SAJAK
'www.sibermerdeka.com.my' (Abdul Ghafar Ibrahim)
Rangkap
|
Maksud
|
Rangkap 1
Dalam kebun diriku aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam. |
Penyajak memulakan muhasabah
(cermin diri) dengan suatu tekad membuat perancangan untuk membebaskan diri
daripada kesukaran dengan menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang..
|
Rangkap 2
Dalam parlimen diriku aku bahas isu onak dan enak untukku merdekakan warga fikirku mengelak hidup dikotak-katikkan. |
Dalam benak penyajak berlaku
pertentangan antara cabaran dengan keselesaan.Beliau tidak mahu dikongkong. Penyajak
mahukan kebebasan berfikir supaya tidak mudah diganggu oleh pengaruh luaran dirinya
seperti dipermain-mainkan.
|
Rangkap 3
Dalam laut diriku ombak gelora menampar pantai aman untuk menguji amal dan iman. |
Dalam jiwa penyajak, pelbagai
dugaan datang untuk menggugat kekuatan, ketahanan dan keutuhan diri .
Kesemuanya untuk menguji amalan dan keimanannya.
|
Rangkap 4
Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil namun sempat sedar dan beringat lagi. |
Dalam keegoan dan kemegahan diri, penyajak berasa tertipu juga
dengan tipu muslihat yang licik dan perangkap pihak yang disangka bijaksana.
Akan tetapi, penyajak bernasib baik kerana cepat sedar dan masih peka
terhadap tipu muslihat itu.
|
Rangkap 5
Dalam pentas diriku aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.
|
Di dalam hati, penyajak
bersungguh-sungguh mahu menentang sesuatu masalah, ketidakpastian,meneroka
kebenaran, menelaah / menghayati setiap perkara yang tidak diketahui
kesudahannya.
|
Rangkap 6
Dalam dewan diriku aku tak cemas lagi oleh kata yang mengekang aku tak lemas lagi oleh kata yang menyerang. |
Di dalam dada, penyajak sudah
berasa tidak gentar dengan segala bisikan yang menghalang dan tidak mudah
mengalah oleh cakap-cakap berbentuk provokasi atau sebarang percubaan untuk
menjatuhkannya dengan cara memburuk-burukkannya.
|
Rangkap 7
Apabila sibermerdeka
sampai
ke rumah cabaranku aku panggil diriku bermesyuarah menyokong, berkecuali atau menentang aku ambil keputusan waktu itu aku tak kenal batas diri untuk tidak mengulangi kekalahan. |
Maka, ketika peranti internet
berada di hadapan mata, penyajak membuat keputusan yang teguh supaya tidak
sekali-kali berasa lemah untuk mudah dipengaruhi oleh maklumat yang
dipaparkan.Penyajak juga tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah
dilakukan sebelum ini.
|
Rangkap 8
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia aku turun darinya menghadapi hidup nyata peristiwa datang peristiwa pergi bagai siang memanggil malam dan sibermerdeka terus berkaca terus mengalirkan arus ingatan elakkan dirimu menjadi sia-sia hamparkan dirimu di persada Tuhan. |
Sekarang, penyajak menyedari
bahawa dirinya telah banyak menghabiskan waktu melayan media baharu itu.
Penyajak pun kembali dengan kegiatan seharian seperti biasa. Pelbagai
kejadian terus memenuhi ruang internet untuk menggamit perhatian penyajak.
Namun, penyajak mengukuhkan keazaman untuk tidak membuang waktu tanpa faedah,
sebaliknya mahu mendekatkan diri dengan beribadat di sisi Ilahi.
|
Tema
·
Ketabahan
seorang insan dalam menghadapi dugaan
hidup
Persoalan
1) Persoalan setiap insan terpaksa
berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup.
2) Persoalan perlunya perancangan
dan persediaan untuk menghadapi cabaran hidup.
3) Persoalan kehidupan yang penuh
dengan tipu muslihat.
4) Persoalan kekuatan diri dalam
melawan musuh.
5) Persoalan keimanan yang teguh
dalam menghadapi dugaan hidup.
6) Persoalan keinsafan untuk
membaiki sisa-sisa hidup.
7) Persoalan keinginan untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT.
Bentuk Sajak
·
Bilangan
rangkap –
·
Bilangan
baris setiap rangkap –
·
Bilangan
perkataan -
·
Rima bagi setiap rangkap –
Nada: Melankolik
Gaya bahasa
|
|
·
Unsur alam –
|
·
Sinkope-
|
·
Bahasa asing-
|
·
Simile-
|
·
Responsi-
|
·
Metafora-
|
·
Anafora-
|
·
Personifikasi-
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Berdikari – Contoh: Penyajak
berupaya bertindak sendiri untuk menghadapi dugaan hidup.
|
Kita mestilah
|
Keberanian- Contoh:
|
|
Rasional- Contoh:
|
|
Ketabahan-Contoh:
|
|
Ketaatan-Contoh
|
|
Kebijaksanaan- Contoh:
|
|
Berhati-hati –Contoh:
|
|
Keinsafan:- Contoh: Penyajak
insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukannya.
|
|