Salah satu punca kemalangan ini ialah jalan yang tidak begitu baik.Walaupun Jabatan Kerja Raya (JKR) berusaha memperbaiki jalan ,tetapi pertambahan mendadak jumlah kenderaan,terutamanya kenderaan berat menyebabkan jalan raya mudah rosak.Jalan yang berlubang asalnya kecil,menjadi buruk jika tidak segera diturap.Apabila hari hujan,pengguna yang tidak menyedari keadaan jalan raya melalui jalan tersebut.Sebuah kenderaan mengalami kecelakaan menyebabkan perlanggaran dengan kenderaan lain.Keadaan jalan yang tiada garis pemisah ,tanpa lampu isyarat,dan tanda amaran tentang selekoh tajam atau cerun menyebabkan pengguna menjadi keliru,sekali gus meningkatkan lagi jumlah kemalangan.

Hadirin sekalian,
Pertambahan jumlah kenderaan yang semakin mendadak juga menyumbang ke arah kemalangan di jalan raya.Penguatkuasaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) boleh dianggap cuma mengikut musim.Menjelang hari perayaan ataupun mendapat aduan daripada orang ramai barulah menjalankan operasi.Sedangkan sikap pengguna yang kurang ajar berlaku setiap detik sama ada di jalan biasa ataupun di lebuh raya.Tanpa penguatkuasaan yang tetap menyebabkan pengguna tidak berasa takut untuk membawa kenderaan melebihi 110 kilometer sejam di lebuh raya.Memang rata-rata pengguna berasa seronok dapat memandu laju,selain cepat sampai ,juga dapat menguji kenderaan yang telah diubah suai.Tetapi jika sedar,tindakannya menyebabkan terpaksa menerima denda RM300.00,mereka akan berfikir dua kali sebelum memandu laju.

Hadirin yang dikasihi,
Suasana pekerjaan dan masalah juga mempengaruhi tindakan seseorang itu.Jumlah perbelanjaan yang meningkat,sedangkan pendapatan masih ditakuk lama ,dan apabila di pejabat pula,majikan memarahinya kerana tidak menjalankan kerja seperti yang diingini menyebabkan seseorang itu menjadi tertekan.Keadaan ini menyebabkan perasaan sudah tidak seimbang lalu jalan yang berliku dirasakan lurus.Jalan raya dirasakan kepunyaan sendiri lalu memecut selaju mungkin.Akibatnya ,pengguna yang tidak bersalah juga terbabit dalam kemalangan.
Faktor terakhir ialah sikap cuai pengguna kenderaan juga membantu meningkatkan kemalangan jalan raya .Pertamanya ,kenderaan kurang diperiksa,sama ada brek,minyak hitam,ataupun tayar untuk memastikan dalam keadaan baik atau tidak.Bagi pengguna seperti ini,asal kereta bergerak sudah,tanpa memikirkan kemungkinan akan berlaku.Sewaktu memandu pula mata kurang berwaspada terhadap tanda-tanda isyarat atau amaran yang terpampang di jalan raya.Kerana sikap ini sesetengahnya akan memecut di selekoh jalan.Dan akhirnya ,sikap cuai ini menyumbang kepada penambahan kadar kemalangan jalan raya.
Sekian sahaja ucapan saya,saya sudahi dengan serangkap pantun.

Ingat keluarga apabila berkereta,
Pandulah kereta dengan cermat,
Berhati-hati di jalan raya,
Kemalangan tiada,hidup selamat.

Sekian ,terima kasih.


Karangan Jenis ucapan/ceramah/syarahan

CIRI-CIRI AMALAN HIDUP YANG SIHAT

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Rahimah binti Jamaluddin,Pengetua SMK Taman Panglima, Encik Mohd Harun bin Salleh,Penolong Kanan Pentadbiran,Puan Nor Hafizah binti Saad ,Penolong Kanan HEM,Encik Roslen bin Hashim,Penolong Kanan Kokurikulum,guru-guru dan hadirin sekalian.Berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah untuk menyampaikan ucapan yang bertajuk ciri-ciri amalan hidup yang sihat.

Saudara dan saudari sekalian,
Sesuatu yang kita tidak ingini ialah diri ditimpa penyakit,apatah lagi penyakit yang boleh membawa maut.Kita mahu diri sentiasa sihat agar dapat bekerja,bermesra bersama dengan keluarga ,dan melakukan aktiviti harian tanpa ada halangan.Tetapi sedar atau buat-buat tidak sedar,kadang-kadang apa yang kita lakukan mendekatkan kita dengan penyakit yang kita benci.
Justeru , bagi memastikan diri sihat,amalan hidup sihat perlu diamalkan.Kegiatan yang tidak bermoral harus dihindarkan seperti ketagihan dadah.Hal ini bagi mengelakkan jangkitan virus melalui perkongsian jarum suntikan yang mengakibatkan AIDS berlaku.Perkara yang menghairankan kita adalah walaupun pelbagai kempen telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama media massa,jumlah mereka yang terlibat sebagai pembawa virus HIV tidak berkurangan malah terus bertambah bagaikan manusia sengaja menempah maut.

Hadirin sekalian,
Ciri yang kedua ialah amalan pemakanan.Pemakanan yang seimbang adalah amat penting bagi memberikan kesihatan yang baik.Memang enak memakan apa yang sedap di lidah,tetapi mestilah kena fikirkan tentang khasiat dan mutu kebersihan makanan tersebut.Sikap berjimat tidak bertempat kadangkala tidak boleh dipakai.Oleh sebab sayang akan wang mengalir keluar,kita sanggup makan di tepi jalan dengan debu berterbangan hinggap di makanan.
Ciri seterusnya ialah amalan menjaga kebersihan alam sekitar perlulah disematkan dalam kehidupan kita.Pencemaran yang disebabkan oleh sikap manusia sendiri yang suka membuang sampah di merata-rata tempat menyebabkan terjadinya sarang lalat , tikus dan tempat air bertakung pula boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.Binatang-binatang ini boleh menyebabkan berlakunya penyakit seperti taun dan demam denggi.

Saudara dan saudari yang dikasihi,
Selain daripada ciri di atas ,senaman juga patut diamalkan oleh setiap individu.Hal ini demikian kerana bagi memastikan otak yang cerdas seperti kata pepatah otak yang cerdas lahir daripada tubuh badan yang sihat.Justeru , senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit dalam sehari seperti berjoging,berjalan atau memadai dengan mendaki tingkat bangunan dengan menggunakan tangga.Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengeluarkan peluh agar kita sentiasa sihat,persis kata pujangga mencegah lebih baik daripada mengubati.Jadi, sebelum diri ditimpa penyakit ,ataupun sebelum penyakit menular ,usaha-usaha untuk mengatasinya perlulah dilakukan.
Pendek kata,kesihatan adalah aspek penting kepada setiap insan,keluarga dan negara.Atas sebab itulah kita perlu mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan diri kita sentiasa dalam keadaan sihat.Tanyalah diri sendiri,apakah amalan hidup kita selama ini dapat memastikan diri dalam keadaan sihat?Jika tidak,kita masih berpeluang membaiki keadaan.Lakukanlah bermula hari ini.
Sekian, terima kasih.


Karangan jenis Rencana
DISIPLIN PELAJAR-TANGGUNGJAWAB SIAPA?
Oleh: Hasanah bt Shahidan
Rata-rata masyarakat hari ini sedang kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.Pelbagai persoalan ditimbulkan.Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah ini ?Bagaimanakah pula peranan ibu bapa dan keluarga atau kesilapan ini berpunca daripada masyarakat hari ini yang umpama 'enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing'?
Segala persoalan akan terjawab dengan mengkaji dan menilai kembali pengertian sebenar konsep pendidikan,tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Di samping itu, institusi keluarga dan masyarakat perlulah peka terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak,semua patut insaf betapa kemerosotan disiplin ini menandakan ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan secara formal atau tidak formal.Pihak ibu bapa janganlah menyalahkan pihak sekolah dan pihak sekolah pula tidak patut menuding jari itu adalah kesilapan ibu bapa.Setiap insan sepatutnya bertanggungjawab dalam membendung gejala ini tanpa kompromi.
Semasa di sekolah guru-guru perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh minat dan keperibadian yang luhur untuk memastikan kejayaan proses pendidikan. Guru-guru janganlah sekadar melepaskan batuk di tangga dalam proses pendidikan ini.Pelajar-pelajar sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang tidak serius,apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun dalam perkara yang dianggap remeh,seperti menghisap rokok dan tidak masuk ke kelas untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks yang tidak formal pula ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka.Bayangkanlah konflik jiwa anak-anak jika ibu bapa setiap hari menghantar anak-anak ke kelas fardu ain tetapi anak mengetahui ibu bapanya tidak pernah sembahyang.Selain itu ibu bapa tidak pernah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak baik dari segi perbuatan,pakaian mahupun dari segi percakapan.Fikirlah wahai ibu bapa sekalian, anak-anak ibarat kain putih jika kita tidak mencorakkan dengan cantik begitulah keadaannya yang berlaku.
Masalah disiplin ini bukan sahaja berpunca daripada sistem pendidikan kita sahaja. Banyak sifat negatif berakar umbi daripada pendidikan dalam keluarga, terutamanya keluarga yang porak peranda dengan seribu satu masalah. Kegagalan seperti ini perlu dibedah siasat supaya barah ini tidak terus merebak dan menjadi bertambah serius.
Masyarakat dan persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam menyumbang ke arah masalah ini.Sikap masyarakat kini yang terlalu mementingkan materialistik dan masing-masing membuat hal sendiri menjadikan penyakit ini bertambah menular.Masyarakat yang berasa itu bukan anak dia,bukan saudara dia, yang menyebabkan kita sukar untuk membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Selain itu, faktor ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak juga menyebabkan masalah ini semakin membengkak.Ibu bapa yang terlalu menatang anaknya bagai minyak yang penuh menyebabkan guru-guru sukar untuk membentuknya.Sekiranya guru memukul anak-anak mereka, ibu bapa terus datang ke sekolah dan menyalahkan guru tanpa diusul periksa. Fenomena ini menyebabkan guru-guru takut untuk menegur atau mendisiplinkan pelajar kerana bimbang ibu bapa akan datang menyerangnya di sekolah.
Jika berlaku keadaan yang sedemikian siapakah lagi yang patut dipersalahkan ? Barah ini yang hanya menunggu masa sahaja perlulah dibedah siasat dengan segera berdasarkan pertimbangan terhadap pelbagai faktor seperti keperibadian guru,kesahihan sistem pendidikan,ibu bapa dan keprihatinan masyarakat.Penilaian yang sahih dan saksama dengan mengenepikan unsur sentimen dan prejudis bakal membuka ruang ke arah penyelesaian yang lebih konkrit.
Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa masalah disiplin pelajar adalah tanggungjawab bersama.Oleh itu, semua pihak harus menghentikan pertikaian siapakah yang bertanggungjawab.Sebaliknya mereka mesti tepuk dada tanya selera, adakah mereka telah menunaikan kewajipan dengan sepenuh hati mengikut kehendak agama, ataupun sekadar memenuhi tuntutan hidup semata-mata ? Fikirkanlah,semoga penyelesaian yang baik dapat dicari agar benang yang kusut dapat diurai.


HAK DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
Dunia konsumerisme dewasa kini sering mengalami pergolakan.Situasi ini berpunca akibat daripada kelemahan peniaga dan pengeluar dalam mematuhi etika perniagaan sehingga meninggalkan kesan yang tidak sihat kepada pengguna.Siapakah yang dimaksudkan sebagai pengguna? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, penguna didefinisikan sebagai orang yang membeli dan menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan. Natijah daripada kejahilan para pengguna dalam menentukan tentang hak-hak dan tanggungjawab pengguna menyebabkan mereka senang diperkotak-katikkan oleh peniaga yang suka ‘menangguk di air keruh’.Hal ini memang sering terjadi kepada para pengguna yang rata-ratanya tidak mengetahui hak-hak dan tanggungjawab mereka..Walaupun mereka ini mempunyai kelulusan yang tinggi dalam akademik dan memegang jawatan tinggi dalam sektor perkhidmatan.
Isu kepenggunaan atau konsumerisme ini sudah menjadi polemik di kalangan masyarakat kita.Namun masih kurang tindakan yang dilakukan bagi menangani situasi ini.Jika isu ini dibiarkan begitu sahaja,impaknya tetap mempengaruhi kehidupan manusia sejagat.Sejajar itu,kita sebagai pengguna mestilah proaktif dalam memainkan peranan supaya kata-kata Adam Smith bahawa ‘Consumer is the king’ atau ‘Pengguna ialah raja’ tidak hanya tinggal pada kata-kata sahaja.
Menurut Pertubuhan Kesatuan Pengguna Sedunia terdapat tujuh hak asasi pengguna, iaitu hak untuk mendapat keselamatan,hak untuk mendapat maklumat,hak untuk mendapat keperluan asas dan pilihan,hak untuk mendapat perwakilan,hak untuk mendapat pampasan,hak untuk mendapat pendidikan, dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang bersih.Jadi,setelah mengetahui hak-hak ini pengguna mestilah bertindak secara rasional apabila membeli barangan atau perkhidmatan semoga mereka tidak menjadi mangsa kecurangan peniaga atau pengeluar ini.Sikap peniaga yang suka menaikkan harga barang secara semberono perlu ditangani segera.Jika ada peniaga yang bertindak menipu dalam jual beli barangan atau perkhidmatan,kita sebagai pengguna wajib mengambil tindakan melaporkan kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti Persatuan Pengguna,Tribunal Pengguna,Majlis Pengguna dan sebagainya.
Sebagai seorang pengguna kita berhak untuk mendapatkan keselamatan daripada produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan supaya ia tidak membahayakan kesihatan.Hal ini kerana, kebanyakan produk tidak menjaminkan keselamatan dan mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kita.Biar kita mengambil contoh, peristiwa ‘pil pelansing Slim 10’yang menimpa seorang pelakon Singapura iaitu Andrea De cruz yang nyaris menemui ajal kerana mengalami kegagalan fungsi hati akut gara-gara mengambil pil langsing.Fenomena ini berlaku akibat pihak pengeluar produk menggunakan bahan kimia yang diharamkan iaitu gabungan Fenfluramine dan Phentermine. Selain itu,pengguna juga mempunyai hak untuk hidup dalam alam sekitar yang bersih.Jika kita renungkan kembali,dasawarsa ini cuaca amat panas terik sehingga merimaskan setiap aktiviti kehidupan harian kita.Semua ini berpunca daripada alam sekitar yang tercemar.Sepatutnya pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih,tidak tercemar,tidak membahayakan kesihatan,tidak mengancam kebebasan serta menjamin kehidupan yang selesa.
Memang sah dan ternyata ,kita semua ialah pengguna .Namun,adakah kita benar-benar tahu akan apa hak kita?Hak untuk mendapat pampasan merupakan satu perkara yang sering kita tidak tahu kewujudannya.Kejahilan ini menyebabkan kita sering teraniaya.Pengguna sebenarnya mempunyai hak untuk mendapat pampasan atau ganti rugi daripada peniaga jika diberi barangan atau perkhidmatan yang rosak,busuk,dan tidak berkualiti.Di bawah Ordinan Jualan Barang-Barang 1957 dan Akta Kontrak 1974 merupakan undang-undang yang memberi hak kepada pengguna untuk mendapat pampasan jika diberi barang atau perkhidmatan yang tidak berkualiti atau tidak memenuhi syarat-syarat yang dijanjikan.Oleh itu,kita sebagai pengguna perlu peka terhadap perkara sebegini supaya tidak terus menjadi ‘seperti mentimun yang digelek oleh durian’.
Selain itu, pengguna juga berhak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan. Pendidikan kepenggunaan boleh menjadikan setiap individu itu mempunyai maklumat serta kebolehan membuat pilihan secara waras.Lebih penting lagi,dengan adanya ilmu konsumerisme ini pengguna akan bertindak melaporkan kejadian penyelewengan oleh peniaga-peniaga kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan yang sewajarnya diambil dengan segera.Sikap dan mentaliti pengguna pada hari ini perlu ada anjakan paradigma supaya mereka akan bertindak lebih efektif dan efisyen.Tindakan tidak berhati perut oleh para peniaga yang diumpamakan seperti lintah darat ini wajar dibanteras.Hal ini kerana, tanpa kita sedari golongan yang tidak beretika inilah yang selalu memperalatkan para pengguna lantaran ketidakpekaan mereka terhadap hak-hak sebagai pengguna.
Kecenderungan masyarakat moden yang tidak suka menjaga tepi kain orang juga menyebabkan mereka sering ditindas oleh golongan lintah darat ini.Dalam era globalisasi ini sepatutnya pengguna tidak harus terpinggir dan terkebelakang.Masyarakat hari ini naïf dengan kebendaan dan material yang melalaikan sehingga kadang kala mereka lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.Apakah sebenarnya tanggungjawab pengguna? Menurut Risalah yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Kuala Lumpur,ada menggariskan pengguna mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga terhadap masyarakat.Justeru,untuk membebaskan pengguna daripada belenggu kejahilan dan kegelapan ini maka mereka perlu tahu apakah tanggungjawab terhadap diri sendiri? Sebagai warga Malaysia yang prihatin kita mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat untuk diri sendiri.Kita perlu mengetahui dan memahami segala maklumat berkaitan dengan barang-barang yang dibeli.Lebih penting lagi, kita sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri sendiri apabila menggunakan barang-barang yang bahaya seperti barang-barang elektrik,bahan-bahan kimia dan ubat-ubatan.Segala arahan tentang cara penggunaan barang-barang tersebut mestilah dipatuhi agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Seterusnya , pengguna juga mempunyai tanggungjawab untuk membuat aduan jika ditipu dan menuntut pampasan jika ada kecacatan pada barang tersebut.Pendedahan yang dibuat oleh media massa seperti surat khabar Mingguan Malaysia patut dipuji,dengan adanya ruangan ‘Dari Tribunal Tuntutan Pengguna’ pada setiap hari Ahad sedikit sebanyak perkara yang dipaparkan di ruangan itu memberi panduan dan pengetahuan kepada para pengguna tentang cara-cara menuntut ganti rugi.Biar kita mengambil contoh,kisah seorang pengguna yang tertipu apabila mengharapkan gambar yang mencatatkan detik bergelar graduannya hanya tinggal memori di fikirannya sahaja kerana pihak studio yang ditugaskan merakamkan detik-detik penuh bersejarah itu tidak menggunakan keprofesionalisme yang menyebabkan gambar tersebut tidak berkualiti.Walaupun sesetengah pihak menganggap perkara yang dituntut oleh pengguna itu remeh-temeh tetapi pihak yang menuntut berjaya mendapat ganti rugi yang sepatutnya, kerana Tribunal berpendapat detik bergelar graduan tidak akan berulang lagi dan adalah tidak munasabah bagi pihak yang menuntut menyewa jubah graduan dan membeli semula bunga hidup semata-mata untuk mengambil gambar buat kali kedua.Kes ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 30 November 2003.
Selain tanggungjawab terhadap diri sendiri,pengguna juga bertanggungjawab terhadap masyarakat iaitu tanggungjawab perwakilan yang bermaksud pengguna perlu memainkan peranan yang positif dalam badan-badan yang mewakili kepentingan mereka seperti FOMCA, Persatuan Pengguna dan Majlis Pengguna.Pengguna perlu bersikap proaktif jika mahu mereka tidak terus ditindas.Bertitik tolak dari situ juga pengguna perlu bertanggungjawab dalam bidang pendidikan kepenggunaan supaya dapat mewujudkan masyarakat pengguna yang bijak dan waras.Kita tidak mahu lagi pengeluar atau peniaga mengambil kesempatan sehingga menyebabkan kadar inflasi meningkat.Dalam konteks ini,pengguna mestilah bertindak wajar dan tidak hanya bertopang dagu merintih bahawa diri mereka sudah tertipu.
Kesimpulannya, pendidikan kepenggunaan amat penting dalam membentuk masyarakat yang dinamik dan harmoni.Justeru,kita perlulah mengambil inisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang konsumerisme ini agar tidak terus ditipu oleh peniaga yang ‘ seperti harapkan pagar, pagar makan padi’ dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengeluar dan penjual yang mematuhi etika amalan perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa ini.Oleh itu,komitmen yang tinggi
daripada semua pihak harus digembleng semoga usaha memodenkan budaya konsumerisme dapat mewujudkan kesejahteraan sosial masyarakat. Di samping itu, pihak – pihak yang berkenaan seperti Persatuan Pengguna dan FOMCA mestilah sentiasa memantau hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan pengguna agar pengguna tidak terus ditindas dan ditipu oleh lintah darat yang hanya tahu menghisap darah orang lain tanpa memikirkan natijahnya.Diharapkan kerjasama yang padu antara pengguna dan pihak-pihak yang memperjuangkan kepentingannya ini dapat membanteras masalah kecurangan dalam kalangan peniaga dan pengeluar ,semoga keharmonian dan kesejahteraan hak-hak pengguna tidak terus dinodai.

(1070 patah perkataan)

Bibliografi
1.Fokus Ungu Masteri SPM Perdagangan,Loo Chee Kuang dan Normala binti
Ramli,Pelangi Sdn.Bhd.2003.
2.Maklumat dari Seminar Tribunal Tuntutan Penguna Sempena Sambutan Hari Pengguna
Sedunia 2000 Peringkat Negeri Perak di Dewan Perbandaran Taiping.
3.Mingguan Malaysia, Pil Langsing yang membunuh,Najibah binti Hassan,28 Mac 2004.
4.Risalah Hak dan Tanggungjawab Pengguna, terbitan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal ehwal Pengguna,Kuala Lumpur.

KOLEKSI AYAT-AYAT MENARIK

Koleksi ayat dan frasa yang menarik

1. …masyarakat kita sekarang ini makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan…
2. .kekuatan ekonomi yang cukup ampuh mampu membuatkan Malaysia setanding negara lain di dunia..
3. …kita sepatutnya tidak harus akur kepada ledakan arus materialistik…
4. ….apa jua yang kita rancang perlu menagih komitmen dan pengertian yang serius daripada semua pihak..
5. …masyarakat pada masa kini masih lagi dibelenggu dengan pemikiran yang sempit..
6. ..remaja harus sedar pelbagai cabaran yang bakal menghambat…
7. …..remaja perlu mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang..
8. …cabaran globalisasi ini mesti ditangani dengan serius dan proaktif..
9. ..kita perlu berani menentang ancaman materialistik yang cuba mengikis jati diri umat ..
10. ..kita tidak ingin terus terpinggir dan terkebelakang….
11. .kita perlu berani untuk berhadapan dengan serangan kebudayaan asing yang semakin menular ..
12. ..cabaran globalisasi yang semakin menghimpit mengajar kita tentang kehidupan yang semakin mencabar ..
13. …kita tidak seharusnya mengejar fatamorgana di tanah datar..
14. …kita juga tidak harus hidup seperti Si Luncai yang terjun dengan labunya…biarkan-biarkan..kerana sewajarnya kita bertindak dengan rasional..
15. ..kedahagaan masyarakat terhadap budaya murni kian hambar kerana rata-rata mereka kini ‘seperti enau dalam belukar dan melepaskan pucuk masing-masing…
16. ..remaja masa kini alpa kerana mereka sedari kecil lagi sudah menghirup udara segar hasil kemerdekaan …
17. ..pelajar-pelajar masih dibuai mimpi-mimpi indah sehingga mereka lupa masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan…
18. …kegawatan dunia semakin terasa kerana terpaksa menghadapi pelbagai pancaroba …
19. ..Malaysia kini terus unggul dan kian memuncak kemakmurannya…
20. …kehebatan dan karismatik para pemimpin negara kita menyebabkan mata dunia kini memandang negara kita yang kecil ini….
21. Negara lain kini tiada lagi yang berani menyangkal dan merendahkan keupayaan kita kerana suara kita bernas , padat dan bermakna.
22. ..kejayaan dan kerancakan ekonomi negara kita menyebabkan kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain.
23. ..kepincangan sosial kita kian meruncing dan membengkak ibarat retak menanti belah..
24. ..rakyat kini semakin muflis dan tercabut daripada budaya tradisinya akibat pengaruh barat yang didewa-dewakan oleh remaja masa kini sehingga mereka mudah diperkotak-katikkan
25. ..hakikatnya kita masih belum berjuang dan perjuangan kita masih panjang bak kata bekas Perdana Menteri kita Tun Dr.Mahathir “Perjuangan Kita Masih Belum Selesai”.Justeru kita harus berjuang bermati-matian untuk mencapai apa yang kita hajati.
26. ..apabila rosaknya budi pekerti rakyatnya maka binasalah seluruh negara itu..
27. …oleh sebab remaja kita sering alpa, kecairan jiwa kemanusiaan dan patriotisme di kalangan generasi muda kian terhakis..
28. Justeru satu wahana yang konkrit dan pragmatik wajib dilaksanakan agar Malaysia terus maju di persada antarabangsa.
29. …rata-rata masyarakat hari ini naïf dengan kebendaan dan mateial yang melalaikan…
30. …nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat kita…
31. …tanpa tekad dan azam yang kuat kita tidak akan ke mana-mana..
32. ..kita perlu membenamkan budaya hedonistik yang tidak berfaedah..
33. …remaja kita hari ini sering terkinja-kinja seperti cacing kepanasan apabila mendengar muzik yang melalaikan,pengaruh barat ini banyak merosakkan akhlak mereka…
34. ..kita perlu membebaskan mereka daripada belnggu kejahilan dan kegelapan…
35. ..setiap warga Malaysia perlu prihatin terhadap negara sendiri..
36. …citra budaya dan jati diri bangsa kita perlu diterapkan dalam hati anak-anak muda masa kini agar tak lapuk dek hujan ,tak lekang dek panas.
37. ..dewasa ini kita diterjah dengan pelbagai masalah yang memeningkan kepala..
38. …tidak pernah sunyi daripada kegawatan…
39. kita perlu membebaskan diri daripada belenggu pemikiran negatif..
40. ..era baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran,tranformasi,dan canggih dari segi..
41. ..kita patut menjulang nama negara kita atau bangsa kita sehingga ke puncak jagat tanpa melupakan akar bangsa kita yang tercucuk di bumi ini.
42. ..kecenderungan masyarakat moden yang menagih sesuatu yang unik …
43. remaja masa kini lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran tidak tentu hala..
44. ..sikap warga kota yang taksub mencari nafkah yang tidak pasti halal haramnya sedikit sebanyak melonggarkan semangat kejiranan yang kini kian pudar.
45. …peristiwa paling bermakna dalam liputan sejarah negara..
46. ..masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi juga menjadi penyumbang kepada kegagalan fungsi keluarga dalam menangani masalah sosial di kalangan remaja.
47. ..guru selaku arkitek pembangunan manusia mahu membentuk generasi muda supaya menjadi manusia yang berguna kepada bangsa,agama,dan negara.
48. ..guru bukan sahaja melimpahkan ilmu pengetahuan malah lebih daripada itu ibarat lilin yang membakar diri untuk menyinari orang lain,namun jasa guru sering dilupa.Apabila berlakunya masalah disiplin pelajar guru sering dipersalahkan.
49. …pembudayaan ilmu perlu dibajai dan dijiwai oleh generasi muda masa kini..
50. ..remaja masa kini sepatutnya mula membayangkan ranjau-ranjau kehidupan yang bakal mewarnai hidup mereka agar mereka sedar bahawa hidup ini tidak semestinya menjamin kejayaan tanpa usaha yang gigih..
51. ..sepatutnya setiap individu perlu ada martabat atau nilai diri tersendiri..
52. …media massa kini sebagai pencanai berita yang kadang kala perkara kecil diperbesar-besarkan dan dimomok-momokkan…

TEKNIK HAFAL DAN SALIN ISI KARANGAN

TEKNIK HAFAL DAN SALIN (Masalah/Gejala Sosial – Gengterisme/vandalisme/ masalah lepak/lumba haram/ merokok / dan sebagainya)

1. Faktor Ibu Bapa

a) Teladan
o Ibu bapa perlu meluangkan banyak masa di rumah
o Ibu bapa perlu sentiasa berada bersama dengan anak-anak
o Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik (Suri teladan)
o Kepimpinan Melalui Teladan
o Kadangkala ibu bapa mempamerkan tingkah laku buruk di depan anak-anak
o Menghisap rokok di depan anak-anak
o Berjudi di dalam rumah
o Mengambil minuman keras
o Bergaduh di depan anak-anak (bagai anjing dengan kucing)
o Menggunakan kata-kata kesat dan kasar di depan anak-anak
o Anak-anak akan belajar perlakuan negatif ini dan mencontohi (bapa borek
anak rintik)
o Anak-anak mengalami krisis nilai
o Perlakuan anak-anak menjadi buruk
o Anak-anak mengalami keruntuhan akhlak
o Bagaimana acuan begitulah kuihnya
o Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
o Bapa borek anak rintik

b) Wang
o Ibu bapa mengejar materialistik
o Ibu bapa sibuk mengejar wang
o Ingin hidup kaya dan mewah
o Bekerja keras untuk mencapai cita-cita
o Mula melakukan pelbagai kerja
o Pergi dengan bulan masih di langit dan balik apabila bulan sudah berada di
langit
o Terlalu sibuk di luar rumah
o Jarang berada di rumah
o Masa bersama dengan anak-anak terbatas
o Anak-anak terbiar dan terabai
o Tidak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar
o Hubungan dengan ibu bapa semakin renggang
o Mula terpengaruh dengan rakan sebaya
o Ibu bapa berjaya dalam cita-cita mengumpul kekayaan tetapi anak-anak hancur
di depan mata

c) Pendidikan
o Ibu bapa kurang menekankan pendidikan tidak formal di rumah
o Tidak menekankan sembahyang sebagai tiang agama
o Tidak memberikan didikan agama
o Jiwa anak-anak kosong
o Berlaku kecelaruan nilai baik dan buruk
o Tidak dapat mengenali dosa dan pahala
o Iman rapuh
o Minda dan jiwa mudah dipengaruhi
o Terjerumus dalam gejala sosial
o Melentur buluh biarlah dari rebungnya
o Anak-anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya.


2. Faktor Rakan Sebaya
o Menganggap rakan sebaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
o Biasanya remaja yang rumah tangga ibu bapanya bergolak/berpisah
o Cenderung untuk berjumpa rakan sebaya yang disangka dapat memberi
ketenangan dan kegembiraan
o Tersalah memilih kawan yang ` kacang hantu’
o Kawan-kawan lebih besar mempengaruh mereka daripada ibu bapa
o Untuk masuk atau diterima dalam `geng’ perlu melakukan perkara seperti yang
dilakukan oleh ahli kumpulan tersebut contohnya merokok
o Lazimnya terlibat dalam gejala negatif seperti melepak,lumba haram, membuli
dan sebagainya.

3. Faktor Media Massa
o Televisyen menyiarkan filem atau aksi-aksi yang ganas
o Remaja yang menonton akan dipengaruhi oleh aksi –aksi yang dilakukan oleh
hero kegemaran mereka.
o Sikap ingin mencuba
o Meniru aksi-aksi tersebut contoh filem Remp-It telah menghangatkan aksi mat
rempit
o Perkara-perkara yang negatif cepat mempengaruhi remaja
o Melihat aksi-aksi pornografi di internet atau di majalah-majalah tertentu

4. Faktor persekitaran/masyarakat
o Ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
o Menganggap bukan anak mereka ataupun saudara mara mereka – jadi, tidak
perlu ambil peduli
o Bersikap individualistik
o Tidak mahu menjaga tepi kain orang
o Tidak peka dan mengambil berat tentang permasalahan remaja
o Contoh vandalisme dan buli

5. Faktor Remaja Itu Sendiri
o Tidak mempunyai jati diri
o Tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam
o Tidak takut akan dosa dan pembalasan Tuhan
o Suka akan hedonistik
o Mudah terpengaruh
o Suka mencuba atau ingin menunjuk-nunjuk
o Pantang dicabar

KARANGAN PMR

Soalan 1
Lihat jadual di bawah. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan pucuk pemimpin negara kita.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Rangka Karangan Lengkap

Perdana Menteri Malaysia Pada Tahun
1957 hingga Kini
Nama Perdana Menteri Gelaran

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tun Abdul Razak
Tun Hussein Onn
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


Bapa Kemerdekaan
Bapa Pembangunan
Bapa Perpaduan
Bapa Pemodenan
Bapa Kecemerlangan

Format
Karangan berdasarkan bahan rangsangan (jadual).
Pendahuluan
Nyatakan nama Perdana Menteri pertama hingga kini dan gelaran masing-masing.

Isi 1
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Huraian:
- Bapa Kemerdekaan – mengadakan rundingan kemerdekaan dengan pihak British di London
- mencapai kemerdekaan tanpa pertempuran darah pada tahun 1957
- mengadakan pilihan raya pertama pada tahun 1959 – Parti Perikatan
Isi 2
Tun Abdul Razak
Huraian:
- Bapa Pembangunan Negara
- membuka tanah- tanah Lembaga Persekutuan Tanah Melayu (LKTP) untuk membangunkan masyarakat Melayu
- Dasar Ekonomi Baru untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum
Isi 3
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Huraian:
- Bapa Pemodenan Negara
- pelbagai dasar kerajaan dilaksanakan – Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan, Dasar Perindustrian, dan sebagainya
- memindahkan ibu negara Malaysia di Kuala Lumpur ke Putrajaya
- memperkenalkan Koridor Raya Multimedia


Isi 4
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Huraian:
- menggalakkan penciptaan rekod baru di persada dunia
- meneruskan kecemerlangan negara yang telah diasaskan oleh Tun Mahathir
- menyelesaikan masalah dalaman negara – mangsa ombak tsunami, pekerja asing, dan wabak SARS
- merapatkan hubungan diplomatik dengan negara luar – Australia dan Indonesia supaya terus maju setanding dengan negara maju lain di dunia

Penutup
- Kita beruntung mendapat Perdana Menteri yang berkaliber – semua rakyat Malaysia perlu menjaga keamanan negara supaya terus maju setanding dengan negara maju lain di dunia.






Soalan 2

Ibu bapa yang telah lanjut usia lebih baik tinggal di rumah orang-orang tua. Berikan pendapat anda tentang hal tersebut.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan
Meletakkan ibu bapa yang telah lanjut usia di rumah orang-orang tua sudah menjadi kebiasaan terutama masyarakat Cina.

Isi 1
Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan di rumah orang-orang tua.
Huraian:
- kemudahan yang disediakan lebih baik daripada kemudahan di rumah sendiri.
- ada pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus kehidupan.
- diberi perhatian oleh pihak sukarelawan dan badan bukan kerajaan terutama pada hari-hari perayaan.
Isi 2
Mendapat rawatan kesihatan secara percuma.
Huraian:
- orang-orang tua merupakan warga emas yang sentiasa diberi perhatian
- ada program rawatan kesihatan dari klinik dan hospital yang berdekatan
- jururawat dan doktor berkunjung ke situ secara bergilir-gilir

Isi 3
Aktiviti sihat untuk memenuhi masa lapang.
Huraian:
- aktiviti bercucuk tanam digalakkan kepada penghuni yang masih sihat dan bertenaga
- aktiviti ynag dilakukan merupakan riadah ringan untuk menggerakkan anggota badan
- hasil tanaman digunakan sebagai lauk untuk hidangan makan tengah hari.

Isi 4
Rakan sebaya yang menghiburkan.
Huraian:
- banyak kawan untuk berbual dan dapat bertukar-tukar fikiran
- menghilangkan rasa murung kerana tidak dihiraukan oleh ahli keluarga
- dapat menghilangkan kesunyian dengan gelak ketawa kawan-kawan.

Penutup
Meletakkan ibu bapa yang sudah tua di rumah orang-orang tua suatu langkah yang baik – dapat menjamin keselamatan diri mereka daripada rompakan dan pembunuhan.



Soalan 3
Pelbagai program dijalankan oleh kerajaan sebagai usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Antaranya memanggil jurulatih dari luar negara untuk melatih ahli sukan kita. Bersetujukah anda dengan langkah tersebut?
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan

Pengenalan
Pencapaian ahli sukan negara di peringkat antarabangsa amat menyedihkan – pihak pengurusan dan pentadbiran atlet negara dikatakan lemah – terlalu memberi layanan istimewa kepada ahli sukan.

Isi 1
Jurulatih luar terdedah dengan corak pertandingan di peringkat antarabangsa.
Huraian:
- jurulatih yang dipilih merupakan jurulatih yang handal dan berkaliber di negara masing-masing
- mereka bijak mengatur strategi permainan dalam pertandingan
- mereka dapat bertindak dalam apa-apa keadaan – contoh jurulatih badminton dari Indonesia, iaitu Rexy Minarki.
Isi 2
Mempunyai kemahiran latihan yang tinggi.
Huraian:
- menerima latihan yang mantap sebelum menjadi jurulatih
- pernah menjuarai sesuatu bidang sukan di peringkat antarabangsa
- melatih berdasarkan pengalaman yang dilalui
Isi 3
Bersikap lebih tegas dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.
Huraian:
- mereka datang ke Malaysia untuk menjalankan tugas yang berat
- mereka bertindak tegas dalam latihan terhadap atlet
- latar belakang yang berbeza menyebabkan jurulatih luar lebih ditakuti dan dihormati
Isi 4
Mempunyai pengalaman dan idea yang banyak.
Huraian:
- terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam sesuatu bidang
- kemajuan sukan di negara masing-masing diaplikasikan kepada ahli sukan di Malaysia
- mereka berasal dari negara yang telah maju dalam bidang sukan – contohnya Jerman, China, dan Korea


Penutup
Peranan jurulatih luar dalam meningkatkan mutu sukan negara memang tidak dinafikan – peranan mereka amat
Besar



Soalan 4

Sebagai wakil murid, anda dikehendaki berucap dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah. Sediakan ucapan anda itu.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Format
Ucapan

Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada para hadirin – berterima kasih kerana diberi peluang untuk berucap.

Isi 1
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- tema Hari Guru “Guru berkualiti Pemangkin Kecemerlangan” amat bertepatan sekali
- guru sentiasa berusaha untuk memajukan diri mengikut arus kemajuan
- mengikuti pelbagai kursus dan melanjutkan pelajaran

Isi 2
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- mendidik murid menjadi orang yang berilmu
- sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit untuk kejayaan murid-murid
- umpama dian yang membakar diri

Isi 3
Memohon maaf daripada guru-guru
Huraian:
- atas kesilapan dan kelanjuran kata-kata
- tidak mendengar nasihat
- ingkar perintah dan peraturan

Isi 4
Mendoakan kesejahteraan dan kejayaan guru-guru
Huraian:
- terus tabah menjalankan tugas murni ini
- sihat tubuh badan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
- berkhidmat tanpa jemu dan bosan

Penutup
Semoga guru-guru diberkati Allah – ucapan terima kasih.


Soalan 5
Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah anjuran Persatuan Pengguna. Tajuk syarahan anda ialah “Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan Negara”.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.


Format
Syarahan

Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, iaitu pengerusi majlis, para hakim, guru-guru, dan rakan-rakan.

Isi 1
Pengguna perlu mengamalkan sikap berjimat cermat
Huraian:
- berhati-hati ketika berbelanja
- membuat persediaan sebelum membeli sesuatu barangan
- membeli barang yang perlu sahaja

Isi 2
Pengguna mesti mengetahui hak-hak sebagai pengguna
Huraian:
- untuk mengetahui kualiti barang
- untuk mengetahui tarikh luput sesuatu barang
- mendapatkan harga yang berpatutan

Isi 3
Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan
Huraian:
- membaca label di luar bungkusan
- memilih barang yang baru
- menukar barang yang dibeli dengan barang yang baru jika terdapat kecacatan

Isi 4
Membuat aduan kepada pihak yang berkuasa
Huraian:
- kandungan bahan yang tidak bermutu
- harga yang tidak berpatutan
- barangan sudah luput tarikh
Penutup
Pengguna memainkan peranan dalam menentukan kesejahteraan negara – ucapan terima kasih.


Soalan 6
Aktiviti kokurikulum di sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah murid. Bincangkan.

Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Rangka Karangan

Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan
Semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, dan jasmani

Isi-isi
- menonjolkan kebolehan dan bakat seseorang murid melalui aktiviti yang dijalankan
- melatih murid berdisiplin – mematuhi peraturan dan perlembagaan pasukan, persatuan, atau kelab
- mentaati perintah ketua dan sanggup menerima arahan
- mewujudkan semangat kerjasama - melaksanakan aktiviti yang dirancang secara berkumpulan
- menanam sikap saling menghormati antara satu sama lain
- menonjolkan bakat kepimpinan dan membentuk keyakinan dan keberanian – mengendalikan persatuan
Penutup
Aktiviti kokurikulum suatu aktiviti yang sihat dan banyak mendatangkan kebaikan.





Soalan 7

Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara kita meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat. Bincangkan.


Pendahuluan
Pusat beli-belah merupakan penempatan kedai secara berkelompok – menjual pelbagai keperluan harian para pengguna

Isi-isi
- menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga kecil – mengalami kerugian akibat persaingan
- para pembeli lebih gemar berbelanja di pasar raya yang menyediakan pelbagai pilihan barangan
- pengguna terpaksa berbelanja lebih – barangan yang dijual lebih mahal daripada di kedai biasa
- menggalakkan para pengguna berbelanja boros – membeli barangan yang tidak penting kerana ada tawaran murah
- menjadi tempat remaja melepak dan ponteng sekolah – gejala sosial berleluasa
- sering berlaku kes ragut dan seluk saku – membimbangkan para pengguna kerana kurang kawalan keselamatan

Penutup
Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara ini perlu dikawal


Soalan 8

Anda merupakan pencadang pertama dalam pertandingan perbahasan peringkat negeri. Tajuk perbahasan tersebut ialah “Kehadiran Pekerja Asing Menimbulkan Masalah Sosial dalam Masyarakat Kita”.


Format
Perbahasan

Pendahuluan
Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin – menyatakan tajuk dan menjelaskan pendirian.

Isi-isi
- banyak kes pecah rumah dan rompakan dilakukan oleh warga Indonesia
- warga asing tidak menghormati budaya penduduk tempatan dan berkelakuan tidak senonoh
- kes kahwin lari antara gadis tempatan dengan warganegara Indonesia atau Bangladesh – berlaku perpecahan keluarga
- kewujudan rumah setinggan atau perkampungan warga asing
- jenayah rogol dan ragut oleh warga asing yang kian meningkat
- masalah penyakit berbahaya seperti batuk kering dan HIV positif

Penutup
Menegaskan tajuk perbahasan sekali lagi – ucapan terima kasih

Soalan 9

Andaikan bahawa anda seorang pegawai kesihatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah. Anda telah diminta untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang ”Otak yang Cerdas Berpunca daripada Badan yang Sihat”.
Sediakan ceramah itu selengkapnya.

Format
Ceramah

Pendahuluan
Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin – ucapan terima kasih atas jemputan – menyatakan tajuk ceramah.

Isi-isi
- mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- pengambilan sumber protein untuk tumbesaran tubuh badan dan kecerdasan
- melakukan aktiviti riadah tiga kali seminggu untuk menghilangkan tekanan dan kemurungan
- melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial agar hidup ceria dan berfikiran positif
- badan yang sihat membawa hidup cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan

Penutup
Semoga murid berjaya dalam pelajaran dan ucapan terima kasih.

KOMSAS- Kembara Amira

PERSOALAN

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
-Digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.

Perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak.
-Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya.


Kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar.
-Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.


Integrasi kaum.
-Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

Persoalan ilmu perubatan tradisional.
-Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.

Konflik keluarga.
-Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama dengan Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

Kecintaan terhadap alam sekitar.
-Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau
Kawasan tersebut akan musnah.

TEKNIK PENCERITAAN

Pemerian
-Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling hujung ialah khemah dapur.

Dialog
-“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.

Imbas kembali
-Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.

Kejutan
-Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.

Suspens
-Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.

GAYA BAHASA

Simile
• Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.

Peribahasa

• Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.

Kata Ganda

• Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru Samantha.

Inversi

• Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.

Sinkope

• “Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta

Hiperbola
• “Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”.

Personifikasi
• haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.

NILAI

Bekerjasama
-Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

Tolong-menolong
-Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama dengan Pak Lias.

Keikhlasan
-Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya.

Amanah
-Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai ialah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya

Ketaatan
-Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.

Kesopanan
-Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

Kasih sayang
-Kasih sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak menyedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Semangat bermasyarakat
-Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina

Cinta akan alam sekitar
-Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

Keberanian
-Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

PENGAJARAN


Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
Contohnya, kasih sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Kita seharusnya tolong menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan.
Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama dengan Pak Lias.

Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum.
Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

Wednesday, February 2, 2011

Cerpen-Pahlawan Buntung (Sumber:BPK-KPM)

Sinopsis

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Tema

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Persoalan

1.Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa
kesusahan hidup.
2.Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3.Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4.Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5.Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6.Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas

Watak dan Perwatakan

Pak Hussain
•Berusia 60 tahun
•Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
•Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
•Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.
•Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
•Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampung.

Watak Sampingan
1. Khalid
•Anak Pak Hasan
•Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampung