Pelari
Muda
Sinopsis Umum
Kamarul seorang murid yang
terkenal di seluruh negara kerana kecemerlangannya dalam olahraga. Dia
merupakan seorang daripada pelari pecut negara. Kamarul mula besar kepala dan
angkuh atas kejayaannya.Dia mula memperlekehkan rakan-rakan dan jurulatihnya
.Dia bersikap seolah-olah mereka tidak memainkan peranan atas kejayaannya.Dia
juga kerap tidak hadir latihan dan sering lewat tiba di Pusat Sukan Kampung
Pandan. Kamarul melanggar disiplin sebagai pelatih yang akan menyertai Sukan
SEA. Namun apabila pelari lain iaitu Sures berjaya mengalahkannya dalam latihan
larian,dia berasa insaf dan mula mempersiapkan dirinya untuk menyertai Sukan
SEA di Bangkok.Setelah itu,berlaku suatu kemalangan yang menyebabkan lutut dan
mukanya cedera. Peristiwa ini semakin menyedarkan Kamarul bahawa rakan-rakannya
seperti Saridah dan jurulatihnya sangat mengambil berat akan dirinya. Kamarul
menggunakan masa yang ada untuk meningkatkan kecergasan dirinya.Sewaktu di
Bangkok,dia telah berjumpa dengan pelari pujaannya iaitu De Wega, dari Filipina. De Wega memberi
kata-kata semangat dan menasihati Kamarul supaya jangan mudah melupakan
diri.Kata-kata semangat dan perangsang daripada De Wega dan Encik Kadir selaku
jurulatihnya memberi resapan semangat baharu kepada Kamarul. Akhirnya,dia telah
berjaya mengharumkan nama negara apabila memperoleh dua pingat emas dalam acara
100 meter dan 400 meter.