Followers

Saturday, December 8, 2012

Contoh peristiwa-erti sebuah pengorbanan


Contoh peristiwa
1.      Kegigihan Iman membuat kerja sekolah yang diberikan gurunya sebaik-baik selesai solat dan makan tengah hari.
2.      Kegigihan Iman melaksanakan solat hajat agar pertandingan pidato yang disertainya akan berlangsung dengan lancar.
3.      Kegigihan Iman belajar telah menyebabkan dia berjaya mendapat tempat kedua dalam PPT.
4.      Kegigihan Iman berlatih menyebabkan dia berjaya menjuarai pertandingan pidato peringkat daerah.
5.      Kegigihan Iman berusaha untuk menyatukan kedua –dua ibu bapanya yang telah berpisah.
6.      Kegigihan Iman meneruskan kehidupan di kampung bersama dengan datuk dan neneknya setelah kedua-dua ibu bapanya bercerai.
7.      Kegigihan Iman membantu datuk dan neneknya melakukan kerja harian di rumah (membersihkan reban ayam/mengemas rumah)
8.      Kegigihan Iman membantu Pei Wen untuk menyelesaikan masalah dengan ibu tirinya.
9.      Kegigihan ibu Iman  (Pn.Rohaida) melanjutkan pengajian peringkat ijazah kedoktoran di luar negara –New Zealand
10.   Kegigihan ayah Iman menjalankan perniagaannya walaupun terpaksa berjauhan dengan anaknya.
11.   Kegigihan Adif Danial telah membuatkan dia berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan walaupun dia baru bertukar sekolah.
12.   Kegigihan Linda berlatih pidato untuk mengalahkan iman
13.   Kegigihan bapa Pei Wen menjalankan perniagaan di gerai  ikan
14.   Kegigihan Cikgu Julia melatih dan memberikan dorongan kepada iman semasa pertandingan pidato
15.   Kegigihan datuk dan nenek  Iman membesarkan iman setelah ibu bapanya berpisah
16.   Kegigihan kawan-kawan Iman membantunya membuat persiapan untuk pertandingan pidato.
17.   Kegigihan Pei Wen meneruskan kehidupan walaupun selalu dimarahi oleh ibu tirinya.

FRASA-FRASA MENARIK UNTUK KEGUNAAN DALAM PENULISAN KARANGAN


-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan bergelandangan
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-alaf baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani
-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu