Followers
Saturday, December 8, 2012
Erti Sebuah Pengorbanan-Persoalan Kegigihan
Novel Erti Sebuah Pengorbanan- Persoalan Kegigihan_Contoh peristiwa
1. Kegigihan Iman membuat kerja sekolah yang diberikan gurunya sebaik-baik selesai solat dan makan tengah hari.
2. Kegigihan Iman melaksanakan solat hajat agar pertandingan pidato yang disertainya akan berlangsung dengan lancar.
3. Kegigihan Iman belajar telah menyebabkan dia berjaya mendapat tempat kedua dalam PPT.
4. Kegigihan Iman berlatih menyebabkan dia berjaya menjuarai pertandingan pidato peringkat daerah.
5. Kegigihan Iman berusaha untuk menyatukan kedua –dua ibu bapanya yang telah berpisah.
6. Kegigihan Iman meneruskan kehidupan di kampung bersama dengan datuk dan neneknya setelah kedua-dua ibu bapanya bercerai.
7. Kegigihan Iman membantu datuk dan neneknya melakukan kerja harian di rumah (membersihkan reban ayam/mengemas rumah)
8. Kegigihan Iman membantu Pei Wen untuk menyelesaikan masalah dengan ibu tirinya.
9. Kegigihan ibu Iman (Pn.Rohaida) melanjutkan pengajian peringkat ijazah kedoktoran di luar negara –New Zealand
10. Kegigihan ayah Iman menjalankan perniagaannya walaupun terpaksa berjauhan dengan anaknya.
11. Kegigihan Adif Danial telah membuatkan dia berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan walaupun dia baru bertukar sekolah.
12. Kegigihan Linda berlatih pidato untuk mengalahkan iman
13. Kegigihan bapa Pei Wen menjalankan perniagaan di gerai ikan
14. Kegigihan Cikgu Julia melatih dan memberikan dorongan kepada iman semasa pertandingan pidato
15. Kegigihan datuk dan nenek Iman membesarkan iman setelah ibu bapanya berpisah
16. Kegigihan kawan-kawan Iman membantunya membuat persiapan untuk pertandingan pidato.
17. Kegigihan Pei Wen meneruskan kehidupan walaupun selalu dimarahi oleh ibu tirinya.
I Think
PROGRAM i-THINK (THINKING SCHOOL)
Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut.
Bagaimana Program i-Think dilaksanakan
Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts.
Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?
• Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
• Aktiviti banyak berpusatkan murid.
• Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan pengajaran.
• Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.
Lapan Peta pemikiran:
1. Peta Bulatan
2. Peta Buih
3. Peta Buih Berganda
4. Peta Dakap
5. Peta Pokok6
6. Peta Alir
7. Peta Pelbagai Alir
8. Peta Titi
Subscribe to:
Posts (Atom)